13 Aug 2016

TAOBAO HAUL

hey guys! tengah buat apa tu! diharapkan awak sihat dan gembira sentiasa bersama keluarga. :)
dalam entri kali ini hanah nak share dengan awak semua beberapa item yang hanah order daripada taobao. pernah dengar tentang taobao? bagi yang pertama kali dengar, taobao ni adalah sebuah website untuk kita beli-belah secara online. ia lebih kurang macam ebay dengan amazon tu.. tapi taobao ni daripada negara China dan operated by Alibaba Group. :)

Beribu ribu jenis barang dijual dekat taobao ni.. cari je.. semua ada! dan jika dibandingkan dengan ebay dan amazon, taobao more affordable sebab urusan jual beli dalam CHINA RMB (currency for China) instead of ebay dan amazon yang gunakan US DOLLAR.

untuk makluman, hanah tak order direct dari website taobao, hanah order melalui agent buy2taobao. macam mana nak order dari agent ni, hanah akan kongsikan dekat entri yang berlainan ya (this soalan memang selalu ditanya pd hanah). huhu


just random item yang hanah order dari taobao.. mulanya nak cari beg untuk bawa jalan-jalan tapi rasanya rugi je order satu item jauh-jauh.. since dah agak lama tak order dari taobao.. why not add one (or two) items lagi. hiks. *but lastly.. beg yang dicari sudah sold out. 😭



SELLER : steven1984_lin

btw, kesemua item yang hanah order ini dari seller yang sama ya. so, the first item ialah,



RAINDROPS POWERBANK
RM18.01

item nih yang paling seram nak order. kenapa? sebab powerbank adalah sensitif item, dan kemungkinan barang untuk ditahan oleh kastam adalah tinggi kalau ada sensitif item ni. tapi thank GOD! my order berjaya direlease oleh pihak kastam tanpa sebarang masalah. mungkin sebab satu item saja kot so diorang pun kasi chan dekat hanah. hehe.

powerbank ni sangat comel hokayh, ringan pula tu. memang travel friendly sangat. tapi powernya cuma 2400mAH. but still can be a life saver in case of emergency kan?! :)



COSMETIC POUCH
RM6.15

fyi, i'm addicted to pouch. nampak je pouch yang comel comel mesti nak beli. lashes pouch ni memang dalam senarai must-have pouch hanah but sedikit sedih sebab hanah kurang berkenan dengan warna pouch ni. it much better kalau ada warna hitam kan?!




DIAMOND PEN
RM2.48 / each

tengok betapa gojesnya pen ni.. inspired by pengems  tapi much more affordable la.. rasa rugi betul sebab grab dua warna je. sepatutnya grab SEMUA warna kan. huhu. best okayh tulis dengan pen ni. dakwat tak tersekat-sekat, kualiti tiptop. semuanya black ink.


CUTE TRANSPARENT POUCH
A4 SIZE : RM3.48
A5 SIZE : RM2.24



A4 size



A5 size

first time i saw this, i was like yaaaaass! omeynyaaa.. hahaha. tak ada plan nak simpan apa apa but who cares, nak beli jugak! cuteness overload okayh pouch ni. sebenarnya pouch ni ada tiga jenis size, a4, a5 dan mini size iaitu  saiz pencil case. dua saiz ni pun hanah dah cukup pening nak pilih sebab corak dia comel comel semuanyaaaa. hiks.


 CARD HOLDER + LANYARD
RM6.15

dekat tempat kerja hanah semua pekerja wajib gantungkan masing-masing punya company id card. disebabkan tali lanyard hanah dah putus, hanah simpan id dalam beg dan malang betul sebab kena tahan security yang giler cerewet dan kena bebel blablabla... but luckily order sampai sehari lepas kena bebel dan esoknya terus guna lanyard ni dan masa lalu dekat security sempat hanah bagi jelingan maut sambil tayang my new card holder ni. strawberry ni.. kau hado!! kah!


WATERCOLOR WASHI TAPE
RM2.67


PURPLE FLOWER WASHI TAPI
RM2.67


GREEN LEAF WASHI TAPE
RM2.67


MAPLE LEAF WASHI TAPI
RM4.91

paper type washi tape. lama dah teringin nak beli washi tape corak bunga bunga tapi jarang jumpa. ada pun harga satu roll dalam rm8. huhu. apalagi, jom decorate planner!

btw, rasanya ada satu lagi washi tape, tapi tak tahu mana gambarnya hanah letak. 😭


ini adalah freegift yang seller bagi. dua notebook kecil. makasih ya seller!

thats all i got untuk kali ini, total order awak boleh kira sendiri dan international shipping dalam rm14 lebih rasanya, but hey! the shipping was fast tau! kita kena tengok juga waktu nak beli dari taobao ni.. salah satunya ialah exchange rate between rmb dan ringgit malaysia, kalau mata wang  ringgit tengah naik, lagi murah harga barang-barang dekat taobao.

lain lain tips, hanah akan beri di next post. plus tutorial macam mana nak order melalui agent. tunggu ya!

ini adalah video taobao haul. asyik gambar je. sekali sekala video la pulek ya. hehe. maaf ya kalau kualiti tak bagus..



daa! 💋



No comments:

Post a Comment