4 May 2017

UNBOXING THE PLANNER SOCIETY KIT | APRIL '17

assalamualaikum, hello semua!


hanah super duper excited sebab baru semalam my most awaited parcel has arrived! yahoo!! apalagi kalau planner kit dari the planner society (tps)  kan?! hiks. tak sangka, setelah beberapa ratus kali dan beberapa kali usha instagam subscribers-subscribers tps kit ni, akhirnya hanah membuat juga keputusan untuk menjadi salah seorang subsribers. hohoho. i cannot tahan lorh bila tengok kecomelan dan keawesomean kit tps setiap bulan. 🙈


perkara yang pertama yang hanah fikir sebelum subscribe tps kit ni ialah, harga plus shipping ke malaysia. yelah as you know, tps ni dari us. bukan ulu selangor hokayh, UNITED SETET. haha. engko tengok jelah currency malaysia sekarang, 1USD sama dengan RM4.33! engko ghase?
hmm.

sebelum hanah share april kit hanah, hanah terangkan dulu macam mana hanah subscribe itu semua dahulu ya. hanah tahu.. mesti kawan kawan planner addict macam hanah ni excited nak tahu kan? kan? 😁

okayh, first of all, untuk kit bulan april ni.. hanah bayar rm171.04.  harga kit ni ialah $24.95 sebulan. tapi tu harga sebelum campur dengan shipping. untuk international shipping (luar US) kena tambah lagi $12.95 kira kira RM50++ . yup. shipping dia je dah RM50 nak oii. tapi tengok juga exchange rate semasa juga. masa hanah subscribe untuk bulan april tu, nilai ringgit rendah jika nak dibandingkan sekarang. awak boleh check currency rate usd to myr dekat google. kalau awak subscribe untuk bulan may, mungkin awak perlu bayar kurang sikit dari harga yang perlu bayar pada bulan april sebab nilai ringgit tengah naik sikit. yuhuu! teruskan naik ya.. jangan turun turun lagik. 😂

hanah buat payment melalui paypal. senang je guna paypal ni. pastikan kad bank awak boleh transfer ke oversea (rasanya kalau kad bank yang baru ni semua boleh kot.) dan dalam bank awak ada duit (ini mestilah! haha) , dah boleh gunakan paypal.daftar paypal pun free jek. tak perlu bayar apa apa registration fee.


 laman web paypal klik sini 

masukkan info peribadi awak  yang paypal nak seperti nama, alamat, phone number, credit card info tu semua, zapp, paypal sendiri akan transfer wang dari akaun bank awak ke akaun bank tps. pastikan double check info awak letak tu ya especially alamat. ship dari luar negara.. beribu ribu kilometer. hanah letak alamat lengkap yang betul pun depa (team tps) masih tersilap letak cetak alamat (tertingal nama kawasan rumah hanah). nasib baik la abam posmen ni dah biasa hantar barang kerumah hanah so, dia dapat agak parcel ni hanah punya. huhu.

btw, nak diingatkan, tps kit ni monthly subscription atau langganan bulanan berulang. sekali awak dah subscribe tps kit ni, setiap bulan secara automatik paypal akan tarik duit dan transfer, bayarkan tps kit untuk current month. bukan macam subscription service biasa yang kita boleh pilih one-off payment. selagi ada duit dalam bank, dan kita tak cancel subscription, automatik paypal akan tarik duit setiap bulan untuk langgankan awak tps kit ni ya.. so bagi sesiapa yang rasa nak cuba cuba dahulu langgan sekali tps kit ni.. di nasihatkan selepas sehari dua buat payment, awak cancel subscription untuk elak awak terlupa dan duit terbang begitu sahaja. hahaha. manalah tahu kan bulan depan bajet lari nak bayar roadtax ke.. so nak stop dulu langgan tps, sila klik cancel subscription button. kalau rasa nak sambung semula langgan tps kit ni, boleh je subscribe semula macam biasa.

untuk shipping pula, tps guna kan united states postal service (usps).. pos dari 19 april lepas dan sampai kepada hanah pada 3 may semalam. ambil masa dua minggu juga untuk sampai. quite fast kan?

eh. tak perasan, dah terpanjang pula mukadimah hanah. huhu. so bagi yang nak subscribe boleh je ke website tps ya. la ni hanah nak share my april kit pula! 😍


weee. super excited okayh bila nampak kotak dekat luar. yup semalam posmen ada hantar barang untuk abang hanah. dah ambil tu, teruslah masuk rumah. tapi perasan posmen tu lama tak gerak gerak. cari barang dalam van poslaju tu, hanah tak kisahlah mungkin nak kemas barang dia ke.. dalam 10 minit jugalah. petang tu hanah keluar rumah, perasan ada kotak ni depan pintu rumah. i was like, whattt.. mungkin abang posmen tu teringat ada lagi satu parcel dan dia malas nak panggil lagi. so dia letak je depan pintu. haha. its okay. i tak marah. kikiki


yes, hello to you too! 😘


bertambah tambah excited bila nampak packaging yang cantik giler ni! ♥♥


i bet most of the subscribers akan buka sticker ni dengan penuh lemah lembut sebab seriously takut hokayh kalau kertas ni terkoyak. wajib simpan sebab who knows, macam macam boleh buat dengan packaging ni. ☺


omg! 😍😍😍


item pertama dalam kit ni ialah, washi tapes! dapat dua jenis washi. satu yang biasa, satu lagi slim washi. 


cantiknyaaa!


next item, sequins! 
hanah masih belum dapat idea nak buat apa dengan sequins comel comel ni. hmm.. any idea, girls?


sticky notes pun ada.
planner addict mesti ada penyakit, penyakit bernama 'i-dont-have-enough-sticky-notes'. haha. seriously, macam hanah sendiri.. even dah berbakul bakul sticky notes yang belum guna, kalau pergi stationaries dept , memang pantang kalau nampak sticky notes comel comel. mesti nak beli kan? 😂


most beautiful diecuts i've ever seen. kot. haha
unicorns, dragonfly, camera, jacket, flowers.. swooon~ 😁


alahai yang ni punnnn.. stickers dan planner tab ya ampun.. cantik banget! haha. before this, dalam planner hanah memang tak pernah diy sendiri planner tab. selalu guna apa yang ada dalam planner tu.. bila dapat planner tab comel ni, teruja okayh! 😂


somethings that make my planner more colourful! 💕


oh gosh! look at that girls.. 😍 gold paperclips! bentuk pepatung tu really really caught my attention. 


stamps pun ada juga.
hanah jarang gunakan stamps dalam planner hanah sebab hasil nya boleh bikin stress sebab selalu sangat stamp senget. huhu. but, bila dapat stamps dari tps  kit ni excited pula nak gunakan stamps. lebih lebih lagi word stamps tu! 😍


seriously, cantik cantik semua stickers ni. got 3 pieces dalam packaging yang comel dekat belakang tu. 


woot woot!
pen pun ada! best tulis dengan pen ni. dah la comel, tak ringan sangat dan  tak berat sangat. best dipegang senangcerita. dakwat pun warna hitam. nak bawa pergi kerja lah! hiks. 😊 


crown dia pun comel. kalau bawa pergi kerja ni mesti kawan sekerja semua jeling jeling tengok pend hanah. haha. kau ade?! 😂😂


notebook yang matchy matchy dengan packaging tadi pun ada taw! cantik sangattt (btw, sorry kalay ada yang dah bosan bila hanah keep repeating word 'cantik' dalam entri ni. hihi. dah memang semua cantik. nak buat macam mana~ 😁 ) 


the interior pula matchy matchy dengan pen! 😍😍 setiap page ada tulis 'my lists' on top. boleh buat shopping list, to do list, to pay list, dan macam macam jenis list lah!  hehe.


back of the notebook. cantik cantik cantik cantik cantik sangat!
😝😝😝


tps called this embellishment holders.  boleh simpan stickers, diecuts, notecards, stamps, washi cards, paper clips, and so much more! i could say, this is my fav item dalam kit bulan ni! holders ni pun matchy matchy dengan notebook tadi. 


😻😻😻😻


made from faux leather.. patutlah best je bila pegang embellishment holder ni. ☺


tapi patterned paper ni pun hanah faves sangat! acaner ni?!
just look at the designs girls,. match betul dengan whole item dalam kit bulan ni. warna warna yang menyerlah semuanya kan? 😍

itulah tadi item item yang ada THE PLANNER SOCIETY KIT untuk APRIL 2017. mungkin awak akan nampak some subscriber akan ada extra packages dalam kit mereka. itu sebnarnya diorang add on, ada sticker kit, washi kit, box sticker kit.. dah add on kit kenalah add on payment. hahaha. so for hanah cukup rasanya monthly kit tu je. tu pun dah beratus nak oii. huhu

overall, hanah memang puas hati sangat dengan planner kit dari The Planner Society ni. kesemua item dalam kit ni comel comel belaka. seriously, every planner girl memang kena subscribe tps kit ni. hanah tak sabar sangat nak play around with all the items. tps group dekat facebook pun memang betul inspire hanah untuk jadi lebih kreatif. hanah bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk the planner society kit!

oh btw, hanah sempat record unboxing video malam tadi. dan dah berjaya diupload dekat youtube. hiks. sudi sudilah tengok ya. 



lebiu! 💋











pssst! have you seen TPS MAY KIT teaser on TPS instagram?! lawaaaaaaa~~ 😍😍😍

No comments:

Post a Comment