26 Aug 2016

TUTORIAL BELI BARANG DI TAOBAO MELALUI AGENT

hey there!

seperti yang dijanjikan, there will be tutorial on how to buy taobao products through agents. ceh speaking pulak kan. hiks. 😁

sebenarnya ini adalah soalan yang paling popular yang orang tanya pada hanah. sebab before this hanah tunjuk taobao haul dekat planner instagram account dan ramai yang dm hanah tanya macam mana nak beli, shipping dia kena berapa, berapa lama boleh sampai.. etc..

nak terangkan dekat dm instagram satu persatu memang tak boleh la.. mahunya jadi karangan seratus lapan puluh perkataan nanti. haha. so, that's why hanah buat entri ini untuk kongsi beberapa tips dan cara untuk beli barang di taobao.com melalui ejen yang diiktiraf.


dalam tutorial ni hanah share macam mana nak melalui ejen buy2taobao ya. ada ejen lain yang boleh awak pilih antaranya ezbuy but for now hanah tunjuk cara melalui ejen buy2taobao. pertama kali, hanah open website buy2taobao masa tu hanah nak order dokibook planner. punyalah semangat nak beli planner baru sampai gigih belajar cara order melalui ejen. 🙈

tak dinafikan  pertama kali order dengan ejen ni rasa takut nervous excited semua ada! tapi lebih kepada takut kot. haha, first time okayh order dari oversea ni.. masa tu dalam kepala hotak hanah fikir, macam mana kalau kena tipu, macam mana kalau lambat sangat barang sampai, macam mana kalau barang kena tahan dengan kastam dan kena bayar tax beratus ratus! Allah.. jiwa kacau betul! kah..

maklumlah, hanah order sendiri je.. hanya guide dari laman web buy2taobao tu sahaja. tak ada google memana, tanya sesiapa, tengok youtube. nan hado!! redho je dengan apa yang bakal berlaku. haha
tapi alhamdulillah, everything went well! barang selamat sampai kepada hanah dan excitednya tuhan saja yang tahu nak oiii.

eh eh.. panjang pulak mukadimah. kikiki. jomlah terus ke tutorial !

very first thing yang perlu buat adalah, buka laman web buy2taobao. (mestilah.. kalau tak macam mana nak order.. ) klik link dibawah ya.





inilah rupa website buy2taobao tu..


next, dekat bahagian kanan di bahagian accout awak klik dan pilih register kalau awak belum ada buy2taobao akaun lagi. kalau dah ada, klik 'sign in'.



kalau macam hanah dah ada akaun, hanah masukkan emel dan password kemudian terus sign in, kalau awak baru nak buat akaun, klik pada register dan masukkan segala detail peribadi awak yang buy2taobao nak ya.. nak login melalui facebook pun boleh juga. :)


bila dah sign in / berjaya daftar akaun, awak balik semula ke home website. dekat bahagian atas tu ada ruang untuk cari item yang awak nak, sebagai contoh saya nak cari beg tangan, so saya taip 'handbag' dan klik search. ingat, in english atau dalam mandarin sahaja tau. hehe.

dan kalau awak lihat di sebelah ruang 'search' tu ada column 'quickorder' kan. haaa.. kalau guna ruang tu lagi senang, kalau awak memang dah jumpa barang yang awak nak tu dekat website taobao, awak boleh copy link barang tu  dan paste pada ruang 'quickorder'. nanti website buy2taobao akan terus direct kan awak ke item yang awak nak tu.


so, ini yang keluar bila awak search handbag tadi. awak scroll scroll dan terus scroll sampai la awak jumpa mana satu yang berkenan di hati.


setelah berjumpa dengan beg yang awak nak order tu awak klik, dan akan keluar page item tu. bila awak dekat bahagian harga tu, website dah siap siap convert kan kepada ringgit malaysia. so senang lah kan kita nak tahu mahal ke murah. awak scroll la sampai bawah tengok details, gambar info-info tentang produk tersebut. kalau rasa puas hati pilih option warna ke.. saiz ke.. apa yang ada lah, dan klik button 'ADD TO CART'.

TIPS :
- cari item yang 'local express' nya RM0. ini bukan international shipping fee tau. ini hanya shipping fee dari tempat supplier kepada ejen SAHAJA. international shipping lain okayh.

- dekat taobao ni, awak akan jumpa berpuluh atau mungkin beratus orang jual item yang sama. benda yang awak boleh ambil berat dekat hal ini ialah, tengok HARGA. ada yang jual mahal, ada yang jual murah. ada yang jual mahal tapi tak kenakan local express. dan ada yang jual yang murah tapi kenakan local express sampai barang tu jadi lebih mahal dari orang yang jual mahal tapi tak kenakan local express tu. paham dok? haha 😂

- RATING DAN FEEDBACK SELLER juga amat penting untuk awak tengok bila beli di taobao. lagi tinggi rating seller dan lagi banyak positive feedback seller, cerahlah peluang awak dapat item yang sebiji macam yang awak order. kalau dekat feedback je customer depa dah kata, shipping lambat lah, barang rosak lah, tapi awak tetap nak order dari seller tersebut, silakan. hiks. agent buy2taobao hanya TOLONG ORDER item awak dari seller. apa yang awak order, itulah yang ejen akan order okayh.


awak boleh tengok benda ni dekat bahagian bawah kanan page item di website buy2taobao tu ya.


kalau tak silap hanah, crown emas ini adalah rating / class paling tinggi seller akan dapat di taobao online store. lagi banyak crown tu, lagi bagus la seller tersebut. :)


klik shopping cart untuk lihat senarai item yang awak dah add to cart tadi. kalau awak ada tambah item dari seller berlainan, pastikan tick di box sebelah nama seller dekat item awak tu ya. kalau awak tak nak order item tu, tak perlu tick. atau klik delete terus untuk keluarkan dari shopping cart awak.

semak semula item yang awak order, option yang awak pilih, harga dan kuantiti..  selesai tick item yang nak order, awak boleh lihat dekat bahagian bawah sekali ejen totalkan harga item awak.

kalau konfirm, click buy now.




seterusnya ke page shipping pula. isi alamat awak dengan lengkap dengan cara klik button 'add address di bahagian shipping address.

seterusnya, awak bila awak dah pilih address mana yang awak nak guna, pilih shipping method. nak guna poslaju ke.. skynet ke.. gdex ke..  dalam screenshot kat atas ni hanah tak pilih address mana yang nak guna sebab tu bahagian shipping method tu kosong. make sure pilih address dulu ya.

total weight dan international shipping fees tertulis 'pending' sebab itu semua hanya akan keluar bila barang yang ejen order dah sampai pada mereka. baru ejen akan update shipping fees dan total berat item yang awak order tu. ya, dekat sini awak boleh lihat yang awak akan buat dua kali payment tau.

pertama, bayaran untuk item awak order. kedua, international shipping fees bila item awak selamat sampai pada ejen.

di packaging options pula,

auto-pay shipping fees : kalau awak tick button tu, bila barang sampai pada ejen, automatik mereka akan ambil duit dalam 'wallet buy2taobao' awak  untuk bayar international shipping fees. tapi kalau duit dalam wallet awak tu cukup lah. kalau tak, ejen akan emel dan hantar notification dalam account buy2taobao ni untuk suruh awak top-up wallet awak

remove dan keep box : kalau awak tick remove box.... , kotak apa yang seller isi barang awak dan pos pada ejen, itulah yang ejen akan hantar pada kita. dan kalau tick keep box... ejen akan letak satu box lain untuk beri perlindungan yang lebih pada order awak. yelah, jalan jauh.. kita tak tahu barang awak akan tergolek sana sini kan? hiks.

TAPI, bila awak pilih keep box...maknanya total berat barang yang awak order tu akan bertambah dan international shipping fees pun akan bertambah juga, that's why dalam semua order hanah di buy2taobao hanah pilih remove box... nak jimat kos. hiks.

di bahagian kanan atas pula, total adalah harga item yang perlu awak bayar dan service fee pula cas yang dikenakan pada awak oleh ejen buy2taobao tu sendiri. cas sebab guna khidmat mereka la maknanya..benda nilah yang paling hanah tak suka sebab lagi banyak barang kita order, lagi banyak service charge yang kita kena, cisssss~ 😒

kalau awak nak kurangkan jumlah service charge tu awak boleh jadi ahli vip buy2taobao. lagi tinggi tahap vip awak, lagi rendah service cas. nak jadi vip kena dapatkan blue dan green coupon. macam mana nak dapatkan, awak boleh tengok dekat page account awak.

since hanah  bukan selalu beli dekat taobao, hanah tak berapa kesah sangat dengan service charge ni tapi time order tu rasa menyampah ada la jugak. hahaha. dan  totaled adalah jumlah harga barang + service charge. jumlah inilah yang awak perlu bayar untuk payment yang pertama. klik checkout.


confirm? click ok.


dan inilah order invoice awak.status adalah current order awak dekat mana. dan akan beubah bila awak proceed ke next step. unpay means belum bayar untuk payment pertama.

dan dekat bawah tu awak boleh nampak 'wallet current money' dan time ni ada 81 sen je dalam wallet. hahaha. memang tak cukuplah nak bayar item tu. maknanya perlu top up lah ye. klik button top up.



awak boleh pilih awak nak guna bank apa. hanah pilih maybank2u. kalau pilih bank transfer, awak transfer macam biasa, tapi awak kena hantar transfer proof dengan cara upload resit transaksi awak tu. dan kena tunggu agent semak transaksi awak dulu, kalau pilih bank2 yang sedia ada diatas, duit akan automatik terus masuk ke dalam wallet account kita.


yang diatas ni kalau awak pilih bank transfer. awak transfer duit dalam akaun buy2taobao dan upload info tentang transaksi awak. cara ini untuk mereka yang tak ada internet banking.


dan bagi yang ada internet banking better guna ni sebab mudah dan cepat. awak pilih amount yang awak nak transfer.. kalau hanah pilih other amount dan masukkan amount yang nak bayar sahaja. sebab for me, buat apa simpan duit dalam ni banyak banyak, bukan selalu guna pun. hehe.

contoh dalam screenshot  hana masukkan rm85, tapi bila waktu nak transfer nanti dia akan ambil lebih sedikit dari jumlah transaksi sebab ada handling fee 3% ya..

awak klik to pay button dan buatlah macam biasa yang awak buat masa nak transfer duit ke akaun lain..


dan bila dah berjaya, awak patah balik semula ke order invoice awak dan awak lihat, wallet money awak akan bertambah. bila dah cukup klik button payment untuk bayar.



tadaaaa.. bayaran telah pun berjaya dibuat.. :) status order pun bertukar kepada 'paid'.


selepas itu awak tunggulah sehingga agent order barang awak kepada seller... selepas agent berjaya order dari seller, order progress akan ditunjukkan di order invoice awak. klik button details untuk tenok order invoice. dan awak tunggulah barang sampai kepada agent.

berhari juga tunggu. bukan agent order pagi petangnya dah boleh dapat. china tu kan luas. huhu.


selalu check order status awak tau. kalau status tu dah bertukar kepada unpay shipping, maknanya barang dah sampai kepada agent. dan masa inilah awak perlu bayar international shipping fees.

dan kalau awak tick button auto pay shipping fee sebelum awak make order, international shipping akan automatic dibayar kepada agent kalau balance dalam wallet awak mencukupi. kalau tak cukup, terpaksa top up macam yang ditunjukkan kat atas tadi. hehe

dan bila awak tengok order invoice, awak boleh tengok details tentang parcel awak. shipping fees yang awak kena, dan total berat order awak tu. kalau wallet money dah cukup untuk bayar shipping, klik ke button payment tu.


tadaaaa. shpping fees berjaya dibayar. 


dan automatik shipping tacking akan keluar. ia ada dekat paling bawah  order invoice awak. awak boleh tengok details tentang parcel awak. pakai courier apa, parcel dikategori sebagai sensitive ke tidak.. berapa kotak ada. dan yang paling penting, tacking number.

nak track parcel dah sampai mana, klik je dekat button tacking tu...

INFO :
- sensitif item adalah parcel yang mengandugi barang seperti, ubat-ubatan, kosmetik, barang elektronik, cecair,  dan lain lain ... boleh google kalau nak tengok senarai yang lain. kalau parcel awak itu mengndungi sensitif item, kemungkinan barang kena tahan dengan kastam masa dah sampai airport nanti adalah tinggi ya. lagi-lagi kalau awak beli dalam kuantiti yang banyak.

- order yang totalnya melebihi rm500 pun berkemungkinan akan ditahan oleh kastam ya. terpaksalah bayar kalau nak lepaskan barang tu.

- dan awak janganlah tengok lima minit status tracking parcel awak tak bertukar awak dah gelabah. yang pos dari negeri ke negeri pun kadang-kadang tak update tracking statusnya inikan pula merentas negara. sabar ya dik oi. 😝

keep calm and wait for the parcel to arrive. biasa hanah ambil seminggu juga untuk sampai. kalau musim perayaan mungkin akan ambil lebih banyak masa. relax okayh.
(pandai suruh orang relaks, bila sendiri order takde maknanya nak relaks. hiks)

dan... bila parcel dah sampai kepada awak, first thing yang awak perlu buat ialah check semua item yang awak order tu ada atau tidak.


bila check semua ada, buka semula website buy2taobao dan klik order invoice awak dan sila konfirmkan order awak tu. dan kalau ada sebarang ketidakpuasan hati, bolehlah tinggalkan feedback awak.

macam screenshot hanah kat atas tu, hanah tak perasan agent beritahu ada satu barang tak dapat order sebab dah sold out. agent akan refund duit kita dan masukkan ke dalam wallet money. boleh guna untuk order lain kali. hehe

ok untuk confirm receipt awak. 


TIPS ; confirm receipt dan kutip point awak. ia boleh bantu awak dapatkan blue/ green coupon. dah ada kupon boleh upgrade keahlian awak dan boleh kurangkan service charge. yeah!


jadi itulah segala cara yang awak perlu ikut kalau nak order barang di taobao online store melalui agent buy2taobao. nampak berjeler dan banyak betul nak kena buat kan? tapi, senang sebenarnya. kalau dah buat sekali,  pejam mata je kalu nak order lain kali. hehehe. 

kalau awak ada kemusykilan tentang tutorial ini (atau hal yang lain), boleh tinggalkan comment atau contact hanah dengan cara klik pada 'ask me' di sidebar blog hanah ni. 

now dah masuk jam 2:21am and i need my beauty sleep!
hehe.

till then,
chiao! 💋


10 comments:

  1. As salam Hanah. thank you soooo much for this write up!! sy baru 1st time guna taobao ni. slepas baca apa yg awak tulis ni, i know that im on the right track! tapi sy nak tanya, perlu ke kita ada chinese address and perlu ke kita guna PARCEL FORWARDING? plisss help me cik Hanah. plisss.

    ReplyDelete
  2. hi hanah, service fee dia berapa ye?

    ReplyDelete
  3. service fee dia bermula dari 10%. tak perlu ada chinese address

    ReplyDelete
  4. Hi hannah, boleh contact sy x urgent 018783495

    ReplyDelete
  5. Salam..sis hannah,sye pngguna baru beli dkt taobao ni..sye ikut mcm yg sis ajar cre beli di situ..tpi lepas sye byr sume..status tukar kepada pay..n ad jgk unpay npe ea?tpi bile sye nk byr yg tulis unpay tu xd lak kuar butang payment tu?

    ReplyDelete
  6. salam awak
    TIPS :
    - cari item yang 'local express'
    cmne nak tau tu local express?
    tq

    ReplyDelete
  7. Status saya jadi "confirm" ape tu ye...sape2 blh bgitau??

    ReplyDelete
  8. Kalau barang tu xsmpai depan rumah kita..nak pick up brg tu kat mana ye?

    ReplyDelete
  9. Hi! Boleh saya tahu berapa lama awak tunggu untuk barang yang dipos oleh ejen tu smpai dekat warehouse? (harap faham)

    ReplyDelete
  10. Hai dearr.. sis dh attch kn resit ..sis pilih bank trnsfer..tpi dia tak submit kenapa yaa ? Bila tgok dkt wallet money tu 0 je .. mcm mne nak complete kn sbb dkt id dia tulis uncomplete.. dah paymnet dkt bankk 😭😭

    ReplyDelete