15 Jul 2017

LIFEBUUK PHOTOBOOK REVIEW


hello there! welcome back to my blog. a blog that allllllways on hiatus. hehe. diam tak diam, hari ini dah masuk raya yang ke dua puluh satu kan?! fuhh! cepat betul masa berlalu. so how's your raya guys.. mesti banyak jemputan open house sekarang ni kan? best tu! ☺

dan benda yang wajib buat bila beraya ke sana sini, tak lain tak bukan, mestilah bergambar bukan? selfie dan wefie sedas dua mana cukup, mahu mahunya sepuluh dua puluh gambar paling kurang. itu baru untuk satu rumah. kalau beraya lima enam rumah, sampai hang kamera tu sebab memori dah full. haha.

dan bagi korang, bila dah bergambar tu, korang hanya simpan dalam kamera / phone atau korang print out letak dalam album atau framekan? pernah terfikir tak kalau kalau suatu hari nanti phone atau kamera hilang ke.. rosak dan semua gambar tak dapat diselamatkan ke.. mana nak tengok balik sweet sweet moments tu? bukan gambar raya saja, mana tahu dalam tu ada gambar penting masa wedding ke, bercuti ke.. convo ke .. issh mahu tak menangis kalau jadi lagu tuh? 😭

tapi alhamdulillah, hanah dah tak risau lagi sebab  dah jumpa satu service buat photobook yang awesome giler! sebelum ni macam macam jenis iklan photobook service hanah jumpa tapi satu pun hanah tak tertarik 😂 . tapi bila  pertama kali jumpa LIFEBUUK PHOTOBOOK di instagram, terus excited nak cuba buat photobook. nak tahu kenapa?

please click the video

HARGA MURAH
harga untuk satu photobook  cuma RM28 sahaja tau! dan dengan harga tu, hanah boleh print sebanyak 50 keping gambar lagi tu!

FREE SHIPPING
salah satu  benda yang tak berapa best bila online shopping ni adalah kos shipping atau postage. tapi nak tahu tak, dengan lifebuuk tak payah risau nak bayar postage tu semua. semuanya free shipping! dan sekali penghantaran bukan satu je photobook diorang boleh deliver, tapi sampai 3 buku okayh! *khas untuk semenanjung Malaysia sahaja*

COVER MENARIK
feature inilah yang buat hanah tertarik nak buat lifebuuk photobook at the first place.  semua cover dia comel comel belaka. kau tahu jelah akak hanah kau ni kan mana boleh tengok benda comel comel. rasa gerammm je! haha. btw, yang lagi best, tiap bulan cover dia bertukar tau!

HIGH QUALITY
tak dinafikan bila hanah nak order tu, hanah risau yang kualiti gambar yang dah diprint tu jadi tak baik. yelah, hanah ni pun ambil gambar pakai kamera cikai je.. mana la tahu kalau print pakai kertas gambar biasa biasa je, lagi cikai jadi gambar tu. hahaha. tapi tak okayhh.. kualiti gambar dia superb giler! A+++ hanah bagi. hiks. kalau tak silap Lifebuuk guna kertas gambar Fujifilm Crystal Archive Paper yang diimport dari USA. The most fade-resistant of all photographic papers in the world. WOW! 😍

EASY PEASY
nak pilih dan upload gambar pun senang sangat! selain ada desktop software yang boleh dimuat turun secara percuma, Lifebuuk juga ada app dia sendiri dan app ni pun percuma! dekat App Store dan Google Play Store pun ada! selain gambar dari galeri telefon, kita juga boleh  pilih gambar dari instagram dan facebook!

hanah made order pada 3 Julai yang lepas dan order hanah telah dipos tujuh hari kemudian. service pun cepat juga kan. so, nak tengok my very first photobook? ini dia,


tadaaa~


depan

haa lagi satu feature lifebuuk ini ialah saiz photobook diorang adalah 4R. size standard gambar yang kita selalu print dekat kedai tu.. comel kan cover lifebuuk ni? btw, setiap bulan ada 3 cover design yang lifebuuk keluarkan tau! 


ini pula bahagian belakang photobook. comel lah cover ni. 😍


❤❤❤



haaa. yang ni ialah nama album yang kita create sendiri. siap print in gold color font lagi tuh. btw, fikir habis habis dulu ya tajuk album sebelum create order. jangan jadi macam hanah yang sedikit menyesal sebab rasa perlu ke letak 'lol' tuh? hahahha. 😂

its okay. next order kita fikir betul betul. hiks.


50 keping gambar  boleh dipilih untuk satu buku. mostly untuk photobook yang ini, hanah letak gambar raya haritu. 😊



ini gambar dalam landscape mode. dan ini gambar ibu dan ayah hanah waktu raya tahun lepas. selitkan sekali sebab baru teringat gambar tahun lepas tak print lagi. huhu. perasan tak bawah tu ada caption. haaa. dekat gambar  pun boleh letak caption juga. sebab takut lupa gambar ni diambil masa bila. biasanya dulu dulu tulis sendiri pakai pen dekat belakang gambar. kah! 😁


ini pula gambar dalam potrait mode. 


kualiti kertas gambar yang tip top! 


bila rasa nak framekan gambar dari photobook ni, koyak je ikut panduan garisan yang dah ada dalam album tu. senang. tak payah ukur ukur besar mana saiz 4R tu. koyak je dapatlah gambar saiz 4R dan boleh masukkan terus ke dalam frame gambar. ☺ easy peasy!


overall hanah puas hati sangat sangat dengan lifebuuk photobook ni. dan setelah sampai je photobook ni, family hanah yang lain semua semangat nak buat juga. huhu. pertama kali order takut hasilnya ak memuaskan, tapi bila dah sampai.. rasa menyesal pula order satu buku je. hihi. 

bagi yang nak create lifebuuk photobook ni awak boleh klik link dibawah untuk ke website diorang ya .


atau yang nak download Lifebuuk app, boleh je terus search 'Lifebuuk' di App Store atau Google Play. like i said earlier, dont worry.. app ni boleh download for freee! 

nak print dekat kedai gambar mahal, nak print sendiri dekat rumah leceh pula. nak kena beli kertas gambar... nak kena guna ink warna lagi.. takkan nak print gambar semua hitam putih. haha. thats why hanah highly recommend guna lifebuuk je! konfirm tak akan menyesal. 💕





psst! nak tutorial macam mana nak create lifebuuk photobook? nanti hanah share ya.. 😊

3 comments:

  1. menarik, kena cuba nih! thankyou for the info ^-^

    ReplyDelete
  2. Ambil masa berapa hari untuk sampai

    ReplyDelete
  3. Ambil masa berapa hari untuk sampai

    ReplyDelete