2 Aug 2016

JULY FAVORITES | 2016


agak lama juga hanah tak buat entri tetang favourite items of the month ni ya. kali terakhir hanah buat pada bulan ogos tahun lepas. huhu. dah setahun jugak tu! hiks. mulai bulan ogos tahun ini, hanah akan cuba sedaya upaya untuk terus istiqomah dalam share tentang monthly favourites dekat fh.wl ni. 😉


sila hover gambar ini. 😉


untuk bulan ini cuma enam item sahaja yang sempat hanah senaraikan sebagai favourite of the month, dan hanah rasa ada lagi yang lain tak termasuk dalam senarai. hihi. tapi antara banyak banyak item hanah, memang kenam-enam inilah yang menjadi pojaan hati untuk bulan ini.

jom kita tengok satu persatu :


BABY BRIGHT ARGAN OIL HAIR ESSENCE MIST
sememangnya korang tahu, argan oil dah terbukti banyak khasiatnya untuk rambut. antaranya, boleh hitamkan rambut, lebatkan rambut, lembutkan rambut, menguatkan dan banyak lagilah! dan hanah tak terkecuali gunakan argan oil dekat kepala ni ha.. dalam banyak banyak jenama dekat luar sana, jenama BABY BRIGHT yang menjadi pilihan hanah sebab, pertama, masya Allah bau dia wangi bangaat! sesuai untuk hijabi diluar sana untuk elakkan rambut kita berbau kepam. girls, ingat ya.. walau kita bertgudung.. penjagaan rambut jangan kita lupakan tau! mahkota wanita tu~ ♛

been using this product more than one months rasanya, dan hanah perasan rambut hanah lebih lembut, plus tak mudah gugur. kalau spray dekat rambut, mahu 24 jam kepala tu bau wangi jee.. hanah beli online dekat one my favorite online seller, kak aemi yang jual barang-barang cathy doll (alah, beauty products from korea tu.. ) rm28 je awak untuk botol besar.

instagram : CATHY DOLL MALAYSIA


ALVEU POMEGRANATE REJUVENATING FACIAL SCRUB with ESSENTIAL OILS
fuh fuh nama kemain lagi.. 😂 inilah satu satunya facial scrub yang hanah guna sekarang ni. this facial scrub adalah salah satu item yang hanah dapat dalam cubecrate box bulan may yang lalu. berasakan buah delima yang memang sesuai untuk acne prone skin. alhamdulillah, sekarang kulit hanah jarang naik jerawat kecuali waktu period, breakout sana sini. sobs. tapi dengan facial scrub alveu ni, jerawat jarang ada even period (kecuali time hanah malas jaga muka)

frankly speaking, sebelum ni hanah takut nak cuba skrub muka sebab muka hanah ni agak sensitif. kalau silap produk je, konfirm muka mengelupas especially dekat area hidung. but thank God, skrub ni tersangatlah sesuai untuk hanah dan lepas je cuci muka tu, rasa muka ni lembut + bersih sangat. tapi walaupun skrub ni sesuai untuk gunakan setiap hari, hanah guna dalam 2 kali seminggu je.  highly recommend pada awak diluar sana. btw, bau skrub ni pun wangi sangat! hehe.. retail for rm18 sahaja kalau hanah tak silap. better check their instagram untuk lebih info ya. 😘

instagram : ALVEU MALAYSIA


DMS360 STEMCELL SERUM
this is the best serum in the world. serius, tak tipu. hiks. been using this serum for more than half years.. it makes my face glowing mowing okayh. plus serum ini juga mampu kecilkan pori-pori bila bangun pagi you can see the difference on your face kalau malamnya awak pakai serum ni. masalah dark circle pun makin berkurang sejak pakai serum ni. yeah! its just rm150 only untuk sekotak. dan sekotak ada sepuluh botol. satu botol pula untuk hanah boleh tahan seminggu. jimat kan?! kalau nak order, boleh contact hanah sebab i'm one of dms360 member! 😁


CATHY DOLL MILKY SPLASH ESSENCE WITH HEOT GAE NA MU
bagi hanah, milky essence dari cathy doll ini adalah salah satu must have items. wajib pakai milky essence ini sebelum apply any makeup dekat muka tu. lepas pakai essence ni je, muka tiba-tiba macam naik seri. hehe. ia adalah instant whitening essence okayh. bertindak jugak sebagai pelembab muka. muka kurang berminyak bila pakai essence. dan bagi yang tertanya-tanya, heot gae na mu adalah sejenis tumbuhan yang ada dekat korea ya.

this essence hanah juga order dari kak aemi. :)


                                                  instagram : CATHY DOLL MALAYSIA

IT'S MY LIP CRAYON
setakat ni hanah baru ada tiga shades. walaupun ia beri efek matte, lip crayon ni tak mengeringkan bibir tau. thats why i like! hiks. plus ia berfungsi sebagai pelembab bibir lagi tu. warnanya juga tahan lama. soon, kalau hanah ada kesemua shades, hanah swatch dan review untuk awak semua ya. awak boleh dapatkan di hermo atau di althea korea website!



SENDAYU TINGGI DOLL SKIN BB CUSHION
non-stop okayh hanah guna bb cushion dari sendayu tinggi ni. rasa muka ni macam tak siap je kalau keluar tak pakai bb cushion ni. serius. dan seriusly, dalam bebanyak cushion yang hanah ada (ada la dalam 5 pieces) bb cushion duduk tangga yang pertama. kenapa? hanah pernah review cushion ni sebelum ni, kalau nak tahu lebih lanjut tentang keaweseome-man bb cushion dari sendayu tinggi ini, click sini.


duu. 💋

No comments:

Post a Comment