21 Jul 2016

ALTHEA KOREA HAUL




semalam hanah cerita tentang birthday giveaway althea korea kan? hari ini, dalam entri kali ini hanah nak share pada awak semua what i bought in my recent purchases from althea korea.



shipping kali ini sedikit slow berbanding orderhanah yang lepas. disebabkan cuti hari raya. order pada 3 julai dan sampai ke rumah hanah kira kira seminggu yang lalu. it's totally okay for me sebab ini bukan urgent order pun. hiks.

without further ado, let's unbox this pinky box!

fyi, ibu hanah yang ambil box ni dari abang posmen masa ia sampai dan ibu macam tak percaya this box was directly shipped from korea sebab dia cakap cantik sangat bungkusan dan elok je lagi rupanya tak kemek sana sini. huhu. thumbs up for althea korea and of course abam posmen kerana menjaga parcel ini bagai menatang minyak yang penuh. kah kah.


so girls, inilah rupa limited edition birthday box althea korea! kalau tak silap hanah, ada dua warna kotak edisi terhad ni. satu, light pink dan lagi satu neon pink macam yang hanah dapat ni. omey je belon-belon tu kan. XD


siap ada tulis HAPPY BIRTHDAY with silver foiling. 💕
rasa macam hanah pulak yang sambut hari jadi. hehe


tadaaa~ 💕



dalam entri birthday giveaway althea yang lepas hanah ada mention tentang diy party kit kan! so here it is! party kit althea include satu belon khas sempena  althea's first birthday. 


ada juga party hat dan party hat deco.. ingat, guna kan perty hat ni kalau nak join instagram contest althea ya. apa yang awak perlu buat cuma siapkan party hat tu (kacang je buatnya.. ) dan letak deco yang diberi ni dekat party hat awak tu. wajib letak logo althea dan hashtag #altheaturns1. nak lebih comel, awak decorate la sekreatif yang boleh dengan deco-deco yang lain. :)


inilah item-item yang hanah beli dalam order kali ini. jom tengok satu-persatu. 

*hanah akan sertakan sekali harga bagi setiap produk yang hanah beli. diingatkan, harga masa hanah beli dengan harga dekat website althea sekarang mungkin berbeza.  better check their website ya untuk konfirmkan ya. :)



Witch's Pouch
Shadow for Eyes
RM34

this is my very first eye shadows. haha. hanh ni bukanlah seorang yang selalu makeup. keluar rumah jenjalan tepek bedak, lip balm, dan kalau terlebih rajin pakai maskara. itu je. hehe. entah kenapa, bila tengok eye shadow dari witch's pouch ni macam gatal je nak beli. hiks. 

mungkin dekat produk description ada tunjuk cara-cara nak guna every single colours. sesuai bangat dengan hanah yang totally beginner ni. huhu. plus, eye shadow ni tak ada paraben so, it goods for my skin too!


hanah pilih kod SD-3 Venus blue. mula mula nak cari kod Glam Brown tapi malangnya tak ada. sobs.



mampukah hanah dapatkan hasil segorgeous ini?! 
XD



Witch's Pouch
Perfect Cover Concealer
RM22

Hanah banyak jumpa review yang best-best pasal concealer ni. Since hanah belum ada stick concealer, why not cuba kan, Hanah pilih shade #21 light beige.


Innisfree
Aloe Revital Skin Mist
RM41

This item i bought for my adik yang selalu mengadu kulit dia kering. Ramai yang recommend gunakan ni, so hanah beli je lah. Huhu


Innisfree
Green Tea Cleansing Foam
RM24

Ini lagi satu item untuk adik hanah. dia cari benda ni dah lama. for me it worth to buy sebab cleansing ni besar okayh, pakai setengah tahun pun tak habis kot. haha



Chica Y Chico
Matt Cushion
RM52

salah satu item yang hanah excited nak cuba. first time dengar cushion yang boleh beri kemasan matte pada wajah. cushion ni pun dengarnya sedang top. cushion ni ada dalam kategori editor's pick di website althea, thats why hanah tertarik nak tahu tentang matt cushion ni dan terus terbeli. haha. 

cushion khas untuk musim panas. samalah juga  lah dengan malaysia. sepanjang tahun panas dan lembab. hanah pilih shade no. 21. tak tahu lah hanah kenapa semua item pilih shade yang paling cerah. ingat cerah sangat ke muka tu hanah oi. -.-"

p/s : cushion no termasuk dalam kategori birthday rebate althea. so, jangan lupa add to cart this item ya! 👌


It's My
Lip Crayon
RM20/pc

Pertama kali hanah cuba lip crayon dari brand it's my ni bila hanah order dari hermo. sejak tu terus jatuh cinta dengan lip crayon ni. selain bertindak sebagai lipstik, ia juga lip balm. sebelum ni, keluar memang guna pakai lip balam saja sebab hanah ada masalah bibir kering. hanah pulak kerja dekat tempat yang memang sejuk so memang lagi teruk lah masalah bibir kering ni. tapi dengan lip crayon ni, bibir hanah tak kering lagi. warna-warna dia juga sweet sweet belaka. plus harganya juga affordable. 

hanah pilih shade  soul pink dan pinky rose 2 pieces. satu untuk ibu hanah yang turut berkenan nak cuba satu. hehe


Skin & Lab
Don't Touch Trouble Spot
RM43.60

best item untuk acne prone skin. kalau esok ada event tetiba ade pulak miss jerawat datang singgah dekat muka, cecepat letak benda ni. ia akan merawat tenpa tinggalkan sebarang parut. hanah belikan benda ni untuk ibu. tapi bu, kalau muka ni naik jerawat nak sikit eh. haha. XD


Tony Moly
Blackgel Eyeliner
RM17

Memang best bila guna eye liner ni. long lasting dan senang sangat nak apply. Harga pun affordable. Bagi yang baru nak belajar pakai eyeliner, hanah highly recommend this eyeliner. Konfirm tak menyesal. 



hanah rasa itu saja yang hanah beli untuk kali ini. total amount untuk kesemua item was rm293.60, tapi hanah ada apply discount code plus got 15% off untuk cushion. jimat sikit $$$$. hehe. 

i really need to stop buying beauty products. at least, for now. hehe. bahaya nih, kalau nampak semua benda nak beli. bahaya untuk poket. haha.

btw girls, jangan lupa sertai althea 1st birthday instagram contest. banyak hadiah yang lahai best giler untuk awak menangi. nak tahu macam mana nak sertai, awak boleh klik link dibawah ini :




tarikh tutup 15 OGOS ini tau!
duu! 💋

No comments:

Post a Comment