22 Feb 2017

PEEK A BOX UNBOXING | FEBRUARY '17

hey awak! hari ini hanah nak share apa yang ada dalam peek a box untuk bulan februari 2017. sepatutnya dari minggu lepas lagi hanah dah share unboxing post ni, tapi tidak berkempatan nampaknya. hihi. anyway, bagi yang belum tahu, peek a box merupakan sebuah beauty box yang boleh kita langgan setiap bulan. as you know, hanah ni memang suka langgan subscription box, lebih lebih lagi BEAUTY BOX! hiks.



tapi sebelum hanah tunjuk beauty box hanah, hanah cerita serba sedikit tentang pelan langganan peek a box ya, manalah tahu lepas ni awak pula berminat nak langgan. 😉



terdapat empat pelan langganan yang awak boleh pilih. sama ada nak pilih pelan 3 bulan ke, 6 bulan ke, setahun ke ataupun macam hanah pilih one-off subscription yang cuma rm59 sahaja (tak termasuk postage). buat bayaran dan tunggulah abang posmen hantar beauty box sampai ke rumah awak. mudah je kan? ☺


and tadaa.. ini lah rupa peek a box tu.. seriously, hanah totally in love with the box itself. cantik sangat tau box dia.. 😍


kita zoom sikit


tengok bahagian tepi box pula. omg.. penuh dengan gold foiling! 💕💕💕



ready to take a peek? 😉


nervous. nervous. haha


tadaaaa~~ ❤


awak kenal tak dia ni? nisha ezzati beauty youtuber tuuu.. hiks.



part trik solekan emergency tuh. take note! 😁


inilah item yang ada dalam box bulan ini.. jom tengok satu persatu!


item pertama ialah matte liquid lipcolour dari dyan women's beauty. wee..suka betul bila matte lipstick diselit sekali dalam box bulan ni. 😍


and guess what, i'm in love with this matte lipstick girls! dah cuba swatch dekat tangan and and very looong lasting. memang sangat best formula dia. itu baru swatch dekat tangan belum cuba lagi dekat bibir. hanah dapat kod 'desire'  tapi menjadi masalahnya, hanah tak tahulah sama ada diri ni berani ke tidak pakai shade merah mak ngah tu. huuhuu.


tapi i'm happy sebab ada voucher kalau nak beli lipstick dari dyan lagi. yippie! dyan matte lipstick untuk makluman awak berharga rm45 ya satu. boleh tengok instagram mereka tau. ada lagi beberapa shade yang available, and for me, hanah dah terbayang bayang shade 'bittersweet' 😁

instagram : @dyan.womens.beauty


ini pula adalah minyak habbatus sauda. macam yang kita semua tahu, habbatus sauda bukan saja baik untuk kesihatan, malah bagus juga untuk kecantikan. senang cerita, habbatus sauda ada seribu satu khasiat, kalau tak percaya cuba awak google. hanah memang sebelum ni belum pernah amalkan guna habbatus sauda, tapi ibu dan ayah hanah yang memang selama ni makan pil habbatus sauda really really recommend hanah guna minyak habbatus sauda. can't wait to try this out.

instagram : @VivaQueenBee
facebook :  VQBOfficial
website : Viva Queen Bee


dalam box bulan ini juga ada produk dari bio essence. pertamanya, bio treatment essence-in-oil yang khas untuk merawat parut. ada bahan-bahan best terkandung didalamnya antaranya, macadamia, zaitun, soya, lavender, sweet almond, kamomil, calendula, bunga matahari, rosmeri incha inchi organik dan juga ektrak teh hijau. woo~ 😍

lagi satu, ada dua sample produk bird's nest + peptides plumping capsule essence dan essence in cream. essence-in-oil tadi hanya mini size tau (30ml), kalau tak silap dekat farmasi watsons ada yang full size 60ml yang berharga rm39.90. bird's nest + peptides pun of course lah hanah dapat yang bukan full size, dekat watsons pun ada jual yang full size juga kalau awak nak cari. ☺


website : bio-essence



btw, kalau nak tahu, hanah tak pernah beli perfume jenis botol besar besar macam ni. hanah ni jenis yang guna roll on je. dan bila dapat perfume macam ni, i'm kinda excited okayh! (plus jakun too!) 😂 hanah suka sangat sangat dengan bau minyak wangi syahirah ni. bau dia sweet je.. tak tajam sangat. plus bau dia menyegarkan. tak tahulah nak terangkan macam mana, sembur minyak wangi glam star dari syahirah ni rasa dia macam baru lepas mandi. huhu.

konfirm, wangian syahirah ni akan menjadi salah satu favourite perfume hanah selepas ni. 😊 walaupun wangian dia setaraf minyak wangi antarabangsa, minyak wangi syahirah ni tak mahal okay.. harganya cuma rm19.90 sahaja untuk botol 100ml ni. berbaloi sangat!




selain dapat full size perfume, hanah juga dapat yang mini size punya. comel je saiznya dan boleh selit dalam beg kerja. dan baunya pun best juga! omg. sukalah dengan minyak wangi syahirah! bau semua dahlah best, halal pula tu! ❤❤



siapa sangka hijab atau scarf ada disertakan dalam beauty box?! well, peek a box do! scarf original import dari turki lagi tu! kainnya best, tak panas, lembut pula tu dan lagi penting ianya senang dibentuk. tak adalah masalah duduk depan cermin berjam jam stress tudung tak jadi. huhu. terima kasih evitare malaysia!

instagram : @evitare_my

so far, hanah memang berpuas hati dengan peek a box. dengan hanya rm59 sebulan, hanah dapat item-item yang totalnya lebih dari rm100! berbaloi sangat dah tu. paling suka dengan matte lip colour dari dyans beauty dan minyak wangi syahirah yang seriously baunya best sangat. should i subscribe for next month's box too?! 

ehem. we'll see. bagi yang nak langgan peek a box beauty box ni, boleh ke website peek a box dan klik butang subscribe tu ya! 





"beauty is being the best possible 
version of yourself 
on the inside and out.."

No comments:

Post a Comment