28 Nov 2016

FUNKY! BOX UNBOXING - NOV '16

hai semua!

rindu hanah tak? heheh.
hanah tahu agak terlewat rasanya hanah post funky! box untuk bulan ini. ini kerana, hanah currently memang superbusy (yang ni memang betul betul busy), plus terdapat sedikit masalah sewaktu penghantaran funky! box bulan ini kepada hanah.



tak seperti yang selalunya, funky! box sampai agak lambat daripada biasa. disebabkan posmen tak tahu rumah hanah dekat mana. yeah, same old problem. tapi yang jadi musykilnya, sebelum ni tak ada masalah bagi ninja van, hanah siap puji ninjavan lagi tu, bila diorang punya servis penghantaran tersangat sangat cepat. pos waktu pagi, petangnya dah sampai. tapi sedihnya, box bulan ini ambil msa lebih dari seminggu untuk sampai. even waktu posmen dah nak sampai rumah pun, hanah dengan dia macam nak bertekak dalam phone sebab diorang tak jumpa rumah hanah. hahaha.

btw, thumbs up untuk team funky! box sebab mereka sangat sangat concern dengan masalah hanah. mereka yang tanya box dah sampai ke belum, mereka yang contact ninjavan semula. siap emel segala. tanya hanah ada nombor lain tak dan beritahu semula pihak ninjavan. bahkan siap whatsapp untuk tahu latest update tentang box bulan november ni. hehe. sayang korang semua! 😍

ehh. panjang pulak mukadimah. hahaha

btw, box bulan november telah selamat sampai kepada hanah pada empat or lima hari yang lepas. tema bulan ni adalah, WHAT'S COOKIN'! semuanya ada kaitan dengan makanan! woot woot.


selain dijadikan tempat simpan barang, box ini juga bertindak sebagai tempat tidur anak-anak bulus hanah. huhu


macam biasa, i'm  excited!


hanah sukaaaa funky zine kali ini. agak agak awak kenapa? hiks


sebab diorang ada tunjuk siapa vendors untuk bulan ini. yeah! kalau dalam box bulan lepas, kan hanah ada kata kureng berkenan dengan funky zine tu sebab ada few info yang patut ada, tapi tak ada dalam tu. tapi itu diorang punya first issue. sekarang dah masuk funky zine yang kedua. lots of good changes ada dalam funky zine ni. keep it up!


dan hanah suka sangat diy untuk bulan ini. simple tapi cantik sangat hasilnya kan! ☺


quote paling thorbaik bagi hanah. hahaha 😂


ini adalah pamphlet dari salah seorang vendor bulan ini. its from vivasa bath indulgence.  macam macam jenis scrub yang mereka jual, vanilla, lavender, pappermint, lemon dan macam macam lagi lah!

kalau nak tengok produk yang diorang jual, search dekat instagram :

@vivasa_bath_scrubs yaa~

so, the first thing in the box is..


SUSHI SOAP
retail : RM18 (set of 2)


sayang seribu kali sayang, sushi ini adalah seketul sabun. 
alahai, kenapalah menggoda sangat sushi tu.. kalau lah dia tulis edible sushi soap, dah lama hanah telan. 😂


ARTIZ SOAP
💻 - Artiz Soap
📷 - @artizsoap


--------------------------------------


HAND FOOD LOTION
retail : RM32

losyen ini adalah item misteri untuk bulan ini, and guess what, sebab item inilah hanah excited nak subscribe bulan ni. umum memang tahu losyen ni sangat popular dekat US. brand soap & glory pun bukan brand yang asing dengan beauty guru yang berlambak dekat youtube tu. love this lotion so so so so much!  bau dia sweet sangat dan losyen cepat betul menyerap pada kulit.  ia dah jadi must-have-item dekat dalam beg kerja hanah. 😊


SOAP & GLORY

--------------------------------------


RECIPE BOX WITH NOTEBOOK & CARDS
retail : RM50

bila nampak je box ni, i was like, what the heck is this?! ingatkan box kosong untuk simpan resepi resepi.. rupanya..


dalam box tu ada notebook dan card set. huhu. fungsinya untuk tulis resepi dekat kertas tu, dan simpan dalam box besar  tapi kalau nak guna buat benda lain pun boleh juga! comel sangat notebook tu kan! 



FUNKY! BOX


--------------------------------------


BODY & FACE SCRUB (150g)
retail : RM25

awal awal tadi hanah ada beritahu tentang pamphlet dari vivasa kan?! haaaa, kalau nak tahu vivasa adalah seorang vendor untuk bulan ini. rasanya hampiri setiap bulan, dalam funky! box ada scrub kan?! haha. kali ini hanah dapat lavender dan rosemary scrub. wanginya lahaii.. 


antara kandungan dalam skrub ini adalah lavender essence, rosemary, garam, dan olive oil. 100% bebas dari bahan-bahan yang berbahaya untuk kulit kita. okayh, tak sabar nak skrub!



VIVASA BATH INDULGENCE
✉ : vivasabathindulgence@gmail.com
📷  : @vivasa_bath_scrubs
☏ : 016 - 297 3901

--------------------------------------


FRUIT PLUGGIES (set of )
retail RM10

hanah tak pernah guna phone plug sebelum ni sebab most of the time, kalau hanah guna phone, hanah akan plug in earphone. tapi bila cuba guna phone plug bentuk buah-buahan ni, terasa comel pulak hanah. eh maksud hanah, handphone tu. hahaha 🙈



ELEGANCE PARADISE
☏ : 016 - 408 6977


--------------------------------------


WHITE RABBIT CANDY & ICE GEM BISCUIT PATCHES
retail : RM15

patches yang dulu pun tak bertampal lagi, ni dah dapat patches yang baru. huhu. comel rasanya kalau hanah tampal dekat makeup bag kan? 😉


FUNKY! BOX
💻 - thefunkyfactory.com
📷 - @iwantfunkybox


--------------------------------------


MASON JAR MUG - DAISO
retail : RM5.30

lama dah nak beli mason jar ni. setiap kali pergi mr diy, asyik pandang je. belinya tak. huhu. but i'm glad, dalam box ni ada mason jar ni. hehe. siap ada straw lagi tuh. hiks. kalau nak cari yang macam ni, pergilah dekat daiso. tapi macam yang hanah cakap, mr. diy pun ada juga. dan rasanya lagi murah kot. huhu 😁


--------------------------------------


TEA TOWEL
retail : RM26

sayangnyaa nak keluarkan tea towel ni dari plastik. i saw this before funky! box posted out the box and i was like, comelnyaa cecorak dekat towel ni. 😍 selain tea towel, vendor juga ada buat anak patung, pakaian anak patung, perabut anak patung, soft toys, baby items, bags, dan barang hiasan rumah pun ada. senang cerita awak usha la instagram vendor ni. penuh dengan gambar hasil tangan vendor yang cecomels.  😍



WHITE ALMARI


--------------------------------------


DIY KIT
retail : RM5

suka sangat idea funky! team masukkan sekali diy kit dalam box kali ini. tak tahu la bagi orang lain, but for hanah, i'm so excited when trying new things. , hanah belum  pernah cuba buat felt brooch sebelum ni, thats why excited betul bila dapat kit dari funky! team 😘




FUNKY! BOX


--------------------------------------


WATERMELON TOTE BAG
retail : RM20


hanah tahu awak bosan bila hanah beritahu benda ni sangat comel. sebab mostly semua item hanah cakap comel. haha. tapi memang tak boleh nafikan kecomelan tote beg tembikai ni kan kan kan! thank you funky! team.. 😉



itulah kesemua sepuluh item yang ada dalam box bulan november kali ini. tema what's cookin'. semua benda berkaitan makanan. tapi sayang tak ada satu pun yang boleh dimakan. hahaha. trimas funky! team sebab setiap bulan buat hanah over excited bila terima box dari korang. hiks. 

bagi yang nak subscribe their monthly box, boleh je terus pergi website diorang dan terus langgan dekat situ. tak mahal, hanya RM65 sebulan, awak akan terima barang-barang yang nilainya lebih dari harga tu. berbaloi baloi.

thank you for reading my unboxing story ya..



akhir kata dari seketul hanah. kurr kurr. 😂


till then,
chiao! 💋

No comments:

Post a Comment