13 Oct 2016

#HERMOxMYCYBERSALE '16 HAUL

hai semua!

awak semua tahu kan pada penghujung september yang lepas ada satu sale online terbesar negara telah diadakan. ia dipanggil 'MYCYBERSALE'. banyak betul online store join 'mycybersale' ni dan salah satunya ialah one of my favourite online beauty store, HERMO.




ada deals sehingga 90%, exclusive vouchers, hadiah percuma, and bundle buddy (my favourite!). sebelum mycybersale bermula lagi, HERMO dah bagi siap siap voucher kepada customer mereka. lagi banyak awak beli, lagi besar diskaun yang awak dapat.

macam tahun lalu, hanah ada juga beli di HERMO waktu mycybersale berlangsung, tapi tidak sebanyak tahun ini. mungkin tahun ini mycbersale diadakan betul betul pada minggu gaji. tu yang joli sikit tuh. *sikit jelah* hiks,

i've got myself a few thing from different brands. yang paling best adalah beli item dalam section bundle buddy dimana pilih tiga item dengan harga rm49. jimat banyak hokayh kalau beli dekat section ni, dalam section ni je hanah ada 3 bundle (means 9 items kesemuanya). first bundle ada :


chriszen pearl loose powder
RM25.42

hanah tak pernah guna loose powder sebelum ni. hanya guna compact powder. some people cakap loose powder ni okay, some people cakap biasa je. tak long lasting. . tapi yang hanah dengar ramai kata brand chriszen ni bagus lebih lebih lagi untuk jenis kulit berminyak. entahlah. hanah belum cuba. huhu.

kalau tengok harga, tak mahal mana so tak salah kalau mencuba kan. hiks. 😉


hanah order kod 01 : light beige. seems light kod 02 (medium peach) agak gelap untuk kulit hanah. ada pembaca blog hanah ni yang dah cuba guna loose powder dari chriszen ni? amacam? best ke idok?



leaders clinic in solution facial mask combo set
RM19.90

kalau awak search di hermo, ada dua jenis mask dari leader clinic yang awak boleh pilih. pilihan pertama khas untuk merawat jerawat dan kulit berminyak macam yang hanah pilih ini. yang hijau tujuannya ialah 'soothing'. hanah dah guna yang hijau ni and i love it! terasa lembap kulit ni. even dah lama tanggalkan mask pun muka ni rasa lembab dan sejuk je. muka pula nampak sedikit cerah. hehe. mungkin aloe vera yang ada dalam mask ni mengurangkan kemerahan pada wajah disebabkan oleh jerawat.

mask merah tu pula fungsinya adalah 'anti acne' atau anti jerawat. belum cuba lagi dan i hope mask ni boleh membantu sembuhkan jerawat ni. yeah, i do have acne problem right now. mungkin skin hanah tengah dalam proses detox dimana hanah baru ambil satu supplement untuk dalaman dan luaran badan. mungkin juga sebab bendera merah. arghh stress! 😭




nature republic soothing & moisture aloe vera 92% soothing gel mist
RM21

memang cari mist yang boleh protect wajah dari harmful environment dan waktu mycybersale tu ini sahaja yang hanah nampak. (atau yang paling murah. haha) dah guna beberapa soothing gel mist  ni dan rasa tak menyesal beli. hehe. suka sangat dengan bau mist ni. bau citrus. segar dan sejuk je muka bila guna. yang best lagi ia sesuai untuk kulit sensitif!


silky girl go matte lipcolor
RM20.52/pc

kesemua go matte lipcolor ni hanah pilih dari section bundle buddy juga. which is satu bundle ada tiga shades. and guess what, i grab all shades yang available dekat hermo tu. haha


entah kenapa hanah tiba tiba macam addicted dengan matte lipstick dari brand silkygirl ni. sebelum ni hanah cuba silkygirl matte fever lip crayon dan hanah ibarat sudah jatuh chenta pandang pertama! hahaha. 🙈 hanah ❤❤❤❤❤❤ sangat dengan formula matte fever tu. super long lasting dan even its matte, dia langsung tak keringkan bibir hanah. yang satu saja kekurangan matte fever lipstick tu. for me, SAIZ DIA BESAR SANGAT! haha.

damn.bila guna matte fever lip crayon memang rasa macam tengah calit crayon dekat bibir, bahkan lebih besar dari crayon budak budak sekolah tu. hahah. dan hanah rasa hanah ni pelik bila apply lip crayon tu pada bibir. does it make sense. whatever lah. that's why hanah rasa i should buy something yang a bit smaller dari matte fever dan hanah pilih go matte lip colour.

kalau tak silap, go matte ni release lagi awal dari matte fever dan formulanya maybe tak sebaik matte fever. harapnya tak lah. sebelum order hanah search review dari pengguna go matte ni dan rata-ratanya sukakan lip color ni. we shall see. 😉



kesemua enam shades yang available dekat HERMO hanah order. mystic rose, foxy red, spicy marsala, wild pink, siren red dan nearly nude. for now, my favourite colour is mystic rose. sweet je warna tu. tapi masih belum cuba pakai lagi, huhu.

ada lagi empat shades yang hanah tak ada, sassy orange, exotic wine, daring pink dan loud fuschia. will grab them all if current lip color ni best bagi hanah. huhu.



garnier micellar cleansing water
RM9.90

produk terbaru dari garnier. penghapus makeup termasuk yang jenis kalis air with no need for rubbing and rinsing. sesuai untuk kulit sensitif juga tau!


yang ni free gift! 💕


purederm collagen eye zone mask
RM13

baru pertama kali guna malam semalam. apa yang boleh hanah huraikan eye mask ni cepat betul dia kering. serius. baru guna 5 - 10 minit, dah kering. mata pun tak sempat nak mengantuk lagi. haha. and  for the result, baru sekali guna. tak nampak apa apa perubahan pun. huhu. satu benda yang yang tak suka tentang eye mask ni ialah packaging dia. ada seal tu memang bagus tapi 30 sheets mask dia sumbat semua dalam plastik tu. dan bila nak guna ke peel satu satu sebab semua dah bercampur aduk. durh. tak suka okayh. blergh.


it's skin babyface natural eyebrow.
RM12.50

fyi, hanah dah banyak sangat beli eyebrow product tapi langsung tak pernah guna. hahaha. i dont know why, bila tengok orang lukis lukis kening, tengok gambar aweks aweks insta tunjuk kening diorang dengan caption 'eyebrows on fleek' segala i was like, dem.. chanteknya kening beliau! kah. 

disitu datang semangat beli segala benda ni, tapi end up tak guna sebab rasa macam menyusahkan je nak lukis lukis kening bagai. den pakai bedak pun kadang kadang tak sempat, ni nak lukis kening segala. kekeke. 😂

so girls, kesemua 12 items diatas adalah barang yang hanah order sewaktu MYCYBERSALE yang lalu. total semuanya adalah rm180.24 but luckily ada promo code so i can save some $$$! yeah!

btw, kalau tak silap, sekarang HERMO tengah adakan OCTOBER SPECIAL CLEARANCE SALE. ada diskaun sampai 70% tu! woot woot! 😍 do click the link below to check it out girls!





till then,
chiao! 💋


No comments:

Post a Comment