3 Jan 2017

FUNKY! BOX UNBOXING - DEC '16

assalamualaikum semua!

hanah tersangatlah excited hari ini sebab we're finally in 2017! yuhuu!! diam tak diam dah masuk ke tahun baru kita ni kan? is it just me atautahun 2016 berlalu macam angin. cepat sangat kan? diharap kita semua dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki di tahun dua ribu tujuh belas ini, amin.. ☺

hampir sebulan juga hanah menyepikan diri dari dunia blogging sebab bulan 12 yang lepas adalah bulan yang sangat sibuk bagi hanah, well, nak buka buku baru, kerja-kerja di buku lama yang tertunggak tu kenalah bagi settle dulu ye tak? kikiki. 😁  tapi diawal tahun baru ini hanah berehat dari kerja dan ambil cuti yang lamaaa.. tak ada plan nak pergi mana-mana. hanya nak duduk rumah, jalan jalan dengan family, gosip gosip, makan makan. tu je. hee.

dan untuk entri pembukaan 2017 ini, hanah nak tunjukkan apa yang ada dalam december 2016 funky box. okayh. unboxing post ni memang sepatutnya di post lama dah, tapi sekarang baru sempat. maafkan saya, saya hanyalah insan yang lemah. hahaha . btw, terima kasih sangat sangat buat team funky box kerana bagi hanah box bulan 12  ini for freeeee. love funky box more and more lah cenggini. 😉



untuk bulan disember, funky team telah memilih GEOMETRIC sebagai tema. haaa.. item-item dekat atas ini ada kena mengena dengan tema ke? jom tengok satu persatu.


kanvas dengan quote diatasnya ni memang cantik kalau letak dekat atas meja tulis kan? boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi disaat kita memerlukannya. ceh, kemain ayat. kahkah. 

CANVAS ART
RM 60



---------------------------------------------



omg! diy letter decoupage! dah lama sebenarnya hanah cari. nak pergi kaison, tak pergi pergi sampai sekarang. kalau nak buat sendiri memang tak susah tapi malas tu yang bermaharajalela dalam diri. huhu. 🙈 minat nak buat letter decoupage yang berlampu tu tapi tengok tutorial yang disediakan, tampal dengan patterned tissue paper pun cantik juga. 


DIY LETTER DECOUPAGE 
RM20



------------------------------------------------


dream cathcher! tak sangka dapat diy kit untuk buat dreamcatcher. selalu tengok orang gantung dreamcatcher tapi tak pernah terfikir macam mana nak buatnya. 


setelah menelaah tutorial yang diberi, agak mudah rupanya nak buatnya. tapi ada la konfius sikit bila nak buat bahagian 'catcher' tu. berselirat! huhu.

Btw, dream catcher ni daripada our only vendor untuk bulan disember. sila usha instagram vendor ni tau!  bermacam macam jenis dreamcatcher dalam pelbagai warna dan saiz vendor yang vendor ni buat. semuanya comey comey belaka! 😍


DREAMCATCHER DIY KIT
RM25


💻 - dreamchaser
📷 - @official_dreamchaser_


----------------------------------------------


kalau tak silap hanah, dry shampoo ini iadalah item misteri untuk bulan ini. pertama kali guna dry shampoo. sebelum ni memang terpandang di website-website yang jual beauty stuffs tapi tak terfikir nak beli. baru guna sekali tapi tak nampak apa apa perbezaan pun pada rambut.  cuma rambut tu bau wangi je sepanjang hari. hihi.

tapi.. seram juga nak guna benda sebab kalau tengok dekat info botol ni, macam macam warning ada. extremely flammable lah. mudah sangat meletup lah. pheww! agak agak lah kalau waktu guna tu botol ni terjatuh atas lantai, effect dia macam bom jatuh dekat hiroshima dan nagasaki agaknya ya. hahaha. 😂


BATISTE DRY SHAMPOO (MINI SIZE)
RM10


----------------------------------------------




earphone dalam funky box?! memang tak sangka kan! yang lagi tak disangka, kualiti audio masa pakai earphone ni not bad tau! warna pulak cantik! love! 💕


SONIC GEAR GRAFITE EARPIECE
RM 18.90


-------------------------------------------------------


dan awak sila beritahu saya, apa yang boleh dibuat dengan cork tags ni?
😂


CORK TAGS WITH BALL CHAIN
RM5




---------------------------------------------------



dan item terakhir dalam box untuk bulan disember 2016 adalah.... scrapbook layout. bagi yang buat projek scrapbook, benda ni memang berguna. letak je dekat scrapbook awak, and tadaaa.. siap satu layout. huhu. 


8X8 SCRAPBOOK LAYOUT
RM50

------------------------------------------


so that's all i got for the month of december 2016. thank you funky box for everything! tak sabar rasanya untuk tengok apa yang funky box sediakan untuk tahun 2017 ini. hiks. btw, sekali lagi disini hanah nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada pembaca-pembaca blog hanah yang secara sengaja atau tidak sengaja terdatang ke sini. hihi.  take care ya dear!






love you all!
💋

No comments:

Post a Comment