19 Apr 2018

UNBOXING WEBSTER'S PAGES POCKET SIZE TN | MUSTARD SUEDE & BLACK FLORAL


assalamualaikum, hey there!
ya tuhan... lamanya tak jenguk blog ni, sampai bersawang sawang dah. 😂 sesungghnya hanah memang tak pernah lupakan fhwl yang terchenta ni. tapi ini semua disebabkan my one and only laptop yang hanah gunakan untuk menulis blog ni buat hal. tapi tak hairanlah kot laptop ni ada problem cause memang dah lama sangat hanah guna dia. since hanah belajar dulu kira kira tujuh lapan tahun lepas. hahaha.

mungkin dah tiba masa untuk hanah tukar kepada yang baru. hiks. 😝
tapi, hanah bukan nak cerita tentang laptop pun. so for now, laptop... please lah behave. i beg you.

yang hanah nak share pada awak semua ialah tentang my recent purchases. weee~ as you can see on the tittle above, i've just bought new travelers notebook! 💕




dah lamaaaaa sangat tunggu tn ni dijual. masa mula mula nampak webster's pages keluarkan sneak peek their new products pada awal bulan disember  tahun lepas, i was like... yaaas! i'm going to buy that. 😌 berbulan jugalah tunggu bila WP ni nak keluarkan pocket tn baru depa. sehinggalah bulan mac lepas, tengok di ig WP diorang dah mula edarkan secara online dan offline.

dan bila hanah dapat email dari blitsy yang tn ni dah availble to purchase from their store, dengan sepantas kilat hanah usha. hahaha (nampak tak betapa gelojohnya hakak hanah engko ni. 😂) fyi, hanah juga ada survey tn di scrapbook.com dan nak tahu tak,harga WP pocket tn ni lebih murah dari Blitsy tau!

di scrapbook.com , harga tn ni cuma $24.99 (RM97.24) .. tapi kalau di blitsy harganya  $26.04 (RM101.33) ..tapi disebabkan total amount order hanah di blitsy membolehkan hanah dapat free shipping, jumlah yang perlu dibayar di blitsy lagi sedikit dari jumlah yang perlu dibayar kalau beli scrapbook.com. sebab kalau beli di scrapbook.com hanah perlu bayar shipping for $6.99... hanah tak tahulah sama ada scrapbook.com memang tak ada offer free shipping ke, atau ada tapi untuk local buyers sahaja ke, atau juga total barang hanah masih belum cukup untuk melayakkan hanah dapat free shipping. huhu. tak ada pengalaman beli di website tu dan agak jarang usha website tu. 😁

yang selalu hanah tengok  BLITSY lah. sebab situ memang selalu ada SALE! haha. plus sebelum ni hanah pernah order dekat blitsy. masa hanah beli dulu tak ada free shipping untuk internatioal buyers tapi sekarang, dengan belian minima $50, pembeli layak dapat free shipping even duduk ceruk mana sekali pun. 😂 dan bagi yang pernah baca post hanah tentang pengalaman pertama kali beli barang dekat blitsy mesti tahu kan yang dulu, order hanah ambil masa hampir 2 BULAN baru nak sampai. but surprisingly, order hanah kali ini hanya ambil masa 11 HARI SAHAJA awak oii! 😍 memang tak sangka. big thumbs up untuk BLITSY TEAM! 🎉


👏👏👏👏👏👏👏

next, for the exciting parts, my WP pocket tn selamat sampai kelmarin (17 april 2018). dia punya teruja tu sampai menjerit hanah  bila nampak ibu ambil parcel dari posmen. kah! dan bagi yang follow hanah di ig, mesti dah tahu tn mana satu yang hanah pilih. (hmm.tak seprais ah cemni.😂)


jeng jeng jeng! 
that moment bila  you're in dilemma tak tahu nak pilih yang mana satu  dan end up terbeli dua.
tapi kalau satu kena shipping. *alasan*
muahaha. 



apa yang hanah suka dengan WP selain design planner dia yang cantik cantik, ialah dia punya packaging box dia. dari dulu hanah suka planner box dia. WP gunakan hard box yang sangat berkualiti. kotak WP planner yang hanah beli lima enam tahun lepas masih cantik lagi. tak ada kemek kemek. plus nampak lebih eksklusif planner tu kalau duduk dalam kotak macam ni kan. ❤



❤❤❤❤❤


sneak peek kenkonon. 😂


kini bukan rahsia lagi. *tetiba* haha
this perfect two yang hanah tak tahu mana satu nak pilih. ngee. 

dan for your info lagi, WP keluarkan dua jenis material yang berbeza untuk pocket tn diorang. satu, suede leather, dan satu lagi faux leather. kiri tu mustard suede, yang kanan pula black floral. 😍😍

fuhh fuhh! mana tak dilemma engkorang oii. tengok jelah design design pocket tn WP ni. 😭 Allah~ ikutkan hati, semua hanah nak beli tau!😍❤


mustard tn? hanah mengambil keputusan yang sangat diluar jangkaan. haha. mustard sememangnya warna yang sangat menyerlah dan mustard adalah warna yang paling tak biasa bagi hanah. kalau tengok wardrobe hanah pun, dalam bebanyak baju, sehelai saja yang warna mustard. tudung? jauh sekali. haha.

tapi entah kenapa, hanah seperti jatuh cinta pandang pertama bila tengok tn berwarna mustard ni (ceewah. 😝) kalau tak silap, mustard suede ni warna paling TOP antara WP pocket tn yang ada dan  dekat scrapbook.com warna ni dah sold out tau! 😮



ini kali pertama guna tn yang dari material suede. bila pegang memang lembut dan cantik dari leaather biasa. tapi kena hati hati sikitlah kalau material suede ni, sebab agak susah nak bersihkan kalau kotor. 😩


WP stands for Webster's Pages ya.bukan Wilayah Persekutuan. haha. (k.hambar) bagi yang guna tn, mesti tahu tentang 'spine' atau tetulang yang dekat tepi macam dalam gambar diatas kan. untuk WP pocket tn material suede sahaja yang ada spine ya. untuk faux leather tak ada, 

*itu info yang hanah pernah baca dan kalau  tengok dekat black floral tn hanah  memang tak ada spine. but i might be wrong sebab hanah tak beli semua design so tak tahu kalau faux leather tn yang lain ada spine. sorry kalau tersilap ya 😆*




cute little tag says 'be yourself'' with pretty light pink elastic band.
💛


interior yang super gorgeous yang membuatkn hanah tertarik dengan mustard suede ni. boleh dikatakan tn paling cantik paling cute pernah hanah ada. hiks. 😍


ada tiga pocket di bahagian depan bersama WP brand dibahagian bawah


dan belakang juga ada tiga pocket bersama pen loop warna kelabu. 
kalau zoom sikit awak akan nampak pocket putih tu ada 'dotted line texure kan, feature inilah yang membuatkan hanah lagi tertarik dengan tn mustard ni. pada hanah, benda tu buat tn ni lagi cantik dan dotted line ni ada dekat tn warna mustard sahaja tau! plus light pink floral with little white polka dots poket belakangnya. so purrdy! 😍🌸


four pinky elastic bands. 


back side


selepas mustard suede, kita tengok black floral pula.
pada mulanya hanah tak tahu nak pilih ini atau copper hexagon. copper hexagon tu design memang cantik tapi disebabkan warnanya putih, tak jadi hanah pilih. i know myself memang sejenis jaga macam mana tn tu pun, kotor walau sipi sipi tu mesti ada. kah 😂


tags comel tu tulis 'be beautiful' dan elastic band dia warna hitam.


close up sikit bagi awak tengok material dia. tengok pun boleh tahu yang WP gunakan leather yang berkualiti. bukan jenis biasa biasa yang lembik tu. bila pegang boleh rasa betapa strong dan sturdynya tn ni. leather tebal plus jahitannya pun kemas. 


boleh tengok dari gambar diatas yang faux leather tn tak ada spine. nampak macam ada but it just thin layer leather yang dijahit dekat tepi tu. 


super gorgeous interior. 😍 
mungkin ada yang akan cakap interior ni sama je dengan yang mustard tadi. well yes. memang sama pun. beza cuma warna background dia je tu. 


dan macam yang hanah beritahu sebelum ni, mustard suede saja ada texture dotted lines dekat poket dia so this one, plain white sahaja. 


tapi tengoklah kedua dua poket ni begitu menyerlah bila duduk sebelah black floral background kan. nampak cantik sangat! 💕 empat elastic bands tu pun matchy matchy hitam sama background juga. 😊 


back pocket.


and lastly, le pretty back view. 🌹


dalam setiap tn ada disertakan sekali blank white paper insert berukuran 3.5" x 5.5" . boleh buat sketches, doodles, dan kalau hanah notebook kecil macam ni selalu hanah buat untuk tulis blog post ideas / tulis favourite quotes, ataupun tulis senarai barang nak dibeli.


sooo excited nak set up this babies. guys, mana satu hanah  perlu cuba dulu ya? mustard suede atau black floral? tell me! tell me! 😆

untuk malaysian yang nak beli tn ni, hanah dah tanya scrap n crop sebelum ni dan they said, WP Pocket TN ini akan dijual di website diorang juga. weee~ tapi tak tahulah hanah bila akan sampai. so, yang nak beli bolehlah follow instagram scrap n crop untuk keep update.

hanah ni tak menyabar. sebab tu dah beli dulu dari oversea. 😁 kalau nak tengok WP pocket tn ni di blitsy dan scrapook.com , bolehlah klik link dekat bawah tu.


BLITSY : klik sini
SCRAPBOOK.COM : klik sini


tapi sebelum tu, tengoklah video unboxing ni dulu. gigih betul record tau. hiks. untuk sebarang soalan boleh je dm hanah di instagram. kalau video ni memang tak ada info dan apa apa detail sebab video ni ada orang nyanyi je. kah!




till then, 
lebiu. 💋


No comments:

Post a Comment