13 Dec 2017

2018 PURDY PLANNER REVIEW & WALKTHROUGH


hai hai hai. siapa dekat sini yang excited nak tahun baru, angkat tangan! diam tak diam, lagi beberapa hari je kan kita nak sambut kedatangan tahun baru, tahun dua ribu lapan belas.


fuhh! seriously, hanah rasa tahun dua ribu tujuh belas ni, berlalu cepat sangat. masih teringat lagi tragedi malam tahun baru dua ribu tujuh belas lalu yang berlaku depan rumah hanah. untuk makluman awak semua, malam tu.. (hanah throwback jap eh. 😁) hampir sepuluh kemalangan berlaku betul betul depan rumah hanah. yes hanah tak tipu. pada satu malam okayh! that time kebetulan masa tu hujan kalau tak silap, lampu jalan pula tak hidup pula malam tu. mostly terlanggar tembok pembahagi jalan dengan flyover. semua kemalangan bukan berlaku serentak ya. selang tiga empat jam macam tu, berlaku satu kemalangan. yang paling teruk dan kemalangan terakhir berlaku kira kira jam enam pagi. rasa macam malas dah nak jengah bila dengar bunyi kereta berlanggar dan bunyi tayar berseret jalan pagi tu. haha. sampai camtu sekali kitorang dah bosan tengok kemalangan. tapi jengah juga akhirnya sebab, yelah.. dah kemalangan. kalau tak jakun tengok kemalangan bukan orang malaysia namanya. hahaha.

dan punya la terperanjat hanah bila jengah dekat tingkap nampak sebuah kereta dan terbalik. i was like, apalagi, menjeritlah panggil ayah ibu. jiran belakang rumah pun tengok sekali. masa mula mula nak tengok mangsa dekat dekat ayah tak bagi. takut kereta meletup. tapi luckily, ada anak bujang jiran sebelah berani dan cepat keluarkan mangsa. hujan lebat masa tu dan...

eh, panjangnya throwback!
hahahha

sebenarnya nak cerita benda lain. kenapa dah masuk satu muka surat throwback cerita yang hampir setahun berlaku ni? 😂😂 maafkan hanah ya. tersimpang sebentar dari landasan yang benar. kah! cerita sebenarnya hanah nak beritahu yang hanah dah beli planner untuk tahun hadapan. yahoo! 👏👏

hanah serius blur tak tahu nak guna planner apa untuk tahun baru ni. kalau pilih kikki k, macam biasa. means banyak lagi option lain. planner yang comel comel tapi lagi murah. bila nak beli mini happy planner, design yang hanah nak dah sold out pula. hwaaa~ memang stress juga la. tapi everything's changed bila hanah nampak instagram akak sabrina tajudin showed her newest planner.

PURDY PLANNER

bagi planner addict, mesti pernah dengar kan? first time hanah nampak planner tu di ig kak sabrina, i was like.. swooooon~ sebab memang soo purdy i told you! apalagi, hanah terus follow ig jual planner tu dan contact diorang nak tanya tentang planner tu. and guess what, last saturday i got my PURDY PLANNER! yeah! 😝


tadaaa~

teruskan membaca kalau nak tengok hanah unbox + walkthrough this planner dan share my review dengan awak semua. mana tahu terminat juga ke nanti. hiks.


this pretty planner comes in a box. tapi bukan hard box. cuma kotak biasa dan i'm kinda sad bila terima tu kotak dah kemek kemek (see the 1st picture). huhu. normally, bila buka plastik poslaju tu hanah excited. tapi kali ini sedih pula sebab kotak tu. hahaha. really wish it comes in hard box tapi tak apalah. janji dalamnya okayh. 😁


weeeee~ i'm super excited bila sampai part ni. haha. seeing pink and gold plus nampak marble design lagi, auch, it is so me! 😚 memang kena dengan namanya, PURDY! 💘


getting undressed. hahaha~ 🙈


and tadaaaaa~ *again*. here's the look of my purdy planner... memang cantik kan. for your info, purdy planner ada empat design. design yang hanah pilih ni namanya 'marble rose'. i'm not sure whether this design still available to purchase or not, sebab rasanya couple days lepas hanah order.. purdy planner ig update yang design ni dah SOLD OUT. awak boleh tengok update ig mereka kalau nak tahu latest news tentang planner ni. tapi lagi tiga design pun cantik cantik juga tau! 😍


purdy. 🌹


jangan takut cover planner ini kemek ke, terlipat ke.. sebab purdy planner ni hard cover ya.


benda pertama yang hanah fikir bila nampak purdy planner ialah ini. it's wire bound feature. hanah agak kurang berkenan planner yang ada ciri ini sebab it's little bit hard for me kalau nak tambah atau keluarkan kertas. sesiapa yang tahu any easy ways nak keluar masukkan kertas melalui wire bound planner macam ini. share your thoughts please! 🙏


gold foil + light pink + marble design = perfect. 😍


okay, teruskan ke bahagian dalam pula. brace yourself sebab part ni panjang ceritanya. hehe. on the very first page just like any other planner, awak akan nampak ini. information page untuk pemilik planner ini. again, marble paper design. major !


selamat datang dua ribu lapan belas!  🎉


okayh, mungkin hanah terlupa, but before this page, ada satu lagi page. a random fun quiz asking your relationship status dan goals anda untuk tahun 2018. untuk page ini pula ada kalendar tahun 2018 untuk rujukan dan bahagian kanan pula senarai public holidays dekat malaysia ni. yeah! who doesn't love holidays, right?! 😁


banyak betul cuti dekat malaysia ni sampai terpaksa sambung mukasurat sebelah. hahaha~ yang kanan pula bahagian untuk senaraikan tempat makan yang best dan must go to! kalau part ini, tak cukup satu muka untuk hanah. 😂


seterusnya pula tempat untuk senaraikan shopping dan tempat bercuti yang ada dalam wish lists. page macam ini boleh motivate kita untuk lebih kerja keras untuk capai apa yang kita inginkan kan! 


and the adventure begins! 
setiap bulan ada quote dan sayings yang berbeza tau! 


and this is how the monthly view looks like. simple je kan. dibhagian kanan ada sedikit ruang untuk tulis nota dan dibawahnya ada kalendar bulan sebelumnya dan bulan yang akan datang yang boleh dijadikan sebagai rujukan. bawah sekali pula ada lagi ruang untuk tulis random ideas or thoughts.


part kiri tu paling hanah tak gemar dalam sebuah planner. expenses. hahaha. tak suka sebab boleh nampak berapa banyak pembaziran telah berlaku dalam bulan tu. hahha.  dan bahagian kanan pula dah masuk ke bahagian weekly view. 


i don't know why purdy planner susun weekly view macam ni. weekly view seharusnya bermula dari hari pertama dalam minggu tersebut,  isnin dan berakhir dengan hari ahad. so bolehlah kita plan anything yang berlaku dalam minggu tersebut kan. tapi purdy planner ini pelik sikit susun aturnya. 😅




sebagai contoh, lihat gambar ini. first day dalam weekly view adalah hari khamis. dan page sebelah end with hari selasa. weekly view sepatutnya ada hari isnin hingga ahad dalam satu muka atau muka surat sebelah menyebelah supaya kita boleh lihat agenda satu minggu tersebut sekali pandang agar lebih praktikal (is that the right word? 😅) atau kita selalu panggil week on two pages in planner system. susunan ini agak bercelaru sikit bagi hanah. and i hope purdy planner boleh take note dibahagian ini. ☺


dibahagian bawah setiap hari di weekly view ada tracker yang boleh dicatat setiap hari. sejujurnya, hanah memang jarang buat this kind of tracker. kadang kadang satu minggu tu kosong je. huhu. dan bawahnya lagi ada ruang untuk  tulis apa apa nota penting pada minggu tersebut. 


disetiap penghujung bulan ada pula satu mukasurat untuk catat nota. di bahagian kanan ruang kosong untuk buat apa apa yang awak suka. nota ke.. doodle ke, sketches ke, anything! selain brain dump section, kadang kadang di sesuatu bulan tu ada ruang untuk tunjukkan bakat mewarna. hahha. tak  faham maksud hanah? nanti hanah tunjukkan. 😆





ini yang hanah maksudkan ruang tunjukkan bakat mewarna tu. dalam purdy planner ni yang menariknya ada beberapa gambar yang boleh awak warnakan tau. salah satunya gambar burung hantu inilah. so don't be plain. be creative!


yass! other than being strong. we girls have to be gorgeous too! 😜


omg. pretty mandala design! cant wait to colour this. 



😍😍😍





💘


alahai, gebunya dia.. 😻




omg. this one pretty! 🌸


💰💰💰💰


okayh selepas habis sehingga ke disember 2018, ada page untuk tulis info tentang current project. bagi yang tak ada nak buat project macam hanah ni, huhu~ boleh juga guna bahagian ini untuk catat  info tentang upcoming important event... birthday party ke, wedding, atau anniversary... kan! 😉


dan bagi yang selalu travel tu, bahagian ni memang sangat berguna untuk awak tau!


dan sebelum page terakhir, ada beberapa page yang disediakan untuk tulis nota.


dan page yang terakhir ni khas untuk orang perempuan SAHAJA tau. hehe. period tracker. kalau pemilik planner ni lelaki yang terlebih rajin, nak track  waktu datang bulan si isteri pun boleh juga. huhuhu.


terakhir sekali, ini adalah bahagian belakang planner. just plain black background. tapi masih hard cover. 😊


woot! dalam kotak purdy planner, ada juga disertakan bookmark comel ini.

overall, purdy planner memang berbaloi dibeli. kualiti planner memang superb. hard cover, kertas tebal. so many fun stuff you can do with this planner, design simple tapi cantik and plus harga dia yang sangat sangat affordable. daripada 5 bintang, hanah bagi empat. kenapa empat? kurang satu sebab weekly view itu. huhu. 

oh guess what, cuba awak teka, berapa harga sebuah purdy planner ni? oh, malas hanah nak tunggu jawapan korang.. 😁 percaya tak kalau cakap harga sebuah purdy planner cuma ...


RM48 SAHAJA!


mesti tak percaya kan. yes, its true bebeh. dengan kualiti yang terbaik, memang tak sangka planner ni murah sangat. made in malaysia lagi tu tau! jom support our malaysian seller. oh by the way, bagi yang tertanya tanya.. planner ni bersaiz A5 tau.  dan pada sesiapa yang dah terkenan dengan planner ni, boleh lawati dan contact diorang disini ya.



instagram : @purdybymisschqa
whatsapp : +6012 727 0489


can't wait to use this planner. 
oh, 2017.. so sad to see you go, but i can't wait for 2018 to come.

No comments:

Post a Comment