4 Jun 2018

SENDAYU TINGGI PROMOSI RAMADHAN SALE HAUL



Assalamualaikum semua! 👋
rindunya lahai nak update blog ni. and alhamdulillah, setelah lebih sebulan tak jenguk fhwl, akhirnya hari ini ada post baru. weee~ 😁 by the way, diam tak diam, hari ini sudah masuk hari ke sembilan belas umat Islam menjalani ibadah puasa. harap tak terlalu lewat untuk hanah ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada mulimin muslimat di Malaysia amnya dan buat pembaca blog hanah ini khasnya. diharapkan segala amal ibadah dan puasa kita diterima Allah s.w.t .. amin~ ❤


as for the update, hanah currently sangat sibuk. ini betulbetul tau! bukan tipu tipu. haha. sibuk dengan persiapan raya (ofcourse) plus sibuk sebab family hanah bakal berpindah rumah insya Allah selepas raya nanti. untuk makluman, ayah hanah adalah seorang pesara polis so since hanah lahir, hanah memang selalu pindah rumah. setiap kali ayah naik pangkat or  dapat arahan pindah tempat kerja, terpaksalah kami sekeluarga pindah sekali. dan sepanjang ayah bekerja, memang kami akan menetap dirumah sewa atau berek polis. tapi since ayah dah bersara pada hujung tahun lepas, akhirnya kami sekeluarga dapat menetap dirumah sendiri! yeay!


alhamdulillah, buat masa sekarang sudah 95% siap rumah tu. tinggal pasang pintu, tingkap, dan cat rumah! i'm so excited sebab untuk part cat rumah ni, ayah mahu kami semua cat sendiri. of course excited nak cat bilik sendiri and still tak boleh nak decide sama ada nak warna pastel or plain white je bilik tu. hmm, any ideas please?


❤❤❤❤

okay rasanya dah cukup panjang update tentang diri hanah tu. actually tak ada orang nak tahu pun. saja je mahu bagi post nampak panjang. kah! 



dalam entri ini sebenarnya hanah nak kongsi haul SENDAYU TINGGI (ST) dengan awak semua. as you guys know, dari 24 haribulan lepas sehingga 29 may, ST ada buat PROMOSI RAMADAN untuk ahli ST. hanah merupakan salah seorang ahli ST and of course hanah super excited bila tahu tentang sale ni. 😆

yang bestnya sale kali ini,ia bukan dekat outlet ST saja, tapi dekat website pun ada tau! 😍 ingatkan outlet ST je akan sesak bila sale ni.sekali dengan website jam okay! serious masa order tu, kalau yang jenis kurang sabar, atau yang tak ada sambungan internet yang laju, memang tak ada chance la nak jadi yang terawal grab barang barang sale  tu. haha.

thank God, hanah berjaya membuat bayaran bagi order hanah pada jam 2 pagi lebih 24 May tu. sale start 12 pagi 24 may, jadi hanah siap siap add to cart barang barang yang hanah nak order dan tunggu 12 pagi baru bayar. hahaha tapi sedih belum 12 pagi, website dah tak boleh masuk. memang kerjanya refresh je la website malam tu untuk rebut masuk. rasanya ada dua tiga ratus kali jugalah hanah tekan butang reload. haih. sabar jela. nasib baik pagi tu off day hanah. so,tak apa tidur lambat. SALE PUNYA PASAL! 😂

order hanah telah dipos pada 25 may dan alhamdulillah, selamat sampai pada 29 may yang lepas!


excited mood : ON

kali ini hanah order agak banyak dari biasa. dan jika dilihat dari total barang semua, rasanya jumlah paling banyak hanah pernah keluarkan untuk beli beauty dan skincare products. tapi rasa tak menyesal sangat sebab harga agak murah dan most barang hanah beli sebab nak restock sebab barang tu best! tapi  ada juga beli untuk mencuba. huhu.so, awak nak tahu tak apa yang hanah beli sempena PROMOSI RAMADHAN ST ni? sila teruskan membaca. 😝



quite surprised bila tengok barang sampai dalam kotak. selama ni order barang online dari website ST semuanya dipos dalam plastik poslaju je tu. kali ini kotak pula. hmm~ nampak sangat order banyak. 😂


tadaaa~ barang barang yang sempat hanah grab.😁


TEA TREE  OIL MAKEUP PRIMER
HARGA : ̶ R̶M̶3̶4̶.̶3̶5̶  RM29.20  

Ini ialah my current favourite face primer, sebelum makeup wajib pakai ini dulu. yang hanah perasan  bila guna primer ni, foundation senang nak blend dan muka hanah kurang berminyak. ini masuk tiub yang keempat hanah guna.




SIMPLY GORGEOUS LIP COLOR CHANGING LIP BALM MENTHOL
HARGA :  ̶R̶M̶3̶1̶.̶5̶0̶  RM26.75

kemain betul nama dia. tak ada yang pangjang lagi ke? haha. lip balm ini pertama kali hanah nak cuba. sebelum ni nampak dekat watson tapi fikir tiga empat kali nak beli sebab dekat situ ahli ST bukan dapat diskaun pun. tapi sale kali ini hanah grab satu. ada dua pilihan glossy peach dan glossy pink. hanah pilih pink.

sampai je haritu hanah terus cuba. bibir berubah jadi neutral pink. tak melekit sangat dan yang paling best  ialah rasa berangin bila pakai tu. 😊


X-NE FACIAL SPRAY
HARGA :  ̶R̶M̶2̶7̶.̶6̶5̶  RM23.55

facial spray ni hanah restock untuk kali yang ke berapa entah. lol. muka nampak segar plus kulit rasa lebih tegang lepas spray dengan benda ni. selain itu hanah perasaan redness sebab jerawat juga cepat pudar. plus membantu kawal minyak pada wajah. x-ne facial spray ni sesuai sangat untuk mereka yang ada masalah muka berminyak dan berjerawat. 


MARKEN PEN EYELINER & SLIM WATERPROOF EYE PENCIL
HARGA : ̶R̶M̶3̶9̶.̶5̶2̶  RM10 

memang sedang mencari eyeliner. disebabkan hanah ni seorang yang tak pandai guna eyeliner, dua jenis eyeliner ni memang sesuai untuk beginner macam hanah. 😂 satu jenis marker pen dan satu lagi jenis pensel.  tapi sedih, masa hanah belek belek pensel eyeliner tu, hanah tak tahulah sama ada eyeliner pensel ni memang tak boleh twist masukkan semula eyeliner tu atau hanah dapat yang dah rosak. pusing lah sebab nak tengok warna dia dan banyak jugalah hanah keluarkan. sekali tak boleh twist masuk dan bila tengah mencuba tu eyeliner tu patah.  😭😭

serious memang nak menangis masa tu. hmm. nasib baik tak patah habis dan nasib baik harga sale cuma RM10  je! sobs. 


VELVETY MATTE LONG LASTING LIP CRAYON
HARGA :  RM8.00

hanah tak ingat harga asal lip crayon ni sebab item ni masa sale hanya ada dalam kategori lelong. mungkin untuk habiskan stok dan kalau cari semula dekat website lip crayon ni memang dah tak ada. rm8 sahaja so why not! 😊 sekarang ni favourite lip crayon hanah adalah matte fever dari brand silky girl. hope this one pun best juga. 



DUAL BROW KIT MASCARA & PENCIL
HARGA : R̶M̶3̶1̶.̶5̶0 RM28.40

kalau diperhatikan kebanyakan perempuan melayu sekarang, tak sah keluar rumah kalau tak lukis kening kan? bak kata mathluthfi, siapa yang mahu ditinggalkan dalam arus modenisasi kecantikan dunia ni? tiadak siapa mahu. haha. so izinkan lah hanah merasai 'eyebrows on fleek' moment juga. hahaha. 


DOLL LIPS CREME SHINE
HARGA : R̶M̶3̶0̶  RM6.00

ibu hanah nampak harga sale lipstick ni hanya RM6 sahaja and she was like, 'belikan ibu ini!", dengan nada excitednya. haha. dan bagi yang mencari lipstick ini, dekat website dah tak ada, tak pasti kalau di oulet ST atau watsons.




HIGHLIGHT & CONTOUR MAKEUP PALETTE
HARGA : R̶M̶4̶3̶.̶2̶0̶  RM15

sebenarnya hanah nak beli blusher & highlight palette tapi masa sale harga dia tak banyak beza dengan harga asal dan end up pilih highlight & contour palette sebab harga dia menjunam tinggal RM15 sahaja! even hanah tak pandai contouring segala ni, tapi dah harga tinggal RM15 je, why not. 😜 mana tahu esok lusa nak belajar contouring muka pula.

*lukis kening pun belum pass, nak belajar contouring pulekkk dah.* 😏😂



ST PROFESSIONAL POWDER BRUSH
HARGA : R̶M̶3̶6̶  RM10

antara item yang hanah aim during the sale. harga biasa berus makeup ST boleh tahan juga mahalnya dan bila sale lelong berus ni RM10 sahaja, wajib beli! 😁


CONTOUR & HIGHLIGHT FLAT BRUSH (MAUVE EDITION)
HARGA : R̶M̶3̶5̶  RM10

this one also harga dari RM35 menjunam tinggal RM10 saja masa sale haritu. berus mekap ni cantik sangat warnaya. walau nama dia flat brush, tapi berus ni tak adalah flat sangat dan as for me, macam tak sesuai kalau nak highlight muka guna berus ni, kalau contour mungkin sesuai. btw, berus mekap ST memang lembut. kalau pegang tu memang dapat tahulah beza kualiti dia dengan berus mekap yang dijual murah dekat luar sana tu.



EASYFULL
HARGA : R̶M̶5̶9̶.̶3̶5̶  RM45.40

minuman easyfull ni hanah belikan untuk adik hanah. since dia berpuasa dekat universiti, sibuk dengan kelas, dari pagi ke petang, kehulu kehilir panas panas, plus naik kolej dia yang dekat tingkat lima tu, boleh la bantu kurangkan rasa kebulur dia bagaikan tak makan minum seminggu. ini semua gara gara dia terpengaruh dengan hanah bila hanah beritahu dia since hanah ambil easyfull, hanah tak berapa kesah kalau tak dapat makan nasi seharian.

ada satu masa tu, masuk seminggu jugalah hanah tak sentuh nasi bila minum easyfull ni setiap pagi. huhu. alhamdulillah, memang nampak berat badan susut sikit sampai ada kawan sekerja tegur hanah dah kurus. 


woohoo! boleh pakai kebaya merah raya nanti! hahaha 😂


COCOA COLLAGEN
HARGA : R̶M̶3̶0̶.̶7̶5̶  RM20

minuman cocoa collagen ni juga hanah belikan untuk ibu. dari dulu ibu minum air ni, lepastu stop sekejap sebab bagi dia macam tak berbaloi 10 sachet harga RM30 lebih. tapi sale  harga jadi RM20 sekotak, plus hanah offer ibu nak hanah belikan benda ni tak, terus dia rasa berbaloi. hahaha 😂


HD STUDIO FOUNDATION POWDER
HARGA : R̶M̶4̶5̶  RM10

powder kegemaran ibu hanah. ibu hanah guna bedak kompak ni sangat lama. dia kata best plus jimat bedak ni. dulu ada tragedi yang menyayat hati berlaku bila hanah belikan ibu bedak ini buat pertama kali melalui website  dan kalau tak silap, iitu juga kali pertama hanah beli dari website ST.

waktu bedak ni sampai ke rumah, bedak ni bukan lagi bedak  kompak, dah jadi bedak serbuk dah. hancur habis. begitu juga hati ibu hanah hancur bila melihat bedak favourite dia jadi rupa itu.😭 silap HQ ST bila bedak tu balut dengan selapis bubble wrap saja. like, dah tahu benda ni fragile, kenapa tak letak tebal tebal? plus bungkus dengan bubble wrap macam nak tak nak je. longgar. dan lagi, kalau silap hanah, tiada sticker 'fragile'  dekat plastik poslaju. seperti packaging team tak ambil berat dengan order customer. dan bila dah ada dalam van poslaju, lagi teruklah pecah tu jadinya.

complain pada HQ, dan dia kata boleh refund tapi kena pos semula bedak tu pada mereka. hanah memang malas layan hal hal macam ni, so kes tu biar macam tu je. kesian ibu hanah masa tu. so, sejak tuagak fobia nak order bedak online ni. lepas kejadian tu,  hanah ada order compact powder online sekali lagi but this one hanah punya barang dan dibahagian remark order hanah tinggalkan pesanan agar pihak ST balut bedak tu dengan bubble wrap tebal dan takmahulah pisangberbuah dua kali. 

alhamdulillah barang sampai dengan dibalut bubble wrap tebal sehinggalah hanah order bedak ini semuanya sampai dengan keadaan baik. dan sekarang bukan bedak saja, palette, highlighter semua dibalut dengan baik. 👍



MAKEUP BASE COLOUR CORRECTS
HARGA : R̶M̶3̶9̶.̶2̶0̶  RM30

latest favourite item from ST. hanah fall in ❤ sangat sangat dengan makeup base ni. hanah ni sejenis yang walau dah pakai bedak, muka akan nampak pucat . plus hanah ada masalah dark circle. lagilah nampak lemau je. but since hanah guna makeup base ni, nampak macam ada seri setiap kali makeup. haha.bukan perasan okayh tapi inilah kenyataan. 😁 tak tahu nak describe macam mana tapi hanah rasa makeup base ni macam ada magik. 😂

nampak juga dark circle tu berkurang bila guna ni and redness sebab jerawat memang cover habis. nampak flawless giteeww! ✨ makeup base ni ada dua jenis satu purple base, dan yang hanah fave sangat ni yellow base. sesuai untuk kulit sensitif dan mudah naik jerawat macam hanah ni.

 hanah juga dah cuba yang purple base tu. best juga tapi just cuba tiga empat kali saja. and dah lama dah nak share review post tentang makeup base ni, tapi tak menyempat. nanti bila dah tak berapa busy anah share dengan awak semua ya! 


hover gambar ini untuk lihat senarai harga. btw, cocoa collagen tak ada dalam gambar. 😣


so guys, itulah empat belas barang yang sempat hanah beli sewaktu PROMOSI RAMADHAN ST haritu. total yang hanah perlu bayar termasuk cas penghantaran adalah RM281.30. memang fuhh! since dah lama tak beli beauty products, so ini dikira macam cheatday lah bagi hanah. huhu. 

bagi yang nak tengok hanah unbox ST haul ini, boleh tengok intastory highlight di instagram hanah. bagi yang nak hanah review apa apa barang diatas tu, boleh la tinggalkan komen anda. haa dan lagi satu, kepada yang ada tanya soalan  dari blog ini, maaf sebab hanah tak sempat balas. hanah baca semua persoalan awak tu, cuma tak sempat karang ayat nak balas je. insha Allah, paling awal esok ya hanah reply semua kemusykilan awak tu.


look at the time, 4AM! tak payah tidurlah nampaknya hanah oi. kejap lagi nak sahur pula. huhu. kepada yang baru bangun tu atau memang spesis burung hantu macam hanah, selamat bersahur! 



and thanks for reading too! 💋


No comments:

Post a Comment