sejujurnya, ini adalah primer pertama yang hanah guna. sebelum ni memang terus pakai foundation dekat muka bila nak make up dan perkatan 'luminous' daripada primer ni yang menarik hanah untuk mencubanya. 😊
lebih dari sebulan dah hanah cuba gunakan primer dari wlab ni. dan frankly speaking, i loveeee it! wlab merupakan sebuah jenama yang menjual skincare dan cosmetics dari korea selatan ya. dan awak semua tahu yang hanah kinda addicted dengan produk penjagaan wajah dari korea, dan salah satunya produk dari jenama wlab inilah!
ini adalah rupa primer yang hanah katakan tu. kebanyakan produk dari wlab designnya simple sahaja. banyak gunakan warna hitam dan putih dekat produk mereka. no fancy fancy colour macam pen merah pen biru, you marah, i love you. *eh tetiba* 🙈
dan kalau dilihat pada bahagian belakang kotak, fully korean ya penerangan produk ni. hihi. nak tahu lebih info, awak boleh ke laman web althea korea. tempat hanah order primer ni.
berat hanya dalam 30g sahaja. tapi guna sikit saja pun dah boleh nampak kesannya tau! selain bertindak sebagai primer, luminous base primer dari wlab ini juga berfungsi sebagai 'radiance-boosting'. ia automatik akan membuat wajah kita lebih cerah lebih glowing. kalau ditambah dengan bb cream, atau foundation awak yang lain, kesannya lagi awesome! serious!
selain itu juga, wajah nampak lebih flawless tau. sebab apa? sebab ia menutup pori-pori dan tona wajah yang tidak sekata,dan hanah juga boleh lihat makeup diwajah tahan lebih lama apabila hanah gunakan base primer ni. sukaaa! 😍
dengan ekstrak mutiara, serbuk ruby yang terkandung dalam primer ini, wajah akan nampak lebih bersinar sinar! bukan berminyak okayh, tapi glowing mowing. hiks. selain itu, dalam primer ini juga ada ekstrak emas, trehalose, dan ekstrak daun eucalyptus yang akan menjadikan kulit muka lebih tegang selain bantu untuk mengawal minyak.
mari lihat sini, ni tangan hanah. kalau bagi penumbuk, seminggu tak hilang lebam. hahaha. btw, ini sebelum hanah apply base primer ya.
hanah cuba letak sikit je. warna primer ni putih krim. tektur ia sangat ringan. senang nak serap pada kulit.
dan selepas digosok, awak boleh lihat bahagian kanan tangan hanah tu nampak lebih cerah, lebih glowing kan, mungkin awak lebih nampak teksturnya macam krim dalam gambar . tapi in reality, sebenarnya nampak glowing. kalau nak lebih faham, awak tengok gambar bawah ni 👇
awesome betulkan hasilnya! 😍😍😍
overallnya, hanah memang beri ★★★★★ dekat wlab luminous base primer ni. tak menyesal langsung beli. hehe. even baru pertama kali guna primer, i'm already in loveee.
kalau rasa review hanah ini belum cukup meyakinkan awak untuk beli luminous base primer dari wlab ni, sila klik link dibawah untuk baca lebih info dan keawesome-an primer ni. hiks.
click here :
till then,
chiao! 💋
No comments:
Post a Comment