25 Aug 2015

ALTHEA KOREA HAUL

annyeong! in this post hanah nak kongsikan about my order from Althea Korea. received order last week, tapi hari ini baru berkesempatan nak cerita. hu hu.





bagi yang belum tahu, althea korea is online store yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan original daripada korea! yang bestnya, kesemua produk yang dijual harganya a lot more affordable dari yang lain. disebabkan produk dihantar terus dari korea, it takes time sikitlah nak sampai malaysia.. but dont worry, servis diorang ni cepat dan efisien. cepat korang settle payment, cepatlah lah diorang pos. :)



WEBSITE ALTHEA KOREA : KLIK SINI 


my  pretty parcel in pink!



super duper excited! >.<"



all the way from gangnam uolls! <3


kotak pink yang sangat sangat adorable.
hanah guna kotak ni jadikan tempat simpan planner supplies. hehe


tadaaa~
the inside look! inilah produk-produk yang hanah order daripada althea.
jom tengok satu satu...


Etude House Lock n Summer Precious Mineral Proof Any Cushion

harga asal : RM100++
harga althea korea : RM48 (oh gosh.)

amekaw! tengok betapa berjelernya nama cushion nih. haha.. sekarang macam musim gegadis pakai cushion and hanah rasa macam terpanggil nak cuba sekali. wee. been searching for cushion yang sesuai dengan muka hanah dimana muka hanah ni jenis yang berminyak dan tersangatlah sensitif. pakai produk yang tak kena sikit dengan muka, mulalah naik merah merah, mengelupas, jerawat, dan yang sama waktu dengannya.. -_- 

research punya research, hanah terjumpa dengan lock n summer cushion from etude house nih and ive heard a lot of good things about this product. sesuai untuk oily skin type and it long lasting. woohoo. tengok pula review video from Poppy Pri di youtube, rasa macam ahhh i really need this! 



dia cakap cushion ni ada SP50+ / PA+++ 
and its made in Korea.
tu je yang hanah faham. hahahah.


nampak dalam gambar macam kecil je tapi saiz dia agak besar jugak ya..
(yang pegang tu tangan besar gajah, mana tak cushion tu nampak kecil. kekeke)


cushion ni ada dua kod warna,  N02 - light beige dan W13 - natural beige. i think light beige tu macam cerah sangat untuk kulit muka hanah, so i chose W13, natural beige. :)





The Face Shop Rice Water Bright Cleansing Foam

harga asal : RM42
harga althea korea : RM23

Pencuci muka berasaskan air beras dan minyak moringa. Ramai tahu kan khasiat air beras untuk wajah, selain boleh mencerahkan.. air beras juga boleh mengecilkan pori pori, melembutkan kulit wajah, melambatkan penuaan wajah disamping air beras tu sendiri tinggi dengan anti-oksidan.

Sejujurnya hanah cakap, hanah takut nak cuba pencuci muka baru sebab as i said earlier, kulit muka hanah tersangat sensitif, dah beberapa jenama yang hanah cuba dan malangnya ia tak sesuai dengan hanah. mula mula guna memang kita tak nampak kesannya, muka lepas cuci tu memang rasa lembut je.. minyak kekotoran memang hilang bila guna. tapi bila dalam seminggu hanah guna, hanah perasan kulit muka macam over dried. dan dari situlah mula kulit mengelupas, naik jerawat, merah merah, and i hate that. 

but rice water bright cleansing foam dari the face shop ni in shaa Allah tak akan buat kulit muka hanah jadi macm tu lagi. (oh please, harap harap dijauhkan) 



Marshmallow Puff from Too Cool For School

harga asal : RM31
harga althea korea : RM17




my first time ever using beauty blender. beli sebab nak cukupkan total order amount yang melayakkan hanah dapat free shipping. hahaha.

tapi seriously, benda ni lembut bangattt! me like it.. 

tips untuk guna beauty blender: avoid  drag puff all over your face. just tepuk tepuk lembut dengan sepenuh kasih sayang ye awak. awak sayang muka awak kan? :D



Etude House Eye's Cream Mint Cooling

harga asal : RM49
harga althea korea : RM26.50


packaging yang sangat kiut. 


for brightening and anti-wrinkle formula to promote youthful skin around the eyes. btw it has SPF30 PA++ jugak tu.. 


lawaaa warna pastel blue dia.

Thats all four items i bought from Althea Korea. Surprisingly, kesemua empat barang ni total amount yang hanah perlu bayar tak lebih RM120 pun! :)


Dengan pembelian RM100 keatas, korang akan dapat free shipping dan untuk makluman korang lagi, bagi yang daftar akaun Althea Korea dalam bulan Ogos ini, korang akan dapat RM20 free credit! Fuhh.. apa tunggu lagi.. tinggal berapa hari lagi je nih.


And Hanah rasa macam nak order lagi je. Lots of new stuff lorh!
Do check it out! 

Last but not least, awak awak pernah cuba produk produk yang hanah order diatas? Kalau ada i really need your opinions / reviews pehlis.

Best tak guna? :)








No comments:

Post a Comment