9 Feb 2017

REVIEW | GARNIER MATCHA DE-TOX POLLUTION & OIL DEEP CLEAN FOAM

annyeong haseyo! πŸ˜

lama tak update apa apa dekat blog ni, tup tup jadi orang korea ye engko hanah?! hiks. last update hanah pada 10 januari yang lepas, dan entri kedua untuk tahun 2017 malam 10 februari 2017. woots! sebulan jugalah blog ni menyepi. ada sesiapa yang tertunggu tunggu update daripada hanah tak? angkat tiak sikit. πŸ™Œ


dalam entri kali ini hanah nak kongsi kepada awak semua review hanah tentang pencuci muka terbaharu daripada Garnier. Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin juga yang belum tahu bahawa Garnier ada keluarkan pencuci muka daripada MATCHA TEA!

yeah guys.. daripada matcha.. teh matcha sekarang ni makin mendapat tempat dikalangan penggemar-penggemar teh kerana khasiat yang terkandung didalamnya.

ini matcha tea latte. sedapnyaa~ πŸ˜
sumber gambar dari : ujido.com

antara kebaikan yang ada pada teh matcha :
  • tinggi antioksidan
  • kaya dengan Catechin, EGCg
  • beri ketenangan
  • menguatkan daya ingatan
  • memberi tenaga
  • membakar kalori
  • menghilangkan toksin dalam badan
  • menguatkan sistem imun
  • mengurangkan kolesterol
  • mengurangkan jerawat plus buat muka glowing
  • dan rasanya yang sedap!

banyak hokayh kebaikan teh matcha ni. tapi kebiasaannya teh kan untuk diminum. jarang sekali kita dengar pencuci muka dari teh kan? *ke hanah seorang yang tak pernah dengar* haha.

disebabkan perkataan MATCHA tu yang membuatkan hanah tertarik untuk mencuba produk terbaru daripada Garnier ni. sebenarnya adik hanah yang introduce this facial foam pada hanah. pada masa tu, hanah nak pergi trip dan tak ada pencuci muka yang travel friendly untuk dibawa. sang adik pun berilah pinjam pencuci muka garnier ni kebetulan masa tu dia ada yang saiz kecil. 

sejak dari itu hanah rasa tertarik untuk cuba lagi. masuk hari ini, kalau tak silap hanah.. sudah masuk dua minggu hanah gunakan pencuci muka ni. at first, hanah memang risau nak gunakan pencuci muka ni. bukan pencuci muka ni sahaja, semua produk dari garnier sebenarnya. sebabnya muka ini kan agak sensitif, dan seperti yang kita tahu produk-produk garnier ni berasaskan lemon. memang takut betul kalau-kalau muka ni mengelupas lepas guna.

tapi alhamdulillah, sampai kehari ini, hanah tak nampak pun muka sebarang pengelupasan berlaku dekat wajah ni. ada pun sikit sahaja dekat bawah hidung dan itupun disebabkan selsema dan selalu hembus hingus sampai mengelupas hidung tu. hahaha. πŸ˜†


kalau risau, meh sini tengok ingredients yang terkandung dalam facial foam ini..
err. nampak ke tak?! πŸ˜³

dan hanah paling excited bila nak basuh muka lepas keluar lama, macam pergi shopping ke, balik dari kerja ke.. bila balik terus je cuci muka. dan muka rasa sangat sangat fresh lepas dicuci. nama pun matcha de-tox  pollution & oil deep clean.. habis segala kekotoran dari makeup, pencemaran, habuk tu semua tanggal. rasa kulit ni macam boleh bernafas!

btw, satu tips untuk awak semua : kalau nak rasa muka tu lebih squeaaaky clean lepas cuci dengan pencuci muka matcha ni, sebelum awak cuci muka tu, awak gunakan dulu garnier micellar cleansing water. seriously, this two bad boys are made for each other. muka terasa bersih ya amat, plus lembut! betul, hanah tak tipu. so highly recommended. πŸ˜Š


match made in heaven πŸ’•


pencuci muka ini warna hijau tau. tekturnya berkrim. hanah guna sikit saja dah berbuih. baunya pula, tak ada pun macam bau daun teh. bau pencuci muka biasa je lah.. lepas digosok pada tangan dan mula berbuih, hilanglah warna hijau tu. jangan risau, tak jadi hijau muka tu kalau guna. hahah.

dan lagi best, garnier matcha de-tox facial foam ni memang khas untuk kulit yang cenderung jerawat. tapi so far, hanah tak nampak pun kesannya terhadap jerawat yang seketul dua dekat muka. tak adanya jerawat tu cepat mengecut kalau guna pencuci muka ni. tapi kalau muka tu dah bersih, tak ada kekotoran dari sisa mekap, habuk atau pencemaran, insya Allah, jerawat pun segan nak duduk lepas ni, ye dak? πŸ˜„

insya Allah, akan teruskan guna pencuci muka ni sehingga habis satu tiub atau hanah jumpa yang lagi baik dari ni *finger crossed* πŸ˜ bagi yang nak cuba garnier matcha de-tox pollution & oil deep clean foam ni, rasanya awak semua dah boleh dapatkan di farmasi seperti watson, guardian tu semua. dekat pasaraya pun mungkin dah mula dijual hanah beli ni di mydin mall jasin dengan harga diantara rm11-rm14 untuk saiz besar. maaflah, hanah tak ingat harga sebenar. huhu. λ―Έμ•ˆν•΄ ! πŸ˜‚


2 comments:

  1. nak tanya, yg ni specially for acne prone skin kn, so kalau dry skin xpe ke guna? tgh cri new cleanser and tgk garnier bnyk positive review but xtahu nk pick yg mna����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak! firstly... sorry sesangat sebab baru la ni nak reply comment awak. baru perasan. heheh. boleh awak. adik saya dia jenis kulit kering and dia yang recommend guna cleanser ni. its safe to use even dry skin. hehe. hope its help. <3

      Delete