25 Sept 2016

ALTHEA KOREA HAUL (AGAIN AND AGAIN!)

assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
finally, hujung minggu kembali lagi. hiks.

hari untuk berehat. makan makan. kemas rumah. jalan jalan, tenangkan fikiran dan sudah tentu, shopping! hehe. baru baru ini hanah ada order sesuatu dari althea korea. you know me, addicted to althea korea website. boleh dikatakan hampir setiap hari tengok website althea korea mana tau ada sale letop ke. new items yang best ke.. muehehe. girls will always be girls lah katakan. *flip tudung*



made order on 7 september dan terima order kira-kira seminggu yang lalu. hmm. kalau tengok, agak lama juga ya ambil masa untuk terima order. yang hanah perasan masa banyak diambil sewaktu althea korea process order hanah. lama juga status order hanah 'dalam proses' baru lah mereka pos. mungkin banyak sangat order yang mereka nak kena handle. sebab tu ambil masa sikit kot. husnuzon je lah. ☺

untuk order kali ini, hanah tak beli banyak pun.. cuma empat items sahajo. huhu. hanah order masa althea korea ada promosi free shipping dengan minimum belian rm99 sahaja. kalau hari hari biasa, minimum belian rm150,baru layak dapat free shipping so thats why hanah rasakan ini peluang yang tak harus dilepaskan. 😂

ada satu new arrival item tu hanah nak sangat beli, tapi fikir fikir balik takkan nak beli satu benda tu je nak kena tambah  banyak-banyak item lain just sebab nak free shipping kan, so since ada promo free shipping ni, hanah perlu tambah beberapa item lain sahaja untuk cukup kan rm99. so disitulah disebalik cerita kenapa hanah order dari althea korea nih. hehehe.


super excited when this cute pink parcel arrived.


love! 💙


ni je awak...




innisfree super volcanic pore clay mask
hanah banyak baca feedback yang best best dari pengguna volcanic mask ni. dan dah lama juga teringin nak cuba so why not kan. muka pun dah lama tak tepek mask. sekali sekala manjakan muka sendiri apa salahnya. cuma berharap bila guna nanti mask ni tak buat muka  breakout dah la.. huhu.

ada sesiapa yang baca blog ni yang dah cuba volcanic mask ni? what say you?




bosong bosong deodorant tissue
sebenarnya hanah tak tahu kenapa tisu yang hanah grab dalam order kali ni. hahaha. i saw this item on under rm15 section dan since hanah tak tahu nak grab apa lagi untuk cukupkan rm99, ni yang hanah pilih. ada tiga jenis bau tissue ni, baby powder, fresh citrus, dan fresh soap. 

sedikit menyesal sebab pilih bau baby powder. pilih citrus agaknya lagi best kot. bau buah buahan.  lagi fresh. tapi nak buat macam mana, dah beli pun. tapi bau baby powder still okay. btw, ini tisu basah ya. 20 sheets satu pack dan yang bestnya baunya long lasting dan ada ditambah herb complex extract termasuklah bunga rosemary, chamomile, sage dan lavender.



it's my cushion case set
tujuan beli cushion case untuk isi hanah punya refill aa cushion. susah juga tau nak buat pilihan case mana yang nak order, semuanya comel comel. last sekali pilih mint color sebab hanah belum ada cushion warna mint. hehe. 

ya ini cushion case sahaja tau. kosong. tak berisi. awak boleh masukkan refill cushion awak kedalam case ini atau diy sendiri cushion gunakan bb cream kegemaran awak. tak percaya yang bb cream boleh dijadikan cushion? nanti in shaa Allah, kalau ada masa, hanah tunjukkan cara caranya. jangan risau, mudah je. 😉





w.lab luminous base primer
inilah item yang hanah nak sangat order tu... hanah nampak primer ni di new arrival section and i was like, 'yaaaasss i need that primer' . primer ni hanah tengok lain dari yang lain. it makes our face glowing mowing bila guna, tapi hanah tak tahulah glowing mana muka ni bila guna. hanah baca description je pun. terus terpengaruh. hahahaha

but nanti lepas guna hanah janji akan review item ni untuk pembaca blog fhwl ni semua. btw, ini memang produk terbaru keluaran w.lab .. bila google pun tak ada lagi yang review primer ni. so, nanti akan beritahu best ke idok primer ni. glowing ke idok muka ni. hiks.

so thats all four items untuk recent althea korea haul hanah. total items adalah rm118 dan harga setiap items boleh la awak tengok di gambar bawah. 


never regret shopping at althea korea website. bagi gigirl yang minat barang mekap, cari barang penjagaan diri  from top to toe 100% original from korea, althea korea lah tempatnya. harga pun affordable. ada free shipping dengan belian minimum lagi tuh. kalau hanah, semua benda nak order. huhu



till then, 
chiao! 💋

No comments:

Post a Comment