7 Aug 2016

CUBECRATE BOX UNBOXING | JULY '16

assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua!
hari ni off day hanah, jadi dengan kesempatan yang ada ni, hanah nak share dengan awak semua what i got in my cubecrate july box. 




hanah terima box julai ni beberapa hari yang lepas dimana agak lewat daripada waktu biasa cubecrate post their box. cubecrate cakap mereka terlepas pandang subscription hanah,dan berjanji akan hantar box hanah berserta 'free gift' sebagai tanda minta maaf. huk huk.

cubecrate july box masih bertemakan hari raya, which is dah habis beberapa hari lepas. sobs. so, all items (or some) mesti kena mengena dengan hari raya lah kan?


this first item dalam box kali ini adalah phone strap dari minibites. kalau awak tengok, that cute little thing sebiji macam kek lapis pelangi kan? it makes me tetiba nak makan kek lapis pulak. hehe.

untuk makluman awak, minibites hanya menjual jewelleries dan aksesori berbentuk makanan je tau. semuanya sedap sedap belaka. eh. 🙈 dan selain ready stocks, mereka juga ambil custom orders. (food- themed sahaja). for more infos bolehlah lawat website dan instagram mereka!

MINIBITES ACCESORIES
📷 -  @minibitesmy



item kedua juga makanan lah~ 😍  but warning! DO NOT EAT besar tertulis dekat belakang biskut dahlia ni. sobs. hanah tunjuk pada ibu this biskut dahlia and she was like woooo~ she smells it and asked "awat bau kelapa?" 😂

sebenarnya, ini sabun dari wunderbath. wunderbath memang pakar dalam buat sabun dan 'bath bomb' cecomels. kalau awak tengok instagram diorang, mesti awak akan 'woooo...waaaaaa'. hehe. plus, yang bestnya, sabun dari wunderbath gunakan bahan-bahan natural saja tau. 💕

WUNDERBATH CO 


item paling hanah suka dalam box kali ini. coffee scrub dari dirty benefits. hanah tengok ramai sangat yang dah cuba skrub ni dan semua berikan feedback yang positif so, hanah pun rasa macam nak cuba. hehe. kalau tak silap, hanah terima mini baby pack and its retail for rm39 per pack. wuhoo! 

thank you cubecrate sebab featured dirty benefits untuk bulan ni. apa lagi, let's get dirty! 😉

DIRTY BENEFITS
📷 -  @dirtybenefits



the last item in the box. sampul raya daripada cubecrate. benda pertama hanah buat bila nampak sampul raya ni adalah, check dalamnya ada isi duit tak. malangnya tidak guys. hampa. 😂 yang terisi cuma sehelai kertas dengan ucapan terima kasih sebab subscribe cubecrate box. haha.

but its okay, hanah dah besar. kah.

so awak, itulah keempat keempat item yang terkandung dalam cubecrate box untuk bulan julai yang lalu. seperti yang hanah beritahu awal post, cubecrate akan include free gift sebab tertinggal box hanah, tapi malang sekali lagi takdook free giftnyaaa. why cubecrate. why you do this to me. sobs. 😂

untuk bulan ogos pula, cubecrate belum bagi hint tema apa untuk box kali ini. mysterious la katakan. terima jelah apa yang bakal dapat bagi yang dah subscribe tuuu. *hampa betul bunyinya.* hahaha

pada yang nak subscribe cubecrate box, bolehlah terus ke website diorang ya.. the most affordable subscription box tuu. rm35 sahaja untuk sebulan. mana nak cari~~


till then, ciao!
💋

No comments:

Post a Comment