18 Nov 2017

UNBOXING THE PLANNER SOCIETY KIT | OCTOBER '17


hola amigos!

setelah bersemayam beberapa purnama. akhirnya fhwl buat kemunculan semula. eh apa engko ingat artis kepop je boleh buat comeback? haha 😂

i'm sooo sooo excited dengan apa yang nak dikongsi kali ini. as can you see on my title, i'm finally subscribing back on the planner society (TPS) kit! hooray cause my money will be fly fly away again! 😂 bagi yang baca blog hanah ni mesti perasan hanah dah lama tak kongsi tps unboxing post dekat blog ni kan? sebenarnya hanah unsubscribe tps kit empat bulan yang lepas. means, kit terakhir yang hanah terima adalah kit bulan june.  tapi untuk kit bulan october, hanah subscribe semula! hahaha. kenapa?


sebab ada beberapa item dalam kit bulan october ni yang hanah rasa macam, I MUST HAVE IT! MUST HAVE! YA ALLAH, AWAT COMEY NAMATEY BENDA ALAH NI?! dan lain lain lagi. hiks. by the way, tps sneak peak dekat instagram memang  menggoda hanah untuk subscribe semula, dan ternyata hanah hanyalah seorang insan yang lemah yang mudah tergoda dengan pujuk rayu benda benda comel macam tu. 😝

seteleh menunggu dalam sebulan ( tak tahu kenapa kit kali ini ambil masa lama sangat nak sampai), akhirnya, my october tps kit sampai kepada hanah empat hari yang lepas. sampai je haritu hanah ada buat unboxing dekat insta stories instagram  tapi kali ini nak buat lebih proper sikit share dengan awak semua. mesti awak teruja sama macam hanah kan? kan la.. kan la.. 😆


seperti yang awak lihat diatas, packaging untuk october kit sangat sangat omg! kombinasi merah dan biru, memang jdt sangat! tetiba 😆 seperti tps kit packaging hanah yang lepas lepas, hanah simpan untuk guna semula buat decorate planner atau benda lain.


first item in the box is this cute pocket envelope. buat daripada kain felt memang handy sangat untuk simpan resit resit atau duit kertas. kalau orang lain tengok, mesti ingat hanah buat sendiri sebab benda macam ni belum lagi hanah nampak dijual dekat kedai luar sana.. melainkan crafters je yang buat. hihi. btw, pocket envelope ini merupakah salah satu item baru dalam tps kit ni tau! ada beberapa lagi item lain yang baru tps team produce untuk kit diorang ada dalam kit bulan ni. nah, that's one of the reasons why i subscribing back the kit. 😁


felt flowers comel ini yang menaikkan 'seri' pocket envelope ni kan? sejujurnya, hanah tak berapa minat dengan felt crafts sebab bagi hanah, material jenis ni cepat berbulu. tapi dengan antique looking button dan leather strap closure, pocket envelope ni terkecuali. 😌


next, this gorgeous blue pen. siapalah seorang planner itu jika tiada pen disisinya kan? haha. pen bulan ni simple je. black ink gel pen. tapi tak kalah bila tengok pada design pen nya. 😍


flower print dibahagian badan pen dan plaid pattern di penutup. 💘


💓💓💓💓


ini pun item baru dalam tps kit. adorable felt flower paper clip. besar juga tau saiz paper clip ni. hampir sama besar dengan tapak tangan hanah. suka pula tengok kombinasi warna kelabu dengan batu biru plus gold paper clip tu. macam ngam je kan. yang tak sukanya bila, dapat satu je paper clip ni. hahaha


item seterusnya, adalah super adorable sticker sheets. tapi sebelum tunjuk stickernya, meh sini tengok packaging sticker ni dulu. that foxes print on the packaging makes me feel like i wanna pet one now! comel lahai natey tu.. serius, packaging yang ini pun kena simpan. 😂


packagingnya dah omg, apalagi isi dalamnya. tengok jelah lahai~ those flowers, boots, squirrels, kucingny punn~ ♥ btw, sticker sheets kali ini datang dalam saiz baru and seriiously, hanah lebih suka saiz yang ini dari sebelumnya. love!


item ini juga buat hanah 'omg omg omg omg' all the time waktu unboxing kit kali ini. haha. diecuts bulan ini memang sangat sangat cantik designnya. tengok jelah, foxes tu.. jean jackets, boots, pumpkins, florals, hot cocoa pun. sayang sangat nak guna. 😭



diecut paling besar dalam kit kali ini. argh! kenapa tetiba tersuka dengan musang pula ni. ibu~ nak bela satu pehlis! ♡ (semua anak bulus harap tak berkecil hati kalau terbaca benda ni) 😁


konfirm anak bulus tak kecil hati bila nampak diecuts kucing ni! comelnya~ pakai flower crown lagi tu! kelas kau maria~


floral winter boots too just omg! walaupun malaysia tak ada musim sejuk, tapi hujung hujung tahun macam sekarang ni adalah musim hujan so, kenalah juga boots dan payung tu kan?! hiks. ☔


dipacking sekali dengan diecuts bulan ini ialah notecards ini. floral designs, foxes, and all that sayings memang perfect sangat untuk decorate dividers. i'm swooon~ 😍


dannnn~ *drumrolls* inilah item yang sangat sangat menggoda hanah untuk subscribe tps kit semula. been looking for adhesive pockets for looooongest time okayh! benda ni memang susah sangat nak cari kat malaysia. tengok pula kit bulan ni include item ni i was like, arghh! i want it sooo bad. 😭 sayang tps tak jual retail so jawapannya memang kena subscribe la kit kali ini. haha. alasan betul! 🙈 

bertambah gorgeous bila ada floral pattern dekat pocket tu kan? 🌸


cuba teka ada apa dalam paket kecil ini? first time hanah unbox kit ni, hanah quite surprise bila nampak paket ni. biasa kit yang hanah dapat ada satu paket lain yang berisi sticker je. kali ini ada lagi satu paket. dan mungkin hanah terlepas pandang sneak peak tps di instagram.


dan bilaaa bila~ kau hadir bagai satu misteri~ uuuuuuu ..

tetiba. kahkahkah

rupa rupanya paket kecil ini berisi mini wooden stamps! comelnya lahai size dia. huhu. menurut tps ig, size macam ni sesuai sangat untuk buat bullet lists. frankly speaking, hanah just not that into stamps actually. kurang suka sebab tak pandai guna. setiap kali guna mesti tak cantik hasilnya. lain tempat nak distamp, lain tempat jadinya... tu belum sememeh lagi stamp nya. hahahha. sedih betul rasa tengok diri sendiri. mungkin hanah perlu lebih banyak praktis guna stamp untuk dapat hasil yang baik. and some says, guna acrylics stamp base will help too. practice makes perfect, hanah! 💪


seterusnya item yang ke.. entah hanah dah tak ingat! label stickers dan tabs! rasanya dah banyak tabs dari tps kit ni hanah kumpul. belum berkesempatan nak deco planner dengan tabs cecomel ni. label stickers pula memang tak pernah cukup. hihi  ❤


bulan ini tps include a set of super duper gorgeous page flags in their kit! pattern pattern di packaging bulan ni bila dijadikan page flags memang jadi sangatlah cantik kan!


kerana keindahan beliau, they deserve to get a closer look! love love love! ❤


satu lagi item baru di tps kit. a set of page markers! tengok warna warna page makers tu! deadly gorgeous kan (haih, penat la asyik cakap 'gorgeous' je 😂) ini pertama kali hanah nak guna page markers. at first hanah terfikir juga, wth this things should i tepek? haha. tengok tps tunjuk contoh barulah hanah ternganga seketika. eh comel lah buat macam tu! nak jugalah! hahaha. noob betul hanah ni kan. 😂


pertama kali tengok ingatkan stamps lagi. rupanya wood stickers! omg! word stickers memang one of my faves! lagi lagi kalau ada font style yang cantik macam ni. cantik kan kalau deco dashboard dengan sticker macam ni! 💝


okayh, sekarang kita dah sampai ke last two items. washi tape adalah benda wajib ada dalam setiap tps kit. kali ini washi tape pattern sama macam packaging kit.  background biru dengan ros merah. love sangat! and for your information, hanah tersangat sangatlah kededut bila nak guna washi tape tps ni. bukan apa, dahla cantik, pastu bila dah habis nak dapat dari mana lagi oii. hijau jugalah muka hanah bila one my family member guna tps washi ni buat jadi selotep balut hadiah dia. huahua. seronok betul ya gunting gunting washi tape i! 😡

and lastly, the papers! seriously, paper design dalam kit kali ini memang boleh buat satu hari hanah tu ceria sentiasa. haa~ gitu sekali perumpamaannya engko tahu! haha. tak percaya? tengok ni :


ini adalah acetate paper yang paling gorgeous hanah pernah tengok!hooray cause foxes all over the paper! 🦊

love vintage looking vellum paper too! sayang lahai nak potong!


ini pula vellum plaid pattern. don't know why, tengok vellum ni teringat kain pelikat ayah hanah. hahaha. 


scrapbook papers pula.i'm so glad pattern pada packaging ada juga dekat scrapbook paper. oh too cute too handle!


next pattern, pun tak kurang cantiknya. tengok jelah yang belah kanan tu. ada fox lagi!


close up sikit. baru perasan bulu mata fox ni lagi panjang dari hanah. hahaha. macam bulu mata che ta you~~~ 😜


dan lastly, vintage roses pattern. love the right side more cause roses lebih real dan lebih rasa aura vintage tu daripada yang sebelah kiri. amboi! kemain komen tu. haha

phewww! finally.. berjaya juga hanah share setiap satu item yang ada dalam tps kit bulan october dua ribu tujuh belas ini. ya Allah~ diam tak diam kita dah masuk bulan november kan? seriously, hanah rasa tahun ni berlalu dengan tersangatlah cepat. siapa rasa macam tu juga? angkat tangan! ✋ 

by the way, dalam banyak banyak item dalam kit ni, awak suka yang mana? kalau tanya hanah, semua benda hanah suka! hahaha. kecuali wooden stamps tu la. kureng sikit. huhu. emm, agak agak kit bulan november ada apa pula ya. haha. tunggu dan lihat. untuk makluman awak, hanah sedang cuba untuk taknak tengok sneak peak tps di instagram atau fb group. saja. kekonon nak surprisekan diri sendiri. 

hahahahahambar.  😅


last but not least, mari family photo dulu~ 
❤❤❤❤❤❤



thanks for reading! 
lebiu! 💋

No comments:

Post a Comment