16 Apr 2017

PEEK A BOX UNBOXING | APRIL '17

hola everybody!


i've got another unboxing story to share with you guys. hiks. sebelum ni hanah ada share unboxing peek a box untuk bulan februari yang lalu.. kali ini hanah nak unbox untuk box bulan april pula. looks like hanah skip bulan march kan?! hihi. that time hanah tak subscribe pun untuk bulan march but for april ada sesuatu yang menarik perhatian hanah dan buat hanah nak subscribe untuk box bulan ini. agak agak awak apa ya? 😉



by the way, hanah masih tak boleh move on dengan kegojesan box Peek A Box. 😍


dah dapat agak tak? 😂

 
tadaaaa! sempena HARI BUMI SEDUNIA pada 22 april ini, team Peek a Box telah memilih #startorganic sebagai tema untuk bulan ini, and guees what, kesemua produk bulan ini dari satu international brand yang mengeluarkan produk kosmetik dari bahan-bahan organik!


and btw, cover untuk bulan ini adalah ameera zaini. hanah adore okayh dia ni, dah la lawa, lemah lembut je orangnya. husband pulak ada iras iras shukri yahya pula tuh. hahaha (sempat lagi tu cerita pasal suami orang.) 😂



dan international brand yang hanah beritahu adalah, MELVITA! seriously guys, this month is all about MELVITA. bagi yang first time dengar, MELVITA adalah pioneer bagi kosmetik organik dari Perancis sejak tahun 1983. dan since its organic, its quite pricey dari segi harga. that's why hanah surprised bila this month Peek a Box collab dengan Melvita. 😁


dalam box ini, ada premium organic travel kit khas untuk subscriber peek a box, lima items kesemuanya.



info tentang produk organic dan bahan bahan kimia berbahaya biasa yang ada dalam skincare. hati hati okayh!


so, item pertama ialah Nectar De Roses Fresh Micellar Water yang kaya dengan ekstrak kelopak ros liar dengan air bunga ros. bau dia 100% macam bau bunga ros.. dan micellar water dari bungaan memang hanah tak pernah cuba sebelum ni. excited! 😘

ini travel size, untuk full size 200ml, harga di website adalah RM102!! speechless hokah. 😲


seterusnya pula ialah  Youthful Skin Extraordinary Water. its says, bila pakai EXTRAORDINARY water ni, muka akan kelihatan seperti menggunakan botox! pffft! 😝  diperbuat daripada putik bunga raya. hanah dah cuba sekali, pada mula mula tu rasa macam melekit sikit. tapi memang cepat sangat meresap ke kulit.


fungsinya khas untuk melembutkan dan menganjalkan kulit tau! dan harga full size untuk extraordinary water ini ialah RM118 untuk 100ml. 



item kecil molek ini pula ialah, L'Or Bio Extraordinary Oil. dikenali sebagai minyak 'azimat' okayh! disebabkan gabungan 5 minyak berharga dan jarang dijumpai dari lima buah negara. Minyak Argan dari Morocco, minyak Kendi dari Indonesia, minyak Inca Inchi dari Amazonia, minyak Buriti dari Brazil, dan minyak Pracaxi. Fuhh! 😄 dan tak hairanlah harganya RM178 untuk saiz 100ml! 😪


dan ini pula adalah item yang paling mahal yang ada dalam kotak bulan ini. huhu. hanah beritahu harganya kemudian ya. ini adalah Plumping Radiance Cream. dengar nama je pun, hanah dah excited nak cuba. hiks. 😝 krim yang bantu melembabkan wajah anda sepanjang hari. dan kajian klinikal terbukti menunjukkan 8 daripada 10 wanita beritahu kulit mereka lebih cerah dan gebu selepas 4 minggu penggunaan. woot woot! tapi masalahnya sekarang, cukup ke saiz 10ml ni nak bertahan selama 4 minggu? hahaha 😆

dan guees what, harga krim ni untuk saiz 40ml adalah RM200!! what the fish lah kan.. 😥 



dannnn... item yang terakhir ada dalam box bulan ini adalah Argan Oil! kita memang tahu argan oil ni ada seribu satu khasiat. bukan saja untuk rambut, argan oil juga boleh diguna di muka dan kuku tau! untuk full size 50ml, argan oil Melvita ini berharga RM138! 


itulah semua item dari MELVITA untuk Peek a Box bulan ini. hanah seriously surprised, dengan harga RM59 sebulan boleh dapat product premium dari international brand macam Melvita tu. dan hanah tersangat sangatlah excited nak cuba kesemuanya! 😍



bagi yang nak jadi subscriber peek a box, boleh terus ke website diorang di peek-a-box.com dan pilih mana mana pelan yang awak minat. mudah sangat okayh nak langgan! 

macam makan kacang je. hiks. 😎

btw, untuk lebih info tentang produk Melvita, awak boleh klik link dibawah ya! 



No comments:

Post a Comment