11 Nov 2016

REVIEW | GARNIER MICELLAR CLEANSING WATER

assalamualaikum and hey girls!

do you miss me? hehe. minggu ni terasa cepat sangat berlalu. diam tak diam, dah nak masuk hujung minggu dah. suka la tuh cuti! kihkih. 😜


dalam entri  ini hanah nak review sikit tentang my latest addiction iaitu, MICELLAR CLEANSING WATER daripada Garnier. sebelum beli, hanah tahu cleansing water tu apa, dan fungsi dia semua tuh, but what the heck is micellar? tiba tiba pula rasa nak ambil tahu since i saw too many ads about micellar cleansing water lately. garnier, nivea, simple, sephora, bioderma, etc..


jadi, setelah di google, inilah maksud micellar :

According to board-certified dermatologist Hadley King of Skinney Medspa, micellar water is made up of micelles (tiny balls of cleansing oil molecules) suspended in soft water. “The idea is that micelles are attracted to dirt and oil, so they are able to draw out impurities without drying out the skin,” she says. Therefore, micellar water can be used as a facial wash, makeup remover and moisturizer all in one.
“It looks like water, it has the viscosity of water but when you put it on your finger and feel, it has a different texture than water,” says Tabasum Mir, a skincare physician in cosmetic dermatology and cosmetic laser surgery.
 

Ooooo.. baru tahu! dan disebabkan itulah hanah tiba tiba berminat nak cuba guna cleansing water. hehe.

sejujurnya, hanah sebelum ini memang tak pernah gunakan cleansing water sebelum mencuci wajah. cause for me, buat apa nak guna sebab i don't use makeup. i mean, heavy makeup macam eyeliner, eye shadow, bronzer, blush, etc.. paling hebat pun hanah guna maskara. hahaha. beli barang makeup banyak banyak, tapi langsung tak guna. huhu

salah sebenarnya tanggapan hanah selama ni. tujuan cleansing water, bukan untuk menghilangkan makeup sahaja, tapi ia bantu hilangkan kekotoran, minyak, malah melembabkan dan segarkan semula kulit.

so, i decided to try one. micellar cleansing water daripada garnier yang jadi pilihan hanah. order sewaktu mycybersale di hermo.my dengan harga rm9.90 sahaja untuk yang 125ml.  surprisingly, dengan sekali penggunaan sahaja, hanah terus jatuh cinta dengan produk ni. serius tak tipu!

bagaikan magnet segala kekotoran boleh diserap. walaupun guna lipstick waterproof, sekali lap terus hilang! juga  sangat sangat convenient untuk mereka yang nak ambil wudhu. tak perlu bersusah payah sental muka nak hilangkan makeup yang jenis kalis air ni.

plus, muka terasa sangaaaat lembut lepas dicuci. ini yang paling best bagi hanah. 😘 lembutnya tu boleh dirasa kalau tak guna cleansing water , dan bila gunakan cleansing water sebelum mencuci wajah. muka hanah juga nampak lebih segar dan lembab. ❤❤❤. sebelum guna memang takut kalau it will irritate muka hanah, since kulit muka ni quite sensitive. so that why i chose the pink bottle, gentle. khas untuk sensitive skin. yang botol biru pula khas untuk kulit berminyak dan kombinasi dan berjerawat. (hmm should try this one too!)


thank God, dah banyak kali guna pun tak ada effect yang tak baik berlaku terhadap kulit muka ni. malah lagi baik adalah. hiks. lupa pula hanah yang garnier ni mostly memang guna natural ingredients sahaja dalam produk diorang. more love! 💕

harga pula sangat affordable. macam yang hanah beritahu, untuk 125ml harganya cuma rm9.90 sahaja. untuk botol saiz besar, 400ml, harganya rm24.90 sahaja di hermo.


my 125ml bottle dah nak habis. cepat cepat pergi watson beli baru. 400ml terus!  
pssst! dengar dengar dekat watson ada promosi. memang murah dari harga biasa.

and now i'm officially adding a cleansing water to my skincare routine. yeay me! 🙌



awak awak guna cleansing water juga? dan jika ya, brand apa yang awak guna? bagi awak awak yang tak pernah guna cleansing water sebelum ni, hanah highly suggest awak should try one too. feel and see the different bila kita gunakan cleansing water sebelum mencuci wajah. even awak jenis yang macam hanah yang tak pakai heavy makeup awak kena cuba juga sebab tak cukup sebenarnya kita cuci muka dengan cleanser sahaja. muka kita tak betul betul bersih. tak salah sekiranya kita take one extra step untuk jadikan wajah kita lebih sihat, lebih cantik.

yang untungnya siapa?  diri sendiri jugak kannn. 😉

till then,
chiao! 💋

No comments:

Post a Comment