25 Oct 2016

REVIEW | SHAKLEE NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER

kalau sebut 'shaklee' mesti ramai yang tahu kan. sebuah syarikat dari US yang menjual produk makanan tambahan dari bahan semulajadi, produk kecantikan dan isi rumah. tapi awak tahu tak yang shaklee juga turut menjual produk penjagaan kulit seperti pencuci wajah, cream, moisturizer semua tuh?!




set nutriwhite dari shaklee
sumber gambar dari : google


mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu. macam hanah. hiks.  kira kira sebulan yang lalu hanah rasa hanah nak  cari pencuci muka yang baru sebab pencuci muka yang hanah guna masa tu dah nak habis, dan hanah rasa hanah nak cuba yang lain sebab pencuci muka hanah waktu best memang best. hanah boleh tengok wajah ni makin cerah, jerawat dan segala mak nenek parut pun nampak berkurangan. tapi yang tak best tentang pencuci muka hanah tu ialah, ianya mengeringkan kulit muka. sampai suatu masa boleh nampak muka ni macam mengelupas. hmm.😢

so disebabkan itu hanah google dan google dan terus google sehingga terjumpa nutriwhite cleanser dari shaklee ini. selain feedback dari google, hanah search juga feedback di instagram dan most of the users cakap cleanser inilah yang terbaik pernah mereka cuba. wow!

lepas puas hati dengan feedback yang hanah baca, dengan lafaz bismillah hanah try contact pengedar sah shaklee. kalau awak tengok dekat instagram tu, bukan main ramai agent atau  shaklee independent distributor dekat malaysia nih. pandai pandailah cari sendiri ya. hehe. 

agent shaklee pilihan hanah ialah akak pengantin baru, kak hasliza. best sangat berurusan dengan akak ni, tengah sibuk buat persiapan kahwin, sempat lagi melayan hanah yang banyak tanya ni. haha. tanya punya tanya maka berlakulah urusan jual beli antara hanah dan kak liza itu. lepas je bank in duit esoknya teruih akak ni pos. excited hokayh time tu nak cuba cleanser ni. 😄


this is how the cleanser looks like.
nama diberi, gentle deep foaming cleanser


penerangan dan arahan penggunaan cleanser ini.
softener itu bukan softlan , mahupun downy ya. lol


le ingredients.


etc.


lama lagi expired date nya tu.


so macam inilah rupa cleanser yang hanah order tu. 150g beratnya. menurut feedback yang hanah baca, cleanser boleh tahan sampai enam bulan. guna sikit je dah banyak buih. super jimat! 


k, tak faham. 😂


lebih sebulan hanah guna pencuci muka ni, hnah tersangat sangat sangatlah suka dan dah jatuh cinta dengannya. hehe. kenapa?! sebab it really does it's job. hanah dapat lihat perubahan kulit wajah hanah dan yang lebih penting lagi dapat rasakannya sekali. 😆

bekas dan parut jerawat makin pudar. jerawat pun sekarang malu malu kucing nak naik. hehe. naik pun waktu period satu dua. dan bila gunakan cleanser ni, jerawat cepat kecut. seriusly tak tipu. dan bila bekas jerawat, jerawat tu semua makin pudar, muka pun ternyata nampak lebih cerah! sukanya~~ 🙈

plus, hanah dapat rasakan perbezaannya ialah bila pegang kulit muka tu. terasa wajah makin lama makin lembut. tak kasar. tak mengelupas semua dah. ini buktikan pencuci muka ni sangat sangat serasi dengan kulit hanah. yahoo! muka pun dah tak berapa oily macam dulu. sukanya mak nak~~ hahaha *excited giler*

hanah memang highly recommend cleanser ni untuk awak semua. lepas ni in sha Allah, hanah tak mahu tukar pencuci muka lain dah. nak setia pada nutriwhite cleanser sahaja. hiks. 😜

diperbuat daripada bahan bahan semulajadi memang sesuai untuk semua. cleanser ni tak ada bau. well, ada bau, tapi tak wangi semerbak macam cleanser yang dijual kat luar tu. bau biasa biasa aja. so, kepada yang muka alah pada wangi wangian ni memang cadangkan gunakan nutriwhite cleanser. ni. 

kalau tentang harga pula.. hehehe. sejujurnya cakap, cleanser ini adalah cleanser paling mahal hanah pernah guna. kah. kalau harga pasaran biasa, harga cleanser ini ialah RM127. tapi kak liza jual RM115 siap free postage masa hanah beli haritu. but heyy, dengan kesan dan manfaat yang awak dapat, berbaloi rasanya dengan harga tu. dan dan, cleanser ni boleh tahan sampai enam bulan. setengah tahun tu! 

hanah memang belum guna sampai enam bulan, tapi jujur cakap, tiub cleanser hanah tu tak nampak macam dah guna pun. sekali guna sikit je pakai. even sehari cuci muka tiga kali, macam tak luak cleanser tu. love love love! 

well, hanah beritahu ni pun mungkin ada yang tak percaya. cubalah sendiri kehebatan cleanser nutriwhite ni. mesti awak teruja ya amat macam hanah. hehe. lepas guna cleanser ni dan lihat kehebatannya (amboi, ayat!) 😂, hanah tetiba berminat nak cuba produk nutriwhite yang lain. ada makeup remover, whitening lotion, spot whitening treatment, whitening essence dan banyak lagi lah. tapi sayang,  keadaan fulus tak mengizinkan lagi. semuanya ratus ratus kalau tak silap. sobs sobs. 😣hmm, but for now, dapat cuba set asas pun jadilah. 

ada yang nak sponsor tak? haha. 😜

bagi yang nak cuba nutriwhite cleanser atau produk shaklee yang lain, awak boleh contact shaklee independent distributor (SID) yang ada. hanah recommend kak liza, selain jual dia juga pengguna produk shaklee. akak ni akan guide awak cara nak guna itu semua. don't worry. ehem, btw, ni bukan kak liza yang suruh tulis okayh. hanah sendiri sangat berpuas hati dengan servis dan layanan yang kak liza tu berikan. hehe. nak contact kak liza, boleh tengok instagram atau terus whatsapp dia. okayh.

📱 whatsapp :  +6011 - 2939 7011
📷 instagram : @beautybylizadimple

dah lewat ni. nak tidur, tapi sebelum tu jangan lupa cuci muka dengan nutriwhite cleanser dulu. hehe

till then, 
chiao! 💋

No comments:

Post a Comment