15 Apr 2016

HEIDI SWAPP PERSONAL MEMORY PLANNER UNBOXING

assalamualaikum and hello everybody!

selepas berhibernasi selama beberapa bulan, akhirnya from hanah with love kembali lagi. hehe. ada masalah dengan komputer yang hanah guna untuk update blog so, thats why blog ni terkubur seketika. but now i'm back! in sya Allah, selepas ini blog fhwl tidak kan berhibernasi lama lama lgi.

by the way, bagi sesiapa yang follow hanah di instangram @fhwl , korang mesti tahu yang hanah ada post gambar planner baru hanah. hewhewhew. i got myself another new planner sempena birthday sendiri pada 30 mac lalu. kira reward untuk diri sendiri la. bila dah kata reward, so tak perlu bersalah sangat nak beli tu. hehe.

pada mulanya, hanah fikir nak beli Vanskap Planner dari Kikki K, tapi fikir punya fikir, asyik brand Kikki K jee.. cubalah something new kan. Happy Planner dah ada, Bando Planner dah ada, Color Crush Planner pun dah ada, apa lagi yang belum cuba! Haha. Scroll hashtag #planneraddict dekat instagram, i found Memory Planner dari Heidi Swapp.

Wuuu~ yang ni hanah belum ada. hehe. Thank god sebab tak perlu susah susah cari dekat online store from oversea, laman web Scrap n Crop pun ada jual. Hooray! Cek harga dia, RM190 tak termasuk postage. Sobs sobs. Mahal juga benda ni. Bajet under RM200. Okayhlah kot. Hahaha Kata reward~ Bukan selalu! Hiks.



Order pada 3 April lepas dan sampai ke rumah tiga hari kemudian. Agak excited sebab Memory Planner is something really new for me. Ramai juga yang kata its worth buying dan ada juga kata banyak lagi planner yang okayh. Hmm.. pendapat masing masing kan. Awak nak tahu pendapat hanah? Teruskan membaca ya! :)



Gold stripes betul betul menarik perhatian kan?!
Hehehe


Whats inside the planner. As you can see, Planner ini designnya sangat simple but masih ada elemen kegorgeous-san  (rosak sungguh bahasa. >.<") sebab planner penuh gold foil. <3


Tak tahu material planner dari apa but apa yang hanah tahu ia bukannya dari leather.  Tapi masih best bila pegang. :)


Close up dari tepi. 
Lawa kan! 


Tepi lagi satu.
Untuk makluman, planner ni rupa dia memang macam ni. Just macam buku sekolah takde snap closure ke apa untuk tutup rapat. Awak perlu letak sendiri ya. 

Sigh, Antara satu feature yang hanah tak suka. Sebab kalau tak letak planner band atau button untuk tutup, planner ni memang akan ternganga luas. kalau overload. -,-"


 Bahagian belakang planner sama je macam bahagian depan planner. White and gold stripes. And btw, tak ada apa apa logo dari Heidi Swapp.

Seterusnya, meh hanah tunjuk bahagian dalam planner pula. :)



Tadaaa~


Buka je planner mata terus terpesona dengan interior dia. White and gold polka dots serius comel giler!


Bahagian kiri planner, macam planner planner lain. Ada 3 poket yang awak boleh letak apa saja yang awak nak, sticky notes, paper clips, sticker sheet, anything! Poket paling bawah sampai kebawah dalam dia, tapi dua poket yang dekat atas, sikit je ruangnya.


Okayh, bukan gold rings. Rings tak ada gap, bengkok ke.. kemek ke.. perfect dah. Tapi yang menjadi ultimate problem disini ialah rings dia sangat sangat kecil. Kalau refer picture pun awak boleh nampak, inserts sahaja dah penuh rings, macam mana kalau nak tambah yang lain lain. Dan bila nak tutup ring memang susah sikit sebab nanti pasti tersepit kertas sekali. :(


Love the dashboard. 

Fill with white polka dots dengan gold foil heart. Ya, kan hanah cakap planner ni penuh dengan gold thingy. :D


Plastic poket ni ada disetiap bulan ya. Boleh letak favourite picture of the month kan! :D


Selepas plastic pocket, awak kan jumpa page ini. dibahagi kepada tiga bahagian. yang paling atas tu, boleh buat monthly checklist, yang tengah kalendar atau countdown, yang bawah boleh buat note to self atau sukahati awak nak buat apa yang awak rasa sesuai cause its blank. :)


monthly view.

lupa pula nak mention yang planner ni undated ya. tarikh tu kena isi sendiri dan awak boleh mula bila bila saja. XD tak ada note section dekat tepi. :\


weekly view.

for me, yang best weekly view ni, tak perlu decorate banyak banyak sebab black and white stripes tu dah naikkan seri weekly page dan ruang setiap hari tak besar. sesuai untuk hanah yang selalu ada masalah tak-tahu-nak-isi-apa dekat weekly page. hehehe.

next, kita tengok divider yang ada dalam planner ni.


January


February


March


April


May


June


July


August


September


October


November


December

Kesemua diatas adalah divider dari January hingga Dicember. Design simple, tak sarat dengan gambar atau ilustrasi lain.. Just sayings and quotes di setiap divider. Suka sangat dengan font disetiap divider. Comel And of course dengan gold foil font yang menyerlahkan lagi setiap divider.


di page paling belakang setiap belakang ada ruang untuk awak tulis nota, nak sketch apa apa pun boleh


Cover belakang planner tak ada apa. Just full with white with gold polka dots.


and lastly, the pen loop. 


Overall, ada  feature yang hanah suka dan tak suka tentang planner ni. But once again, kata nak cuba benda baru so kenalah terima semuanya kan. Hehe.

So, meh tengok senarai yang hanah suka dan tak suka tentang planner ni :



WHAT I LIKE ABOUT THIS PLANNER :

  • design planner yang simple and clean. tak serabut mata memandang
  • divider font yang simple tapi tetap cantik
  • full with gold thingy~
  • kualiti kertas yang baik. tebal
  • plastic poket in every month is something really new to me. planner hanah sebelum ni memang takde sediakan pocket macam yang memory planner ada.



WHAT I DON'T LIKE ABOUT THIS PLANNER :

  • no personal information page. satu benda yang sangat penting dan perlu ada disetiap planner tapi memory planner tak ada.
  • tak ada planner band atau snap closure
  • rings yang sangat sangat kecil



nak tengok unboxing video planner ni? hanah dah upload kat youtube couple days ago. btw, sorry for video quality. huhu. any questions or comments feel free to drop it down below. 




till then, duu~

No comments:

Post a Comment