13 Sept 2017

REVIEW | LIZLY WHAT A LOVELY PALETTE


selain eyeliner, eyeshadow adalah benda paling jarang hanah guna bila makeup. sebab, tak pandai guna plus rasa muka jadi pelik bila pakai eyeshadow ni.😔 tapi, sejak hanah cuba lovely palette dari lizly, hanah tiba tiba rasa konfiden (sikit) nak tepek eyeshadow dekat mata. haha 🙈

kalau tak silap, lizly eyeshadow ni adalah eyeshadow kedua yang hanah beli selepas shadow for eyes dari brand witch's pouch. dan kedua duanya adalah mini palette sebab memang serius tak berani beli palette besar besar tapi tak pandai pakai. yang lizly palette ni pun saja saja cuba masa raya puasa haritu dan tetiba terus jatuh chenta dengan eyeshadow palette ni. 😍

at first, beli memang sebab memang suka sangat dengan warna warna dekat palette ni. yelah, semua warna warna dia warna yang sweet dan lovely je. sesuai dengan nama palette ni sendiri. tak terlalu menyerlah sangat. plus, warna dekat eyeshadow ni warna yang boleh digunakan untuk dapatkan korean look. and you know i'm in loooove with korean makeup. 😁

lovely palette ni ada enam shade. since hanah langsung tak tahu menahu tentang eye makeup ni, hanah main taram je masa first time guna tu. apply pula ikut sukahati je, so eyeshadow tak last long tapi masih puas hati dengan efek yang diberi. hehe. yelah, first timer lah katakan, teruja dia lain macam okayh. hahahha 😂



hover image untuk lihat nama shades 

shades yang paling paling paling hanah suka ialah lovely girl, lovely love dan lovely night. yang lain pun cantik juga cuma yang tiga tu terlebih fav. hehe. kesemua shade kecuali lovely day beri efek glitter tau! memang sesuai kalau nak guna waktu event seperti dinner.



❤❤❤❤❤❤❤


lovely girl / lovely love / lovely heart


lovely night / lovely sunset / lovely day

hmm.. mungkin tak berapa jelas swatches yang hanah tunjukkan diatas, tapi seriously, warna warna dalam palette ni memang cun sangat dan palette ni adalah benda wajib ada bagi setiap perempuam giteew. hiks



dengan size yang kecil iaitu 8.6cm x 5.5cm x 1.2cm, memang sangat travel friendly what a lovely palette ni. kalau tak travel pun, selit dalam poket handbag pun muat okayh, so kalau nak touch up senang je, tak perlu bawa palette yang besar gedabak dalam handbag lagi. hihi.

harga palette ni ialah RM41 dan awak boleh dapatkan ia di Althea Korea. yang mana suka makeup, memang berbaloi tau beli lizly palette ni dan hanah highly recommend beli palette ni bagi yang nak mula belajar guna eyeshadow. tak perlu berus bagai, guna jari pun boleh dapat hasil yang cantik bila guna eyeshadow ni. 😊

selain what a lovely palette ini, lizly ada lagi dua mini palette macam ni untuk dicuba : romantic dan chic palette. yang dua dua tu pun berkenan juga la haii.  😭

sumber gambar : ALTHEA KOREA


bagi yang berminat  dengan palette ni, silalah klik link dibawah  👇




and last but not least, that's me masa raya lepas dan gunakan lovely palette ni.. kalau tak silap shade lovely girl rasanya. sekali tengok macam okayh, dua kali tengok macam kena penumbuk pun ada mata tuh. 😂😂 biasalah, budak budak baru nak belajar lah katakan. hiks. 🙈

No comments:

Post a Comment