11 Apr 2017

REVIEW | FREEMAN BEAUTY : MINT & LEMON CLAY MASK

assalamualaikum and hello there! πŸ™Œ


ada lagi satu beauty product yang hanah nak review  dalam entri kali ini. a clay mask. hanah dah cuba pelbagai jenama clay mask dan apa yang boleh hanah katakan, clay mask dari freeman beauty ini merupakan salah satu jenama kegemaran hanah.


untuk makluman awak, freeman beauty mengeluarkan pelbagai jenis variasi mask yang boleh awak pilih. ada jenis clay (tanah liat), peel off, polishing mask, scrub pun ada.. dan kalau tak silap hanah, bukan setakat mask sahaja.. freeman juga ada produk seperti body lotion dan dry shampoo.

tapi dalam entri ini, yang hanah ingin share pada awak semua ialah mint & lemon clay mask. actually, mask ini adik hanah yang beli, bila lepas dia guna, dia tak simpan semula, dan bila hanah nampak tiub kuning mask ni, i was like.. eh apa tu? dan dari situlah hanah minta izin untuk cuba. hiks. πŸ™ˆ


mulanya memang takut nak pakai mask. sebab mostly bila pakai mask je, muka ni akan breakout. but since it says, this mask can control oil & breakouts, hanah jadi  teruja nak cuba. hihi.

yang best lagi tentang mask ni, ianya tanpa paraben. setiap kali nak beli skincare atau beauty products, hanah mesti semak kandungan dia dulu. kalau ada paraben, memang taklah nak guna. kan?!


info produk


bahan-bahan yang ada dalam mask ini

hanah gunakan mask ni dalam seminggu sekali pada waktu malam. lepas je cuci muka, sebelum toner hanah terus tepek mask ni. baunya ya Allahh.. segar ya amat. bau harum lemon + kesegaran mint = perfection hokayh! 😍 terasa seperti sedang berehat di tepi pantai.. angin sepoi sepoi bahasa, sambil menikmati secawan lemonade. seriously, itulah yang hanah bayangkan waktu pakai mask ni. huhu πŸ˜


dah namanya pun clay mask, so teksturnya memang pekat. warna mask ni pula warna seakan baby blue + pastel green sikit. cantik!


even mask ni pekat, hanah tak perlu tunggu lama untuk bagi mask ni kering. rasanya tak sampai lima minit hanah tepek dekat muka, ia dah kering. tapi untuk bagi its goodness sink into my skin, hanah biarkanlah mask ni dalam masa 10 - 15 minit, baru bilas. bilas pun tak susah, senang tanggal. tak perlu struggle sental muka sampai merah merah  untuk hilangkan saki baki mask ni. love it!

dan antara kesan pada wajah hanah selepas gunakan mask ini,

  • muka tampak lebih cerah. ia mungkin disebabkan kandungan lemon yang memang berfugsi sebagai ejen pencerah kulit semula jadi
  • muka terasa lembut sangat.. toing toing lembutnya tau! hahaha πŸ˜‚
  • tak pedih. even masa guna mask ni ada seketul jerawat dekat pipi, muka hanah tak rasa pedih pun. so, memang bagus untuk kulit yang sensitif la kan?!
  • menyegarkan! bau mint dan lemon yang sangat heaven memang boleh mengurangkan stress tension segala bagai. πŸ’•
  • calm my skin~~memang best guna ni kalau nak relaxkan kan wajah setelah berhari hari kita tepek macam macam benda dekat muka.. 


dan surprisingly, hanah tak tahu apa yang tak best tentang freeman beauty mask ni. huhu. πŸ˜‚ nak kata mahal, its only RM17.80 okayh untuk satu tiub 150ml tu. dan rasanya satu tiub boleh pakai sampai berbulan bulan. jimat pula tu!

hanah memang highly highly highly recommend mint and lemon mask ni untuk mereka yang selalu breakouts dan ada masalah kulit berminyak. btw, untuk masalah kulit yang lain pula, freeman mask juga ada mask timun, arang, avocado dan banyak lagi tau! awak pergi je dekat farmasi watsons  dan cari freeman mask ni. macam macam jenis yang boleh awak pilih.

lepas ni hanah nak cuba pomegranate mask pula lah! πŸ˜˜

No comments:

Post a Comment