10 Jun 2017

LEATHERDORI BY THE BUKU GIRL REVIEW


selamat pagi semua!

lately hanah tersangat sangat obses dengan travelers notebook (tn). planner biasa sekarang hanah pandang sebelah mata je. 😂 don't know why hanah rasa tn ni lebih memudahkan berbanding planner a5 dan a6 tu. of course main feature yang hanah paling suka pada tn ialah saiznya. kecil dan senang sangat nak bawak kemana mana. dan boleh dikatakan hampir setiap hari tengok instagram dan youtube just nak tengok video flip through dari planner addicts. seriously rasa happy tengok diorang decorate tn yang comel dan kecil (but chunky).


as you know, hanah baru saja order my very first tn dari lovedoki. kalau nak tengok unboxing story, boleh klik sini. tapi hari ini hanah bukan nak cerita lovedoki tn. hari ni hanah nak share my latest addition! say hi to my new pocket travelers notebook by the buku girl! 👋

tak sampai sebulan guna regular tn, hati dah beralih arah pada size pocket pula. lalang betul hanah ni kan. huhu.

pocket tn ini adalah #leatherdori dari Tila THE BUKU GIRL. sejujurnya sebelum order dengan Tila, hanah dah usha.. ramai yang ambil order tn. memang  cantik.. tapi harganya boleh beli sepasang baju raya siap selendang dengan kasut lagi tuh. haha.

cari punya cari, tanya punya tanya, akhirnya #leatherdori by THE BUKU GIRL yang menjadi pilihan hanah.


😍😍😍


ada exclusive box lagi tuh tau!


excited!


tadaaa. isn't she cute?! 😍 


at first hanah memang tak tahu tentang tetulang (spine)  tn ni.. nasib baik Tila explain tu semua dekat hanah. huhu. dan rasa lega sebab pilih yang ada spine. nampak lebih cantik dan lebih tegap je tn tu kan?




tengok,. kemas je hasil tangan Tila ni kan? kalau hanah. konfirm bersimpang siuh jahitan tu. 😂 


loveeee! ❤❤


bahagian dalam pula. hanah pilih nak pocket macam ni. ada beberapa jenis lagi pocket awak boleh pilih kalau order dengan Tila. 


yang best lagi, macam macam benda free dapat. yang paling best ni la. clear dashboard. 
senang sikit bila nak tukar dashboard. tak perlulah lah laminate setiap kali buat dahsboard baru. ☺


eeek! vellum paper pun dapat free! bukan satu tapi dua design vellum paper hanah dapat. for me, tak lengkap setup tn tu tak ada vellum paper ni tau! hehe.


dan dan dan.. i'm so glad bila Tila siap sediakan  inserts juga. yeah! bukan satu tapi tiga blank inserts  tu. hmm. inserts dah ada, idea je tak ada lagi nak isi apa dalam inserts inserts ni semua. huhu.


last but not least, Tila juga bagi free handmade charm bookmark! thank you awak! 😘


close up sikit inner leather yang Tila gunakan. 


back pocket. 



back view. leather ni bukan warna hitam tau. actually warna purple gelap. cantik sangat kalau tengok in person. 


tak sabar sangat nak setup leatherdori ni. overall, hanah puas hati sangat sangat dengan hasil kerja Tila from The Buku Girl. kemas,  cepat, sabar melayan customer yang banyak songeh macam hanah ni. 😂 harga berpatutan plus banyak free gifts yang hanah dapat.

btw, untuk leatherdori yang hanah order ni total cost yang perlu hanah bayar ialah RM158 siap pos. 

bagi sesiapa yang nak order travelers notebook macam hanah ni, hanah highly recommend untuk order dengan Tila. konfirm tak menyesal. bukan pocket size je yang Tila boleh buatkan, passport, A6, regular size pun boleh. ☺

harap haraplah lepas ni Tila ada leather warna blush pink atau baby blue. konfirm hanah order lagi sekali. hahaha.

bagi yang nak contact Tila, boleh klik link dibawah  untuk ke instagram THE BUKU GIRL ya.



lebiu. 💋

No comments:

Post a Comment