20 Sept 2017

PLANNER & STATIONARY HAUL




hola, amigo!

sebelum awak teruskan membaca ingin hanah ingatkan bahawa post kali ini agak panjang, so brace yourself, pergi buat apa yang patut dulu sebelum teruskan membaca.. or go grab some snacks or cup of hot chocolate dulu agar pembacaan awak  lebih tenang dan santai. hiks

apalah aku merapu ni. 😂

apa apa pun, untuk makluman awak semua..  kesemua item dalam haul kali ini hanah beli sendiri guna duit hanah sendiri. bukan sponsor dari sesiapa pun *tapi lagi best kalau disponsor kan. kah!* dan hanah bukan beli kesemua item ini sekali gus dalam satu satu masa. mula beli beberapa bulan yang lepas, kumpulkan kesemuanya dan maka terjadilah entri sebuah haul. hehe. without further ado, let's get started! ❤

CRAFTLOG

sebuah online store yang awak boleh jumpa dalam shopee app. btw, awak tahu tak tentang shopee app tu? shopee merupakan online store app yang paling hanah suka. hari hari wajib buka app tu sebab barang barang dekat situ affordable sangat. well, ada few online stores yang jual benda sama, tapi mostly seller jual barang murah murah. ada free shipping lagi tu. yang paling excited bila pukul 9 pagi denga 5 petang sebab ada 'shocking deals' dan barang barang time tu lagi murah dari yang murah murah. haaa. hanah pun tak faham apa yang hanah taip ni, tapi seriously bagi yang kaki shopping online, SHOPEE app memang wajib awak download dalam handphone awak tu.

opss. terlebih promote shopee pula. hahaha
maaflah sebab hanah ni selalu sangat menyimpang dari landasan yang benar. kah!

okaylah.. back to craftlog haul, craftlog ni adalah online store yang baru hanah jumpa dekat shopee tu. jual stationaries, planner stuff dan benda benda yang comel sahaja. hehe. macam yang hanah beritahu awal awal lagi, barang barang dekat craftlog memang affordable.


comel je kan letak barang dalam paper bag ni. siap ada ucapan yang sweet lagi tu dari seller. ❤


lebih sweet bila siap ada reminder suruh minum 8 gelas air sehari lagi tu. hiks. comel je seller ni. hihi 😍


first item dari craftlog ialah gorgeous sticky notes set ni. nampak je sticky notes ni hanah terus 'add to cart' haha. 😁


mana tak tertarik dengan sticky notes ni. tengok jelah designnya lahai.. galaxy theme yang sangat sangat cantik. ✨🌠 ada 6 design dan setiap design ada 20 sheets.. love!

ITEM : STARRY NIGHT STICKY NOTES SET
HARGA : RM3.39



second item pun sticky notes juga. 😂 oh by the way, dalam haul kali ini memang banyak beli sticky notes, nak buat macam mana, semua comel comel belaka. ngee. macam sticky notes ni haaa.. gradient color kombinasi pink dan biru~ alahai.. i cannot tahan lah sis! 😝

sticky notes ni ada empat dalam satu set yang sama dan setiap bahagian ada 30 sheets.. selain warna pink + biru ni, ada juga pilihan warna lain tau!

ITEM : COLOURFUL GRADIENT STICKY NOTES
HARGA : RM2.81



next item ni, hanah tersilap beli sebenarnya.. nak beli sticker biasa, tersilap pilih sticker untuk polaroid photo pula. 😅 dah inform seller nak tukar tapi sayang seller dah wrap order hanah. huhu. but it's okay. boleh guna sticker ni tampal gambar polaroid yang bebanyak tu.  tapi serious comel juga tau corak corak sticker ni.


ITEM : 20PCS MILKY PASTEL POLAROID PHOTO STICKER
HARGA : RM2.69



memang ;lumrah seorang planner addict tak pernah rasa cukup  dengan washi tape eh?  huhu. asal nampak yang comel je nak beli. macam mana ni?! lagi lagi yang ada gold foil camni. tergoda i tau! 😜

ITEM : BEAUTIFUL DAY GOLD FOIL WASHI TAPE (5M)
HARGA : RM5.72 


tengok ni, washi tape lagi. haha. tapi yang ini memang unik design dia. vintage rustic theme giteew. belum ada lagi design washi tape macam ini dalam koleksi hanah. so, apalagi.. sambar lah satu! 😁


ITEM : VINTAGE RUSTY FOIL WASHI TAPE (10M)
HARGA : RM6.29



and lastly untuk craftlog haul adalah pocket notebook ini. eh, ini hanah tak beli. ini freegift seller bagi. weee~ thank you craftlog! ❤ 

CRAFTLOG 

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


LEXART


next store ini pun hanah baru jumpa dekat shopee. jual art and crafts stuff plus stationaries yang agak susah kalau nak cari dekat bookstore biasa. hanah lah yang susah cari. tak tahu la kalau awak punya nearest bookstores ada jual semua tu. hihi


ini adalah antara hanah's MOST WANTED stationary awak tahu! merata bookstore dekat muar, dekat melaka hanah cari tapi tak jumpa highlighters ni. sekarang kalau tengok dekat instagram most bujo (bullet journal) addict guna highlighters ni dalam journal diorang and i was like, cantiknya warna warna diaaa! 😍😍


ya Allah... awak tengoklah ni. pastel colour macam ni memang my ultimate favourite hokayh! hanah grab satu set terus dan and im looooooving it!


ITEM : STABILO PASTEL HIGHLIGHTERS (SET OF 6)
HARGA : RM25.10



haaaa yang ni pun sama! terus teringin bila tengok bujo addict pakai. haha. pantang betul tengok benda comel comel tau! even pen je pun, nak beli juga! dasar budak comel betul hanah ni kan. hahahaha. 😂


smoooth giler bila tulis dengan zebra sarasa pen ni tau! ink dia memang terbaik. tak tembus, terang, tak putus putus.. memang best lah! warna warna dia pun lahai.. actually, sebab warna dia lah hanah nak beli pen ni at the first place. hihi.

ITEM : ZEBRA SARASA 0.5MM MILK COLOUR GEL INK PEN (BUNDLE PACK)
HARGA : RM29.65



dan last item dari lexart adalah brush pen dari pentel. baru nak berjinak jinak belajar buat calligraphy dan ramai yang recommend beli pen ni. tengok macam pen biasa je kan.


banyak sangat pilihan warna. tapi sebab baru nak belajar, hanah pilih warna hitam je dulu. nanti dah pandai buat calligraphy cantik cantik baru beli warna lain pula. 😊



ITEM : PENTEL FUDE TOUCH BRUSH SIGN PEN (BLACK)
HARGA : RM4.65



hanah happy sangat sebab jumpa lexart store ni. most barang yang hanah susah nak cari diorang ada jual. huhu. hanah highly highly recommend untuk beli barang dekat lexart ni, kenapa? hanah tak kenal seller dia tapi seller lexart ni super duper friendly dan sangat sangat mengambil berat tentang kebajikan pelanggannya. hahaha. tak tahulah hanah nak describe macam mana tapi dalam ramai ramai online seller yang hanah jumpa, lexart seller ini satu satunya keep update dengan order customer diorang. i means, SELALU UPDATE hokayh. boleh je hanah track order hanah dekat shopee app tracking feature tu, tapi seller ni rajin betul dm beritahu posmen dah pos, posmen tengah process order, posmen tengah bawa lori tu semua. hahaha *okayh, tu hanah yang tambah. 😂* 

unfortunately, order hanah ni sampai lambat pada hanah. tak tahulah, kenapa poslaju hold lelama barang hanah, yelah i faham ada cuti merdeka, raya haji tu semua.. tapi lepas cuti.. bila dalam delivery , tiba petang je poslaju update 'unsuccessful delivery'.. dua tiga hari juga lah macam tu. agak agak abam posmen fed up asyik hantar barang hanah je. hahaha. tapi seriously, seller dengan manisnya greet dan beritahu update terkini parcel hanah. wiwiwi. thumbs up for lexart's seller! 👍


tengok ni, comel betul perangai. hehe. 😘

LEXART
link : shopee.com.my/lexart

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


MR DIY



okay seterusnya pula, (tapi macam dah semput nak taip lagi. 😫 ) kalau tengok barang barang ni, most planner addict mungkin tahu hanah beli dari mana. my favourite MR DIY lah semestinya! 


kalau tak silap 'here & now' collection dari rosie's studio ni baru lagi dekat mr diy. atau juga hanah tersilap sebab lama juga tak jenguk mr diy tu. huhu. tapi i hanah fell in love mostly dekat semua item dalam collection ni.


designer papers ni a must have item tau dalam collection ni. design design dalam ni semua cantik cantik! ada 20 designs dan setiap design ada dua helai. dan sembilan dari design tu ada gold foil lagi tau! 😍 bila nampak designer paper ni macam macam idea datang nak buat apa dengan papers tu. tapi bila nak guna, sayang pula. haha typical seketul hanah. 😁

bawah ni antara design yang hanah suka .





cantik kan! liplapliplap gituh! ✨


ITEM : ROSIE'S STUDIO DESIGNER PAPERS
HARGA : *tak ingat. sorry*


dan yang ni pun, must have item juga. macam mana ni? haha. dalam collection baru rosie's studio ada diecuts tau. design cantik cantik. boleh buat deco baru untuk tn lepas ni. 😉


tengok designs diecuts.. setiap design ada 2 pieces dan nak tahu tak ada 180 pieces diecuts dalam satu pack ni. berbaloi kan!

ITEM : ROSIE'S STUDIO DIECUT SHAPES
HARGA : *tak ingat juga sorry. tapi memang below RM10*


bila nampak font dekat sticker ni terus rasa nak. tengok jelah calligraphy setiap font tu. lawa! hanah tak kesah sangat label sticker dan number sticker tu tapi siapa tahu nanti nanti nak guna kan.


ITEM : ROSIE'S STUDIO STICKER EMBELLISHMENT PACK
HARGA : antara  RM3 - RM6



ini pun sticker pack macam atas tu, tapi hanah tak tahu mana gambar depan sticker. terdelete kot 😂 ada 3 helai juga dalam 1 pack. birthday theme sticker. comel sangat design designnya, especially mason jar dia. love!

ini kalau tak silap collection lama rosie's studio. tak tahu dekat DIY berdekatan awak semua ada lagi ke tak tapi my nearest MR DIY masih ada few pieces left. pheww. nasib baik sempat grab. hehe.

ITEM : ROSIE'S STUDIO STICKER EMBELLISMENT PACK
HARGA : RM3+


ini pula journal card pack. quotes dari journal card ni semua best best belaka. designnya pun menarik.


ada dua size journal card dalam pack ni. 4 x 6" dan standard 3 x 4". sebelum guna pastikan laminate dulu agar tahan lama. :)

ITEM : ROSIE'S STUDIO DOUBLE SIDED JOURNAL CARDS
HARGA : *below RM10*







dan last item dari MR DIY haul ialah pen ini. ini pen yang awak boleh jumpa di bookstores biasa. hanah suka sangat sangat dengan pen ni. pen inilah yang hanah guna bila nak planning dan dekat tempat kerja. dah tak pakai lagi dah pen yang comel comel tu. haha. walau pen biasa je, tapi sangat berkualiti tau. gel ink dan mata 0.5 .. smooth je bila tulis guna pen ni. dakwat tak putus putus even dah banyak kali pen jatuh plus dakwat tak bocor bila dah lama guna macam pen lain. 


ITEM : FABER CASTELL RX GEL  PEN 
HARGA  : bawah RM3 (satu pack)


kesemua item dari MR DIY ni hanah beli dekat MR DIY Jasin, Melaka ya. kalau dekat MR DIY berdekatan rumah awak pun hanah rasa ada juga. papepun maaf sesangat sebab hanah tak ingat harga harga barang yang hanah beli dekat sini. dah lama pergi dan receipt pula dah dikoyakkan oleh anak bulus. 😸

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

NEW DRESSING


pheww! dan seterusnya pula ialah new dressing online store. online store pertama hanah beli barang barang planner. hehe. follow store ni sejak dia menjual dekat lelong lagi. sekarang follow dari shopee je. senang. 😊


kan awal awal tadi hanah ada sebut tentang bujo planning kan. nak tahu tak, sekarang ni hanah into bujo planning pula! memang cepat betul tergoda hanah ni kan. hihi. so that's why hanah beli notebook bersaiz A6 ni. excited okayh nak start buat bullet journal. huhu. 


kertas dia jenis grid. suka sangat! tapi ini notebook refill je. means, notebook ni togel. haha. tak ada baju. sekarang dalam misi nak cari cover untuk notebook ni. anyone boleh suggest hanah mana nak cari? prefer yang plain tapi masih nampak comel. hehe. tak mahu cover yang terlalu sarat dengan design. atau juga boleh diy sendiri kan?! hmmm 

ITEM : A6 REFILL NOTEBOOK PACK
HARGA : RM16.90



washi tape lagiii. 😁. kali ini washi tape bunga bunga pula. tengok new dressing ada tunjuk tuto untuk buat flower wreath guna washi tape ni, and the result make me swooon. cantik sangat hasilnya. sebab tu beli washi ni. (alasan je. padahal dekat rumah dah banyak washi tape flower 🙈)

ITEM : FLOWERS FROM THE GARDEN WASHI TAPE (HYDRANGEAS) - 7M
HARGA : RM4.90 / satu



that moment bila dah banyak sangat washi tape sampai kau beli benda yang dah ada. hahah. itulah cerita disebalik washi tape ini. dah sampai rumah baru rasa macam dah ada je design ni. cari punya cari naaa.. memang ada pun. 😂 tak apalah, buat tambah stok. hehe.


ITEM : SILVER BRANCH SILVER FOIL SLIM WASHI TAPE 
HARGA : RM2.90



again, another sticky notes. heee. ini pun gradient colour juga tapi satu warna saja. tapi still cantik kan. ada lima gradient dan setiap part ada 20 helai. haih. rasanya kalau dikira, stok sticky notes hanah ni, sampai tujuh keturunan pun tak habis. kah!


ITEM : GRADIENT COLOUR STICKY NOTES
HARGA : RM3.50


new dressing akan terus menjadi favourite online store hanah kalau nak cari barang barang planner. harga harga barang kat situ antara yang termurah pernah hanah jumpa. forever new dressing lover! 😁💕

NEW DRESSING

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


YUBISO


at last! haul terakhir adalah dari yuuubiiisooo~ haha. pertama kali pergi yubiso store. dan kalau tak tahu, yubiso ni jual barang dari jepun. alah, macam daiso tu.. tapi daiso harga fixed kan. yubiso ni tak.. harga serendah RM5.. tapi mostly barang barang dia masih affordable harganya dan ada yang jauh lebih murah dari tempat lain.

tak banyak barang yang hanah beli dekat yubiso ni. cuma 3 item sahaja. ini semua gara gara nak cepat sebab dah petang dan nak balik jauh dan hanah pergi dengan kakak dan adik perempuan hanah dan konfirm kena bebel dengan ibu ayah kalau balik lambat sangat. huhu.


highlighter / marker ni benda paling lama hanah belek dekat yubiso. haha. lama sebab tak tahu nak pilih warna apa. banyak gila pilihan warna highlighter ni. jual pula rm5 untuk 3 .. murah lah tu! 


ada dua mata. satu highlighter dan satu lagi marker. both dua dua mata sama warna. 


dan selepas sampai rumah baru tersedar yang hanah ambil warna lebih kurang je. tengok je lah kod 9 dengan 147 tuh. blergh. apa pun tak boleh. 😩


ITEM : TINGE HIGHLIGHTER
HARGA : RM5/ 3pcs


ini pula cute pattern wax paper. memang cute tau. ada 3 corak dan hanah tak tahu kenapa hanah tak grab lagi satu corak. rm5 je pun sekotak ni.


setiap kotak ada 25 helai. dan siap potong ikut ukuran macam dalam gambar tu. wax paper biasa diguna untuk balut hadiah, balut makanan, tapi hanah guna sebagai tn deco. 😁


ITEM : CUTE PATTERN WAX PAPER
HARGA : RM5 / sekotak



andddd last but not least, foundation brush dari yubiso! hanah tahu barang ni tak ada kena mengena dengan tajuk pun but since dah beli satu tempat, hanah tunjuk jelah. hehe. dah lama sangat cari foundation brush rupa sudu ni. huhu. yang pernah hanah jumpa paling murah rm20.. kalau nak mahal tak susah nak cari. hahaha. 


tak tahu kenapa, tengok berus ni je pun boleh gelak. apa lagi bila tenyeh muka guna benda ni. hahaha. people are getting weird nowadays kan, dan hanah pun join sekali. kikiki.



sekali tengok macam kek pun ada berus ni. hahaha. comel je.. surprisingly berus dia lembut tau! loveee~ 

ITEM : FOUNDATION BRUSH (tapi taktau yubiso letak nama cleanser brush)
HARGA : RM15 ONLY! 😱


rasa banyak lagi benda lain yang hanah nak beli dekat yubiso ni tapi tak sempat. semua barang dia comel comel especially mugs! hanah pergi yubiso store yang terletak di dalam AEON JUSCO, MELAKA. yang dekat Melaka Sentral tu tau. bukan yang dekat tengah bandar Melaka. selain Melaka, yubiso pun ada dekat negeri lain juga. boleh klik sini kalau nak check mana tahu ada yubiso berdekatan rumah awak. 

dan bila hanah klik tu, hanah perasan yang yubiso yang hanah pergi ni ciput je. tempat lain besar besar store dia. jeles. hahaha.

so dengan ini maka berakhirlah entri haul hanah. fuh!! serius kalau tiap hari macam ni, boleh patah pinggang mak dibuatnya nak oii. haha. bagi yang rasa hanah tak bagi cukup info dalam entri ini, awak boleh je komen dan tanya je dekat situ. kalau nak reply yang cepat, awak dm je hanah di instagram @fromhanahwithlove okayh. 

sebelum tu, jemputlah tengok haul video hanah ni. sesaja buat sebab dah rasa lama sangat tak buat video. hehe. dan sedihnya, selepas habis upload baru perasan hanah upload dekat salah channel. hwaaaa. tak apalah, tak kuasa i nak upload lagi. buat habis data i je. huhu.





selamat nonton lah ye.
lebiu. 

2 comments:

  1. I also have something that I've ordered from shopee, this makes me feel excited!

    ReplyDelete
  2. hehe lawak baca blog hanah ney. terikut ketawa. comel jer. love it. kenapa la tak jumpa dr awal blog ni.

    ReplyDelete