6 Nov 2016

MR DIY PLANNER HAUL

assalamualaikum and hey guys!

diam tak diam dah masuk ke bulan november kita ni kan! ya Allah.. cepatnya masa berlaluu~ 😭 sebulan je lagi kita nak masuk tahun baru. huu. azam tahun ni dah capai belum? hiks.




hari ini hanah bukan nak cerita tentang azam. tapi nak cerita tentang barang planner yang super duper comel yang baru sahaja beli di mr diy semalam. hanah kalau shopping tiap bulan tu mesti pergi mr diy. sebab apa? sebab nak cari barang planner seperti stickers, buku nota, pen, washi tape. dan macam macam lagi lah! ibu hanah pun dah tak boleh bendung lagi kegilaan anaknya terhadap benda benda ni. hehehe 🙈

tapi semalam tak banyak sangat planner stuffs yang hanah beli sebab mr diy yang hanah pergi tu tak berapa besar macam outlet mr diy yang lain. hanah pergi mr diy yang dekat aeon jusco ayer keroh. biasanya pergi dekat jasin dan yang dekat melaka sentral tu. yang outler dekat muar, hana belum sempat jejak lagi.


ini sahaja barang-barang planner yang hanah sempat grab. well, ada lah barang lain tapi yang lain tu not planner related. kalau tengok gambar, banyak beli stickers je hanah ni kan?! hiks.


FLORAL NOTE PLANNER
harga : RM8.50

corak bunga bunga ni yang menambat hati hanah untuk beli. comel kan?


inside look. planner ini insert dia macam ni ya. kertas tebal tapi warna kertas kuning sedikit tak putih berseri macam kertas a4 yang biasa kita guna tu.


dan bahagian belakang pula kertasnya bergaris macam ni.


MACARON ERASERS
harga : RM2+ 

tahukah anda bahawa hanah beli macaron erasers ni sebab dia comel? hehe. first time nampak i was like, comelnyaaa.. tapi cakap pada diri, buat apa nak beli pemadam ni? bukan guna pun. dekat rumah pun masih ada pemadam waktu sekolah dulu. haha. tapi disebabkan tak tahan dengan kecomelan beliau, hanah patah balik ambil juga benda ni letak dalam bakul, hahaha 😂


MBELLISH TAGS & FRAMES
harga : RM3+ / setiap satu

ada pink twine, pink hearts die cuts, sticker sticker kecil. tapi rm3 lebih untuk benda ni hanah rasa macam mahal pula. kalau diy lagi jimat.. tapi disebabkan comel sangat, grab juga frame dan paper tags ni. hehe


setiap pek ada 6 design ya.


FASHION STICKER
harga : RM2+ / setiap satu

setiap kali pergi mr diy, tak sah kalau tak grab sticker ni. kadang kadang ada design yang dah beli pun hanah beli lagi sebab banyak sangat dah ada sampai lupa apa yang belum ada. dekat rumah ni pun dua buah clear pocket file penuh dengan sticker jenis ni je, tulah siapa suruh comel sangat! hiks. 🙈

 








ROSIE'S STUDIO CLEAR STICKER
harga : RM3+ / setiap satu

rasanya sticker ni baru masuk mr diy sebab sebelum ni tak jumpa dengan sticker yang gorgeous ni. dia punya design dan foiling yang membuatkan hanah rasa rugi giler kalau tak beli.huhu.  but, RM3 setiap satu macam mahal juga kan? yelah untuk 1 sheet sahaja. huhu


tapi untuk design ini, hanah grab 2 sheets. look at that deer. cantik kan?! 😍


omg! look at that pink scooter and the flamingo! 💕💕



and this typewriter is soooo kawaiii! hahaha.. dekat mr diy hanah pergi ni ada tiga design sahaja untuk sticker ni. must grab each one of it! dekat mr diy tempat awak, ada sticker macam ni tapi design lain?  tell me. tell me!

thats all i got for my planner stuff yesterday. tak banyak mana pun. sekarang ni hanah kena jimat sikit sebab bulan depan nak guna banyak duit.huhu. tapi disebabkan dah lama tak beli planner stuffs, semalam cheat day untuk hanah. dimaafkan. lain kali jangan buat lagi. haha

dear planner addict friends, mr diy berdekatan rumah awak ada planner stuff yang best best tak? kongsilah dengan hanah. 😉



till then,
chiao! 💋

No comments:

Post a Comment