assalamualaikum dan hello semua! i know what's in your mind bila nampak entri terbaru dari hanah.. mesti korang semua cakap, "oh, hidup lagi rupanya fhwl ni ya." haha. untuk kali ini, hanah takkan gunakan alasan 'sibuk' sebab hanah memang tak sibuk pun (lol) cuma.. i dont know lorh.. tetiba hilang mood untuk berblogging. does it happen to you all my dear bloggers? padahal banyak benda kot nak diupdate tapi kemalasan dan ketiadaan mood untuk on laptop tu membuak buak dalam diri ini. 😭 . tapi hari ini cuba juga gagahkan diri untuk update dan jikalau awak lihat entri ini berjaya di'publish' dekat blog, maknanya berjayalah hanah melawan perangai kemalasan dan ketiadaan mood yang tidak bertempat itu. 💪 hewhewhew
baiklah, cukup rasanya pembuka kata diatas, jom kita terus ke motif sebenar entri ini diterbitkan. dalam entri kali ini, hanah nak review tentang my current facial wash. bagi yang mengikuti perkembangan blog fhwl ini (ada ke? 😥) mesti korang semua tahu yang sebelum ini hanah gunakan pencuci muka nutriwhite shaklee. well, fyi.. pencuci muka nw itu telah pun selamat dihabiskan oleh hanah dan for now, hanah rasa pelu cari alternatif lain yang lebih murah. seriously, siapa yang rasa seratus lebih untuk harga sebiji pencuci muka adalah murah, bolehlah hadiahkan hanah pencuci muka daripada shaklee itu sebagai hadiah hari lahir.
hahaha
btw, terbuka hati untuk cuba pencuci muka dari cosrx ni bila hanah tengok video joan kim, seorang youtuber dari korea selatan. dia ada jenis kulit yang agak sama dengan hanah iaitu 'acne prone skin' (tapi seriously cantik gila ni) dan dia banyak kongsi produk-produk yang sesuai untuk kulit macam kitorang. and mostly produk tu dari jenama cosrx. mula dari situ lah hanah start search tentang jenama COSRX di website. tengok user reviews, ingredients dia.. dan lebih penting, HARGA dia. kikiki.
am i the only one yang quite annoying tengok pakcik cosrx baju merah bermisai seperti diatas ini?
😒
and thank God, jIka nak dibandingkan dengan shaklee.. cosrx adalah jauh lebih murah. dan ianya selamat untuk digunakan since bahan-bahan yang terkandung dalam cosrx products are made from nature. wooo..
close up info yang terdapat di gentle cleanser.
ingredients : Water, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Polysorbate 20, Styrax Japonicus Branch/Fruit/Leaf Extract, Butylene Glycol, Saccharomyces Ferment, Cryptomeria Japonica Leaf Extract, Nelumbo Nucifera Leaf Extract, Pinus Palustris Leaf Extract, Ulmus Davidiana Root Extract, Oenothera Biennis (Evening Primrose) Flower Extract, Pueraria Lobata Root Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Allantoin, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Betaine Salicylate, Citric Acid, Ethyl Hexanediol, 1,2-Hexanediol, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Sodium Benzoate, Disodium EDTA
sebelum ni hanah tak berapa suka dengan pencuci muka yang jenis gel ni tau sebab rasa macam tak kena dengan kulit muka hanah but tak tahulah kenapa, cosrx good morning gel cleanser ni sangat best dan lain dari gel cleanser yang hanah pernah guna sebelum ni. dan.. terpaling paling best pada cleanser ini ialah baunya. bau tea tree oil. mungkin some people tak suka bau tea tree, but bagi hanah, bau dia sangat sangat menyegarkan! hilang teruih rasa mengantuk lepas cuci muka dengan cleanser ni. macam ada rasa berangin angin muka tu lepas dicuci. hewhew
walaupun ia 'good moring' cleanser, hanah gunakan ia tak kira waktu. bukan waktu pagi saja, petang, malam sebelum tidur pun hanya guna cleanser ni sahaja. hanah ni jenis yang tak pakai mekap tebal sampai 7 inci so, rasanya gel cleanser ni sudah memadai untuk mencuci wajah hanah 😁.. tapi sebelum cuci jangan lupa gunakan cleansing water dan toner pula selepas cuci muka ya.
hampir sebulan dah hanah gunakan cleanser ini, dan hanah sangat berpuas hati dengannya. dah tak ada naik jerawat batu lagi, muka terasa soft dan segar dan moist je...hihi. 😉 repurchase? yup.. definitely akan beli lagi selepas ini. 😋
so, kepada awak awak terutama yang menghadapi masalah kulit mudah naik jerawat, sensitif, dan berminyak even kulit kering sekali pun.. hanah highly recommend this cleanser for you. bagi yang kulitnya normal dan tiada apa apa masalah pun should try this cleanser sebab apa, its low pH dan memang sangat gentle untuk kulit muka kita ni. mahu ke awak muka dari flawless terus rosak disebabkan pencuci muka dekat luar sana semua pH level dia tak balance dengan muka kita. huish.
harga dia pun dak mahal mana pun.. dekat hermo, rm39 sahaja untuk 150ml. 150ml besar tu.. lama boleh pakai, sekali guna bukan banyak pun. even sikit je pun dah banyak buih. jimat tau! 😘
klik link dibawah untuk view produk ni di hermo ya :
selain gel cleanser ini, ada lagi poduct dari brand cosrx yang hanah telah cuba. don't know why, sejak tengok video joan tu lah hana terobses dengan cosrx products. hewhew. soon, hanah review yang lain pula ya.
daa. 💋
Thanks for the review awak. Saya memang tengah consider nak beli cleanser ni. :)
ReplyDeletedah beli pun semalam..tp belum try lagi..hehe
ReplyDeleteI dh bli sbb kawan2 recommandkn then terjumpa blog ji. Mkin bertambah keyakinn nk pkai cleanser ni. Thanks awakkk
ReplyDelete