17 Nov 2016

PAPERDORABLE 2017 DREAM PLANNER UNBOXING

assalamualaikum semua!


hari ini hanah beyond excited sebab planner yang ditunggu tunggu akhirnya sampai juga kerumah. yahoo!



2016 hampir melabuhkan tirainya dan 2017 pula bakal menjelma. bagi planner addict macam hanah, kalau tak dapatkan planner baru setiap tahun macam tak lengkap rasanya hidup ini. cheewah!
lately, banyak sangat planner-planner baru yang super comel dikeluarkan. i'm dying inside bila tengok semua kecomelan itu dan rasa macam nak grab semuanya. yasss! semuanya. engko tahulah hakak hanah engko ni tamak haloba sikit bila masuk bab planner nih. hewhew 😁

awak tengok saja planner dari brand yang famous amos seperti kikki k, webster pages, macam macam warna dan design yang keluar. nak nangis mak tengok nak oi.. tapi sayang seribu kali sayang, buat masa ni memang kena 'berpuasa' dari membeli barang-barang dari oversea sebab tengok lah currency ringgit sekarang ni. 1USD sama dengan RM4.40 nak oiii. 😭

untuk planner yang bersize medium sahaja sudah RM300+. owh. i kenot. lupakanlah hasrat itu. sobs. but masa tu  hanah terlupa yang malaysia ni sebenarnya ada pengeluar planner yang cecomels macam brand yang famous amos tu!

salah satunya ialah, paperdorable! ekceli, dah lama tahu tentang paperdorable, masih diorang belum keluarkan planner lagi hanah dah beli barang daripada diorang. masa tu beli pen je. huhu. dan pada awal 2016 dulu  paperdorable sudah start keluarkan planner brand sendiri., tapi masa tu hanah tak sempat grab, dah sold out. but luckily, tahun ni hanah sempat. and guess what, the price was not bad either!

they called it DREAM PLANNER. harga RM189 dan dalam personal size atau medium kikki k. terdapat dalam dua warna, royal white dan lavender purple. seriously, nak pilih dua warna dua warna ni pun struggle weyh. huhu.

order pada 11 november lepas dan paperdorable pos pada isnin yang lalu dan hari ini, rabu.. planner dah sampai ke tangan hanah! what an efficient service!


awak rasa hanah pilih warna apa? 😉


okayh, dah dapat agak kan? hiks


comelnya thank you card ni. 😍


❤❤❤❤❤


yes! i got in royal white colour! lebih empat puluh empat kali fikir nak pilih warna ni tau! yelah, hanah ni bukan jenis yang cermat. takut cepat kotor je. dia punya putih suci sesuci lebaran itu benar benar menggugat keimanan hanah. haha. saya janji akan jaga awak betul betul ya. 😘


oh gosh! i'm swooooon. 😍😍😍


close up siked! 😘


cute smiley heart snap button in gold colour!


meh hanah zoom tunjuk permukaan planner ni. its made of textured synthetic leather ya.


plain white tanpa apa apa design mahupun logo dekat belakang planner. simple sahaja. love!


tadaaa! dalam dia sangat menyerlah okayh. 😍 white and bronze lining interior.


tak sabar nak penuhkan poket poket ni semua.


yeah! ada front zipper pocket juga! love this feature so much! boleh simpan resit resit penting dalam ni.


hanah tak tahu dream planner untuk 2016 ring dia macam mana tapi it says untuk planner tahun 2017 ini ringnya lebih besar. for me, the size memang perfect untuk medium size planner. and as usual, love the gold colour. hiks


todays ruler.




untuk divider, paperdorable pilih tema floral untuk planner mereka. simple, tak terlalu sarat tapi masih nampak cantik kan!


belongs to me lah! hahaha 😜




antara yang best beli planner buatan malaysia ini ialah, they include lists of malaysia's public holiday too! hehe.


2nd divider


monthly view


love the quote! 


weekly view


tulisannya pun cantik juga!


part paling penting bagi hanah. expenses tracker. boleh tolong kawal perbelanjaan hanah yang tak berapa berhemah ni. hiks 🙈


yang bawah tu berudu ke? kah! 😂


notes section.


dan divider terakhir dalam planner ini. 😊


more notes section.


macam dekat mukasurat paling hadapan, paperdorable include this thick plastic untuk elakkan kertas bergulung.


dan dibahagian belakang ada satu big pocket untuk awak letak apa apa sahaja yang awak rasa sesuai, sticker ke, receipt ke, bill ke, anything! kalau hanah, bahagian belakang ni hanah gantung list pad. senang nak jot down something, seperti contoh barang-barang yang perlu beli ke, benda perlu buat ke... etc.


and lastly, the pen loop.

bagi hanah memang berbaloi beli dream planner dari paperdorable ni. sebabnya :

1. kualiti kertas tip top. kertas memang tebal tak macam kertas planner kikki k tu. huhu. pakai pen basah pun in sha Allah tak akan bocor.

2. design simple. tapi masih menyerlah sebab ada lining yang super cantik!

3. not too much section. as for hanah, hanah tak berapa minat kalau planner tu disediakan dengan pelbagai jenis kategori seperti monthly goals, menu, lists to love, memory keeping, senang cerita yang macam inserts dalam color crush planner tu. haha.  sebab hanah adalah seorang yang tersangat sangat simple orangnya (kalau nak tahu lah.) dan sejujurnya, semua benda dalam color crush planner tu, hanah tak guna pun. so agak membazir disitu beli planner mahal mahal tapi tak berisi. macam planner ni kan simple. kalau nak tambah kategori baru, boleh add sendiri. bukan susah pun. huu

4. boleh tahan harganya. boleh lah dikatakan affordable jika nak dibandingkan dengan any other famous planner. dengan kualiti yang ada memang berbaloi harga RM189 tu. well, setahun sekali kan. lain lah kalau awak jenis yang beli planner setiap bulan. hiks.

dan kesimpulannya, dari lima bintang, hanah bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 juga! thumbs up for paperdorable, kerana keluarkan planner yang tersangat awesome ini! 😉

ohhh btw, tak sabarnya nak masuk tahun baru dan rasmikan planner ni. sebulan lebih sahaja lagi. ya Allah, cepat betul tahun 2016 ni berjalan kan?

kepada awak semua yang nak beli dream planner ini, hanah sarankan cepat cepatlah beli sebab planner ni terjual macam goreng pisang panas! layari laman web paperdorable untuk beli atau sebelum tu cuba usha instagram paperdorable, banyak feedback yang best best dari pembeli. serius, konfirm tak menyesal. hiks





dan sekarang ni, hanah nak cari planner clutch untuk simpan planner yang sesuci lebaran ni. takut oii kalau kotor. huhu.


ehem ehem, sebelum mengundur diri, jemput tengok video hanah unbox dream planner for the first time! saksikan sendiri betapa gorgeousnya planner ini. selamat menonton! 😘



1 comment:

  1. Hi Hanah!

    Comelnyaaa planner ni! Before this pernah guna medium kikki k. Tp rasa mcm inserts too small. Bila guna large, terlalu besar pulak nak bawak merata. Last-last guna TN passport ja. Tp bila tengok paperdorable, macam dah tertarik pulak. Susah betul nak decide. Hehehe!

    ReplyDelete