11 May 2017

UNBOXING & REVIEW LOVEDOKI TRAVELER'S NOTEBOOK (TN)


hai! happy sangat hanah semalam bila parcel yang ditunggu tunggu telah selamat sampai ketangan hanah. apalagi kalau bukan traveler's notebook (tn) dari lovedoki! 😁

ternampak seseorang planner addicts post gambar planner terbaru keluaran lovedoki kira kira sebulan yang lalu di instagram, and hanah was like.. cantiknyaaaa! (typical planner addicts) 😝 tapi memang seriously cantik betul  planner baru lovedoki. hanah pun apalagi, terus usha lovedoki store di taobao.com ..

planner ni dari collection musim bunga keluaran lovedoki. collection yang diberi nama 'the best dreams'. bukan saja planner, untuk koleksi ini juga  lovedoki keluarkan sticker, diecuts, designer paper, project life cards, traveler notes, dan macam macam lagi! kalau awak nak tengok koleksi 'the best dreams' ni, klik sini.

sejujurnya, pada awalnya hanah nak beli planner sebab rasa macam... "eh, takpe kot beli..lagipun memang dah lama tak beli planner baru." hiks. tapi bila hanah tengok balik rak yang berisi barang-barang planner hanah, hanah tengok dibahagian planner-planner hanah tu.. ada lagi 2 kotak planer belum diunbox. dan disitulah rasa macam.. perlu ke beli planner lagi?! huhu

dan disebabkan itulah hanah order tn, bukannya planner.. tapi memang nak cari tn pun sebab currently mata tengah berdarah (haha) tengok planner addicts post their tn pics dekat instagram, tak sangka timbul minat pada big chunky and of course cute tn diorang tu. boleh dikatakan most everyday tengok video dan gambar-gambar tn di instagram dan youtube. huhuhu. tapi ini first time nak guna tn.. wish me luck girls! ✌

hanah order lovedoki stuffs ni dari taobao.com tapi melalui agent buy2taobao.. dah lama hanah tak order dari taobao ni and thank God, prosesnya masih mudah macam dulu. kalau awak nak tahu macam mana nak order barang di taobao melalui agent dari malaysia, sila klik sini ... hanah pernah post cara-caranya di blog ini dulu. order pada 29 april lepas dan sampai kepada hanah pada 10 may (semalam).. tak sampai dua minggu pun order hanah dah sampai dari china. hanah memang bagi 5 ★★★★★ untuk service buy2taobao ni. efisien sangat servce diorang. dan hanah highly recommend pada awak semua untu guna buy2taobao kalau nak beli barang dari taobao tapi tak tahu macam mana nak berurusan dengan seller.



btw, bagi yang konfius, buy2taobao dan buy2you tu adalah website yang sama ya.. :)



inilah item yang hanah order dari lovedoki. bukan tn saja yang hanah order tau.. hanah juga order sticker set dan diecuts dari koleksi 'the best dreams' tu juga. 😊


rasa berbaloi sangat beli diecuts ni. sebab apa, dalam satu pek ada 128 pieces tau! memang banyak giler.. tengok pula design diecuts tu.. comel banget!! 😍😍 penuh dengan gold foiling!


ada yang jenis macam ni..


tag pun ada...


bunga bunga 



yang jenis vellum pun ada..



and this typewriter though.. 😍😍😍 

comel comel kan diecuts ni.. harga satu pek ni ialah RM21+ termasuk local express fee. puas hati sangat! 😉




next item, lovedoki the best dreams sticker set. yang ni pun salah satu must-have item untuk koleksi the best dreams.. macam diecuts tadi, sticker ni pun warna comel comel je.. warna-warna pastel dan penuh dengan gold foiling juga!


😍😍😍😍😍😍


close up sikit. 
*sorry.. gambar tak berapa cantik. ingat nak guna natural lighting tapi hanah terpaksa on lampu sebab luar tu gelap sangat. hujan lebat! 😭*


washi sticker..


list sticker


box sticker.. 
tengoklah warna warna dia tu.. sweet je kan! 😍





ada 6 design sticker kesemuanya.. dan kalau nak beli satu satu pun boleh.  hanah order satu set means, enam design dan setiap design ada 2 helai.. kalau beli satu design, harganya RM9+, manakala kalau satu set harganya RM24+ .. kesemua harga dah termasuk local express fee. 


seterusnya, masa untuk unbox traveler notebook pulah. yippie! 😁


setiap planner dan tn didatangkan khas dalam hard box. box je pun dah comel apalagi isinya. huhu. box dia pun ikut tema 'the best dreams' juga.. bunga bunga warna light blue and pink dengan sedikit warna kelabu. cantik! 



atas box pula bertulis 'the best dreams' berwarna silver foil.


tn dan planner koleksi 'the best dreams' ni ada 3 warna. light pink, light blue, dan striking yellow. since harga dia quite affordable, hanah pilih dua warna. light pink dan yellow. yup i chose yellow guys! rasanya tn ni barang pertama hanah yang berwarna kuning! 😂 even baju, tudung, tu semua langsung tak ada yang berwarna kuning, tapi kali ini hanah memberanikan diri pilih warna kuning. huhu

btw, gambar atas tu bahagian hadapan tn. ada white stripe dan tassel ikut warna tn untuk penambah seri. masa hanah buka kotak tn ni.. tassel ni tak ada pada tn. ingatkan besi sangkut tu patah ke apa.. memang rasa cuak dan macam nak menangis pun ada, haha.. tapi thank God, tassel tu cuma tercabut je sebab besi tu dah renggang sikit. fuhh! 😂



close up sikit material dan jahitan pada tn. material tn ni adalah dari imitation leather ataupun kulit tiruan. jahitan pun kemas, tak ada senget benget.  


yeah! tassel dah berjaya dipasang balik. hiks. 


side view tn. btw girls, ada sesiapa tahu atau boleh recommend dekat mana ada jual planner charms yang comel comel dan affordable?  bila tengok tn ni rasa macam macam benda nak sangkut dekat tepi tu. hahaha. tapi susah la nak cari planner charms dekat malaysia ni. sobs. 😭


ini pula bahagian belakang. 😍😍


bahagian dalam pula.. 


interior lining dia berwarna putih dipenuhi gold polka dots.


ada pula poket disisi depan tn. bukan satu tapi 3 poket sama macam yang terdapat dalam planner biasa. belakang poket tu pula boleh selit lagi macam macam benda tau.  




lovedoki tn ni ada 3 jenis inserts. yang pertama plain white paper. kualiti kertas memang terbaik. tebal, sesuai kalau nak guna dakwat basah atau warna air atas kertas ni.


jenis yang kedua pula, teksturnya macam kraf paper tapi lebih tebal. macam recycled paper pun ya juga tapi entahlah. tak tahu hanah nak describe macam mana. hihi 😅


dan inserts ketiga pula, jenis kotak kotak kecil macam yang dalam buku tulis matematik waktu sekolah tu. haha. 


dalam tn ni juga ada pocket folder. comel lah bunga bunga pink dengan light blue stripes tu!


lebih menarik lagi tn lovedoki juga ada sediakan pvc pocket . size business card ada..


jenis zip pun ada! love love love this feature! 💕💕


dekat belakang sekali pun ada pocket sisi.. tak lupa juga pen loop.. macam ni memang tak payah nak create poket sendiri banyak banyak sebab tn ni sendiri dah cukup banyak pocket. huhu.


lepas tn warna pink, jom unbox yang warna kuning pula, tak tahu macam mana, hanah jatuh cinta pandang pertama bila tengok tn kuning. ni. serious, tn kuning ni sepuluh kali ganda lagi cantik bila tengok in person. warna dia betul betul menyerlah.   ❤❤❤\



gorgeousnyaaa! 


mula mula memang takut nak pilih warna kuning. takut tak boleh terima. disebabkan hanah belum ada planner warna kuning (bukan planner ni je, barang lain pun takde warna kuning), hanah rasa tak salah kalau mencuba. and guess what, finally rasa legaaaa sangat sebab ambil warna ni. ☺



yang berbeza antara setiap tn adalah pocket foldernya. kalau tn kuning, foldernya warna kuning. sampai sakit mata tengok. terang nau! 😂


dan warna elastic band pun ikut warna tn. 



dan... disetiap box ada free 1 helai label sticker. 

hanah memang puas hati sangat dengan lovedoki tn ni. kualitinya terbaik tapi harga masih affordable. itu pada pendapat hanah la. kalau nak harga murah, kenalah beli direct dari lovedoki official store. kalau dah beli dengan orang lain harganya memang tinggi. tapi, mungkin beli pada seller lain, itemnya ready stocks. bayar dan seller boleh terus pos pada awak. dalam dua tiga hari dah boleh dapat. 


kalau beli dari taobao pula, ambil masa sikit. yelah direct dari china. tapi tak lah lama sangat. macam order hanah ni, tak sampai dua  minggu pun. thats why, hanah lebih prefer beli terus dari taobao. 😊 

memang banyak beza harga yang hanah survey kalau beli dari seller lain dan dari lovedoki store. ada yang jual dekat RM200 untuk tn ni. 😱 tapi awak nak tahu  harga yang hanah beli dari taobao? cuma RM61+ SAHAJA termasuk local express fee. tapi ini harga belum termasuk international postage tau. 

total order untuk kesemua item yang hanah order dari lovedoki ini adalah RM185.45 termasuk international postage. JIMAT GILER BUKAN?! huhu. dapat freegift lagi pula tu!


freegift yang pertama ialah pocket folder untuk A6 planner. 



dan lovedoki paperbag! is it just me, atau benda ni berlaku dekat orang lain juga, dimana hanah akan triple happy bila beli barang dapat paperbag. hahaha. kumpul paperbag ni dah jadi hobi hanah. kadang kadang jakun dia lain macam. macam kucing dapat kotak. hahahaha. 


tenggelam tn warna pink tu bila duduk sebelah tn kuning. 😁


overallnya, i'm extremely happy dengan order ini dan super excited nak mula gunakan tn. any tips and tricks dari planner addicts semua yang dah biasa gunakan tn? tunjuk ajar ku sifu!

last but not least, jemputlah tengok video unboxing ni. *maaf, kalau kualiti video tak begitu baik, record dalam keadaan hujan. gelap. duduk betul betul bawah lampu. kalau terdengan bunyi guruh tu, buat buat tak dengar je la. haha. duu~  💋


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. waa, so nice and so jealous, by the way I've tag you for the blue sky tag, mind to check this out!
    http://jarofjournals.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag.html

    ReplyDelete