tak tahulah sama ada hanah yang lembab atau memang hanah ni lembab. haha.
awak awak tahu tak sebenarnya kita ada official karmarts store dekat malaysia ni?!
well, kalau awak juga tak tahu , bermakna awak pun lembab lah. hiks. jangan marah haa..
serius cakap, yang hanah tak tahu tentang karmarts malaysia ni. sebelum ni hanah kalau nak beli produk-produk karmarts hanah cari kak aemy dari @cathydollmalysia . dia juga turut jual produk karmarts seperti cathy doll, baby bright, jejuvita tu semua yang 100% original. kakak ni ada buka kedai lagi tu tapi sayangnya kedai akak aemy dekat siam. bukan di malaysia. 😭
yang hanah sedang beritahu ini adalah KARMARTS MALAYSIA OFFICIAL STORE. woot woot! 😍 memang tak percaya okayh. dan hanah beyond excited! ceritanya hanah nak restock splash essence dan powder pact dan i really really need it sebab yang ada sekarang ni dah nak habis. sedih bila dapat tahu masa hanah nak order dengan kak aemy, beliau tutup kedai dan tak beroperasi buat sementara waktu disebabkan banjir di kelantan. huks. tapi hanah don't give up, cari dan terus cari sehingga jumpa website karmarts malaysia. yuhoo! 🙌
hanah tak tahu sama ada karmarts malaysia ni ada fizikal store atau tidak, tapi dapat tahu ada online store dah cukup membahagiakan hanah. haha. btw, adakah website karmarts malaysia ini baru di lancarkan sebab jika dibandingkan karmarts thailand, indonesia, singapore dan lain lain, tak banyak pilihan produk yang ada dekat karmarts malaysia. means, belum semua item karmarts ada di karmarts malaysia. but sooner or later, mesti banyak item yang akan ditambah kan?! and i cant wait for that. 😉
dan untuk dapatkan free shipping, pembelian minimum perlulah rm80. dan selain splash essence dan powder pact, hanah tergrab a few items sebab nak dapatkan free shipping. *alasan* 🙈
one of my most favourite items. milky splash essence with heot gae na mu. yang hanah tahu, heot gae na mu adalah sejenis tumbuhan tapi tak tahulah nak describe dekat sini. haha. milky splash essence ini bertindak sebagai moisturiser dan radiance booster bagi wajah. selepas apply primer, wajib guna essence ni. kalau tak pakai, rasa muka macam tak ada seri je hari tu. huhu. tapi seriouly, essence ni memang tersangat sangat awesome. muka juga akan jadi lembut lepas apply, kalau campur dengan foundation, foundation tu akan jadi lagi best! selain bertindak mengawal minyak dekat wajah, ia juga buat mekap tahap lagi lama tau!
MILKY SPLASH ESSENCE WITH HEOT GAE NA MU
retail : RM38.20
ini pula my 2nd favourite. cc speed white powder pact ini juga antara produk yang paling popular antara produk-produk karmarts yang lain. boleh mengawal minyak sehingga 12 jam tau. selain itu juga, powder pact ni ada spf 40++ .
CC SPEED WHITE POWDER PACT
retail : RM29.70
btw, cuba tengok case powder pact ni. cantik sangat kan? 😍
next item, anti-ac powder pact. bedak kompak ni khas untuk muka yang cenderung jerawat. bahan utama yang ada dalam bedak kompak ini adalah ekstrak lemon dan minyak tea tree. menurut info di website juga, bedak ini akan menutup merah merah yang disebabkan jerawat, mengawal minyak, dan melindungi dari sinar matahari. tak sabar nak guna! 😁
BABY BRIGHT ANTI-AC POWDER PACT
retail : RM21.90
ini pula, abalone pearl & snail sleeping mask. dah sampai dekat rumah baru perasan ianya bukan sheet mask. huhu. dah lama tak guna sleeping mask. kalau guna sheet mask pun dalam 10-15 minit dah boleh tanggalkan. yang ni dah pakai boleh terus tidur. sekali sekala bagi extra treatment untuk muka apa salahnya kan? hii.
BABY BRIGHT ABALONE PEARL & SNAIL SLEEPING MASK
retail : RM5.90/satu
dan last item adalah eye roller serum. tak tahu kenapa, hanah beli benda ni. sedangkan hanah ni agak kurang percaya dengan roller serum untuk mata. mostly roller serum untuk mata yang hanah beli sebelum ni langsung tak bagi apa apa kesan pada mata hanah. haha. baik yang mahal, yang murah. sama je. kalau dah apply tu memang rasa cooling effect dia, tapi dark circle maintain hat tu jugaa. tak kurang-kurang. 😭 harap haraplah eye roller serum dari karmarts ni boleh mengubah persepsi hanah sebelum ini. hiks.
BABY BRIGHT ALOE VERA & FRESH COLLAGEN EYE ROLLER SERUM
retail : RM19.90
itulah item yang hanah grab di website karmarts malaysia. harap harap lepasni karmarts malaysia bolehlah masukkan kesemua item dalam website ya. dan lagi best kalau buat sale juga. huhuhu.
bagi yang nak beli produk cathy doll ke, baby bright ke, suplemen jejuvita ke .. apa apa sajalah keluaran karmarts, boleh klik link dibawah untuk ke official store mereka ya. jangan risau, kesemua item adalah 100% original tau! 😉
till then,
chiao! 💋
No comments:
Post a Comment